Thursday, 29 March 2012

Menu Rakyat 1 Malaysia.

Assalamualaikum,

Selamat menjamu selera kakmah ucapkan kepada semua
rakan blogger yang sedang menjamu selera tengahari ni.
Makan apa tengahari ni, yang kat rumah tu mesti masak
sedap2 ye, untuk hidangan keluarga, yang makan kat luar
pilihan banyak, tepuk dada tanya je selera.




Kakmah plak tengahari ni makan kat hotel weh. 
Hotel Lipis Centrepoint, omboihhh...tapi bukanlah
makan sedap sangat, sekadar nak menerai
Menu Rakyat 1 Malaysia je.

Tengok kat atas tu, itulah menu hari ini, Nasi putih,
Masak lemak bayam, Isi ikan goreng tepung, Ulam
dan sambal belacan. Alhamdulillah kenyang perut
Kakmah. Kakmah sebenarnya tak makan banyak,
biasa makan tengahari nasi separuh je, ikan masin
atau telor masin, sekali sekala makan ikan atau ayam
goreng, sayur, ulam dan kuah2. Badget Menu Rakyat
1 Malaysia ni RM4 untuk seorang. Badget biasa kakmah
cuma RM2.50 hingga 3.50 aja sekali makan.
Mana lebih untung...Lu fikirlah sendiri.

Semuga jumpa lagi,

Wasalam.

13 comments:

  1. kak mah..biasanya tengahari acik tak makan nasi..malas nak kelaur..acik makan biskut ke..apa yang adaa aje la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Acik,

      Kakmah sekarang ni kalau tak makan nasi tengahari
      ketar lutut, mesti nak kena makan juga.

      Delete
  2. Oh, tu rupanya menu satu malaysia...

    Bole tahan juga harganya;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Aine Ainun,

      Yerlah, Kakmah makan kat kedai lebih murah dari tu sebenarnya..tapi nak cuba apa salahnya kan..

      Delete
  3. boleh tahan gak harganya ye...ermmm boleh jimat kot tuk yg dok kl... Cik Ngah makan nasi goreng je,tapau kat cafe..tak sempat buat bekal,smlm balik lambat..huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Cik Ngah,

      Bawak bekal lagi best kan Cik Ngah.
      Kakmah dulu pun selalu bawak bekal,
      Sekarang ni tak sempat nak masak lah plak.

      Delete
  4. RM4.00 utk itu? Mahal jugak, walaupun tak melampau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Dr. Daddy Ziyyad,

      Tak mahal untuk orang yang biasa makan Rm 6 hingga Rm7 sehari, tapi menu kurang menyelerakan..

      Delete
  5. oh ada juga ye menu 1 Malaysia kat situ...ok jugak...tapi sedap lagi bahulu Kak Mah...memang nak order lagi ni...nanti ida call...ida promote kat blog tau sebab memang sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Ida, boleh gi cuba, kalau makan tengahari habis ku 3 ptg, sempat lagi tu.

      Delete
  6. Salam.. beli bayam kat pekan sari lepih lagi berbaloi la kak mah oi.. makan dgn ikan pekasam d sambal bbacang fuhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Che Mid,

      Bayam dah mahal sekarang ni kan Che Mid,
      RM 2 seikat. Tak dapat dah RM1.

      Delete