Wednesday, 22 February 2012

Neh Melantak Ke Apa...

Assalamualaikum,

Sallam pagi Rabu. Muga2 murah rezki.

Malam rasa lapar,
pagi pun rasa lapar. 
24 jam lapar.
Sarapan pagi biasa dah tak boleh mengenyangkan dah,
sekejap je rasa lapar semula.


mula pagi semalam saya dah cuba menu baru plak lah,
bolehlah  tahan sampai kul 12 setengah,
boleh terus makan nasi.
tak adalah banyak kali makan,
memang buang masa betul,
kalau asik makan jee..
nak kerja pun tak jadi


Saya mulakan dengan sebiji telor setengah masak,
sebiji je, cukuplah kalau dua biji
takut terlebih kolestrol plak..


Pas tu setengah mangkuk sup cendawan,
sedapnya, panas perut bila makan
sup yang masih panas2.


Roti mamak bakar,
pun sekeping juga,
( abaikan tepi yang hangus tu, )



Kacang panggang dua sudu besar..
tak ada kolestrol neh..
dan 
mestilah air milo secawan.


Ok, semuanya dah selamat.
tak ada satu pun yang tinggal,
Alhamdulillah, 
kenyangnya..


Dua biji coklat warna oren dan putih ni 
tak boleh lupa.
Dulu saya memang tak hirau langsung 
kalau Dr. kata saya kena ambil
coklat ni tiap2 hari,
Tapi sekarang ni saya dah insaf
bila tengok seorang demi seorang kawan
tewas sebab simpan coklat ni dalam rumah,
tanpa menghiraukan nasihat DR.

Okeh,
sarapan pagi lengkap sudah.
memang kenyang sampai ke tengahari,
tak perlu minum lagi pukul 10.00.
Alhamdulillah, 
jimat belanja,
jimat masa.

Sanpai jumpa lagi,
Wassalam.

10 comments:

  1. itu western punya breakfast .. saya makan keropok lekor jer pagi ni dengan kopi o.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan Haji,

      Bestnya keropok lekor,
      goreng sendiri, lembut2 rangup gitu.

      Delete
  2. Assalamualaikum...

    sikitnya sarapan. Saya sarapan nasi dengan kepala ikan lagi! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam kakcik,

      Saya lama dah tak makan nasi pepagi,
      nanti nak makan nasi plaklah..

      Delete
  3. sarapan yg minimal, tapi variety. bagus sarapan macam ni sebenarnya, menyihatkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sallam Dr. daddy Ziyyad,

      Alhamdulillah,
      Saya tau makan je,
      kurang arif tentang khasiatnya.

      Delete
  4. Salam, kalau bab makan nei mmg best yak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam en Yassin,

      Memang best weh,
      pantang jumpa..

      Delete