Monday 12 March 2012

Proses mencantum ( Crochet)

Assalamualaikum,

Selamat pagi Isnin, mesti semua ceria pagi ini setelah
bercuti dan berehat selama dua hari. dah sarapan ke semua.
Sarapan apa hari ni yee...

hari ni saya tak ada entry makan2, cuma nak kongsi gambar
sarung kusyen yang saya kait, dah hampir siap.
Beginilah rupanya sewaktu saya mengelim atau mencantumnya.
Kusyen yang kat dalam tu saya buat sendiri,
sebab saya behajat untuk menjualnya bila siap nanti, mestilah kena
kusyen yang baru kan...


Susah juga nek mencantumnya ni,
sebab kusyennya dah ada kat dalam. Tapi dek kerana seronok,
tak terasa pun susahnya.


Sebenarnya ada lagi benda yang saya nak tambah pada kusyen ni,
nantilah, siap nanti saya share lagi sekali.
Ini sarung kusyen ketiga yang saya dah buat, yang dulu tu 
saya menyarung kusyen yang lama je.


Hari tu masa bertandang kerumah kawan ternampak
plak paten yang kat bawah ni.
terus je saya rembat bawak balik, kononnya nak
buat contoh. Setakat ni belum ada masa lagi nak buat,
InsyaAllah akan jadi juga nanti.


Cantik paten ni untuk buat alas meja atau cadar tilam,
Fuhh..jadi ke kalau saya nak buat cadar tilam.
berapa tahunlah baru boleh disiapkan yee..Namun tak
mustahil, kata orang kalau nak seribu daya.


Semuga jumpa lagi,

Wassalam.

5 comments:

  1. Assalamu'alaikum ...

    masa bujang dulu, saya pernah kait pattern yang bawah tu untuk buat cadar, alas meja dan alas belakang kerusi. Sekarang dah lupa pun cara nak mengait! :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsallam Kakcik,

      Wahhh...kakcik ni otai mengaitlah yeee..
      ada lagi ke kakcik paten2 yang lama tu,
      kalau ada upload kat blog saya nak tengok.

      Delete
  2. assalamualaikum kak..

    kerja begini perlukan ketekunan tahap tinggi dan kesaboran yang kuat..kebanyakan orang perempuan suke sangat ye mengisi masa demenye dengan akitiviti gini.

    koi tak faham gitu ajer kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsallam Mazru,

      Kesabaran dan minat tu penting,
      Tanpa minat, tak boleh sabar weh, rumit.

      Delete
  3. Tangan keras weh.Tak reti nok musing2....

    ReplyDelete