Saturday, 11 February 2012

Bidan Terjun.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, lega, dah pun sampai kerumah
dengan selamatnya.
Pagi2 lagi tadi saya dah bertolak ke Raub,
ada sedara buat kenduri kawin anaknya
saja saya pergi awal ,niat nak menolong
apa yang patut.

Sampai di Raub, sedara tu cakap,
terus ke dewanlah,
tak ada sapa kat sana nak uruskan meja pengantin,
dan meja VIP,
Alamak betul ke ni,
ingat nak tolong dirumah aja apa yang patut,
saya pun setuju ajalah,
memang dah niat nak menolong.

Ye sungguh,
tak ada sapa yang menguruskan meja pengantin,
dan meja VIP masih kosong, 
pinggan mangkuk dan peralatan
semua masih didalam kotak.

Apa lagi,
bidan terjunlah saya
geli hati pun ada,
takut pun ada, maklumlah terpaksa buat
kerja tu berdua aja dengan sorang lagi sedara,
sedangkan kami sama2 tak tahu menahu langsung 
tentang susun atur,
alatan yang mana untuk meja mana
semuanya kami berdua kena
atur sendiri

Tapi Alhamdulillah,
dapat jugalah kami lakukan
dengan sempurna sebelum tetamu sampai.
Tak kecoh dan tak bising2
maklumlah kerja berdua.

kalau sekali fikir ada baiknya juga kerja tak ramai,
taklah banyak sangat pendapatnya.
kerja boleh jadi cepat 

Tapi maaflah, 
gambar pengantin dan apa juga gambar
tak sempat ambil,
telefon bimbit tertinggal.
Maklumlah bidan terjun.

Hingga jumpa lagi,
Wassalam.






9 comments:

  1. kak, ida pun suka kalau buat kerja tak ramai sangat...bukan apa,,nanti banyak cerita dari buat kerja...sikit ni boleh tumpu perhatian pada kerja dan cepat juga selesainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Ida,
      betul tu, kalau ada sesuatu perkara yang kena buat keputusan, keputusannya akan lambat, sebab ramai sangat nak beri pendapat..

      Delete
  2. Salam,
    Ini baru bidan terjun ... dah bagus ! Kalau bidan tempah, macam mana agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Dato' LF,

      Kalau bidan tempah harus lebih persiapan dari perlaksanaan..hehe...

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak Mah,

    Well done Kak Mah, alhamdullilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsallam Mieza,

      Alhamdulillah...beres..

      Delete
  4. Asaalamualaikum LL

    Hebat kak Mah kita ni... Yang penting semua beres kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsallam DO,

      Takder lah hebat, cuma tanggungjawab kena selesaikan dengan sesempurna munkin. Alhamdulillah..

      Delete