Thursday 1 March 2012

Legalah Sudah

Assalamualaikum,

Selamat malam Jumaat.
Alhamdulillah legaaa. Berakhir sudah segala 
kekalutan, segala kesibukan,
segala stress dan tension
yang saya alami sejak berminggu-minggu yang lalu
dengan terlaksananya program hari ini.


Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan
bersama oleh Pertubuhan Ibu Tunggal Daerah Lipis ( NUSRAT )
dan Wanita Perkim cawangan Lipis.
Nama je anjuran bersama, yang buat kerjanya adalah
orang yang sama sebab kami semua mewakili 
kedua pertubuhan itu.
     

Ini wajah Pengerusi NUSRAT,
merangkap pengerusi wanita Perkim juga.


Diantara tetamu yang hadir,
Wakil Perkim Cawangan Lipis,
Wakil Jabatan Agama Islam Lipis,
Wakil JASA Lipis,
Penceramah undangan yang didatangkan
khas dari Kuantan.


Penceramah Undangan Ustaz Muhamad bin Awang Teh,
Orang Lepeh, sedap dengan dia bercermah,
seratus peratus guna loghat lepeh..
beliau bekas pegawai JASA yang dah bersara.
Sekarang sebagai penceramah bebas.


Majlis juga disulami dengan Nasyid oleh
ustazah Siti Aminah bt Yusoh,
dan 3 orang AJK yang lain.


Diikuti dengan berselawat.oleh semua para hadirin.
Syukur, majlis berjalan dengan lancar.
Semuga jumpa lagi tahun dimajlis serupa.

Wassalam.

8 comments:

  1. salam

    tahniah atas kerja keras, moga majlis seperti ini akan meningkatkan kecintaan kepada nabi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Cikgu Imanshah,

      Alhamdulillah, penat yang berbaloi...

      Delete
  2. Alhamdulillah...

    Selesai sudah ya LL..

    Moga kesibukan penat lelah membawa keberkatan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam DO,

      InsyaAllah, Ceramah yang di beri
      cukup mengesankan dihati.

      Delete
  3. steady kak...penat takpe,bila program berjalan lancar terasa kepuasan hati tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam,

      Betul kata Sham,
      Tamat je program,
      hilang terus segala keletihan,
      bertukar menjadi kegirangan
      yang teramat sangat.

      Delete