Monday, 30 April 2012

Karipap Lapis

Assalamualaikum,

Entry ni sepatutnya semalam dah kakmah publishkan,
tapi biasalah kakmah ni kan selalu sibuk,
tak sempat nak siapkan, jadi kakmah siapkan aja pagi ni.

Selamat berhari minggu kepada semua..
Walaupun hari ni hari minggu, tapi kakmah bangun awal.
Bangun tido je kakmah terus rasa lapar, baru kakmah teringat
last kakmah makan nasi semalam pada pukul 10.30 pagi semalam.
Lepas tu kakmah cuma makan sekeping kaya puf pada pukul
4.30 petang. Pukul 7 petang kakmah cuma minum air
teh 'O' tanpa makan. Patutlah rasa lapar semacam je.


Lapar punya pasal, pagi ni  kakmah teringat nak buat karipap
lapis, bukan karipap pusing yee. Lama dah kakmah tak buat
karipap ni sebenarnya, sejak kakmah berhenti menjual
kuih, kakmah langsung tak buat. tetiba je pagi ni kakmah
rasa teringin sangat nak makan karipap yang kakmah buat sendiri.

Pukul 7.00 pagi kakmah kedapur tengok2 ada tak bahan2
yang kakmah perlukan. Bila semua bahan ada, kakmah 
pun terus sediakan semua bahannya. Ni kakmah bagi teruslah 
bahan2nya. Kepada yang teringin nak makan karipap tu
bolehlah cuba2 buat sendiri ye..


Bahan Untuk Intinya

* 2 biji kentang yang sedang besar
* 1 ketul daging ayam, lebih kurang besar kotak rokok
* 1 ulas bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1 sudu makan rempah kari
( kalau suka pedas boleh tambah cili mesin )
* 1 sudu teh gula
* 1/2 sudu teh garam
* 3 sudu minyak masak
* 1 1/2 cawan air
* 2 tangkai daun sup


Cara-cara nya pula yee.

1. Kupas kentang, basuh dan potong dadu.
2. Ayam dibersihkan dan potong dadu.


3. Bawang dan bawang putih dikupas dan bersihkan 
dan potong dadu juga. Titik bawang putih sebelum dipotong.
4. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih dan
bawang merah, goreng hingga layu dan naik bau.
5. Masukkan rempah kari dan kacau hingga rempah kari
betul2 masak.
6. Masukkan isi ayam dan kacau lagi hingga isi ayam mengeras.


7. Masukkan kentang dan kacau hingga rata rempahnya.
8. Masukkan air,garam dan gula, kacau hingga rata,
dan tutup kuali, masak hingga kentang empuk.
9. Sebelum angkat taburkan daun sup yang telah dipotong,
kacau hingga rata, angkat dan sejukkan.


Haaa.. dah pun masak inti karipap kita,
Sekarang kita buat kulitnya pula yee..Puan2..hehe..perasan
plak kakmah ni.

Bahan-bahan untuk kulitnya.

* 11/2 cawan tepung gandum
* 4 sudu makan majerin
* 1/4 cawan air
* 1/4 camca teh garam
* 2 cawan minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya.

1. Ambil 1/3 cawan tepung,gaulkan dengan majerin tanpa air
hingga lembut dan ketepikan.
2. Tepung selebihnya gaulkan dengan 1 sudu majerin hingga rata 
3. Bancuh garam dengan air, dan tuangkan air sedikit demi sedikit 
kedalam tepung yang dah digaul dengan majerin, uli perlahan
dengan hujung jari hingga lembut dan mudah dicanai.


4. Ambil doh yang pertama sebesar ibu jari sebanyak dua biji
dan bulatkan.
5. Ambil pula doh yang kedua sebanyak lima biji sebesar ibu jari
dan bulatkan seperti dalam gambar diatas.



6. Leperkan doh yang besar  seperti ini.


7. Masukkan doh kecil kedalam doh besar 


8. Bulatkan seperti ini dan gelekkan sehingga setengah cm.


9. Potongkan doh setengah bulatan
.

10. Dan gulung seperti ini.


11. Potong kepada 3 atau 4 bahagian, mengikut sebesar mana
karipap yang hendak dibuat.


12. Gelek dan nipiskan sehingga menjadi seperti ini.


13. Masukkan inti


14. Cantumkandan klim tepinya.


15. Dah pun sedia untuk digoreng.

* Resipi ni boleh menghasilkan 15 biji karipap yang
sederhana besarnya.
* Kalau nak menggorang karipap ni minyaknya jangan terlalu 
panas, terutamanya semasa mula2 nak letak karipap kedalam
mimyak.
Selamat mencuba.


Jom sarapan pagi dengan kakmah.

Jumpa lagi,

Wassalam.

Saturday, 28 April 2012

Jumpa Lagi

Assalamualaikum,

Apa khabar rakan blogger, pengunjung2 blog kakmah
yang setia walaupun kakmah tak update dah lama.

Genap sepuluh hari kakmah tak update blog ni, Alhamdulillah
malam ni dapatlah peluang untuk kakmah buat entry baru.
pas ni nanti kalau ada masa nak bw blog kawan2 yang 
yang sentiasa kakmah rindui.

Lawat kg orang asli, ziarah saudara baru

Malam ni kakmah tak dapat nak cakap banyak,
sebab kakmah tak tau apa nak cakap,
maklumlah dah lama sangat tak menulis dalam blog ni,
jadi kekeringan idea lah plak rasanya.

BR1M, haha..
rezki weh..abih dah....

Oleh itu tengok2 ajalah aktiviti2 yang kakmah 
lakukan sepanjang kakmah menghilangkan diri 
dan tak bw.

Kumpulan nasyid NUSRAT,
Semua Ibu Tunggal weh...

Banyak juga yang perlu kakmah uruskan, dan sekarang ni kakmah
dah berjinak2 pula dengan tugas menjadi MC untuk mesyuarat2
persatuan yang kakmah sertai. Excited weh, mula2
mengeletar juga kaki kakmah, lepas pembukaan mengeletar pun hilang,
dan kakmah menjadi excited sesangat. Seronok jadi MC neh,
Tapi jangan tersilap cakap, Maluu..


Ni wajah Tuan kadi daerah Lipis, 
Ceramahnya dan ucapannya memang sangat mengesankan dijiwa.
sebab tu dalam setiap aktiviti kakmah selalu jemput dia
bagi ceramah atau tazkirah.



Pengerusi NUSRAT Lipis,
Rajin, bersemangat tinggi dan tak pernah putus asa
dalam memajukan persatuan yang di pimpinya.


Mesyuarat Agung NUSRAT kali ke6 2012.
Ahli NUSRAT sekarang dah mencecah 400 orang lebih,
diantara persatuan yang paling ramai bilangan ahli di Lipis.


Selesai semua aktiviti persatuan kakmah jadi babysitter plak.
Jaga cucu kecik kakmah ni hah, sementara Mummy pergi seminar
di KL. Nasib tak meragam, senang sangat bela cucu kakmah nie,
Tengok cara dia tido tu.


Bukan main suka dia dapat jalan2 dan main2sendiri.
Masa ni acu ada jaga dia.


Oppsss.. dah habis gambar.
Sekian terima kasih.

Semuga jumpa lagi

Wassalam.

Jangan lupa lawat kedai maya kakmah yee..

Wednesday, 18 April 2012

Gelagat

Assalamualaikum,

Apa kahabar rakan2 blogger dan pengunjung setia blog kakmah, dah makan malam ke, kakmah baru aja lepas makan.Sejak beberapa minggu ni kakmah sibuk sangat,Tak banyak masa dapat online. Nak update blog pun kakmah tak sempat. Baru sekarang ni free sikit.Tu pun kejap lagi nak mulakan tugasan menjahit baju kawan kakmah yang nak pakai hari sabtu ni.

Untuk makluman kawan2, gambar-gambar dalam entry ni tak ada kena mengena pun dengan entry ni, saja je kakmah bubuh gambar cucu2 kakmah. Tadi tu masa edit2gambar terjumpa gambar2 ni semua, kakmah upload ajalah.Lama tak jumpa dia orang ni rindu plak rasanya. Layan ajalah gambar cucu2 kakmah ni ye.


 Daryn ni nak manja dengan acu dia. Beriba.

Fareez dengan Zulaika, Zulaika dah kurang nangis dah 
sekarang ni. 

 Fareez takut naik bas,
dari Kl sampai Temerloh naik bas, First time nie.

 Zawil dengan Daryn, lama tak jumpa,
berpelukan.

 Angah ni senyum ke tunjuk gigi baru cambah.

 Unik juga bergambar dalam tab mandi ni.

Bila salah seorang nangis,
acu mesti ada untuk memujuknya.

Habis dah gambar kali ni.
Semuga jumpa lagi, 

Wassalam.

Sunday, 15 April 2012

Alas meja bulat, Crochet

Assalamualaikum,

Selamat bersantai dimalam minggu bersama keluarga.
Malam ni kakmah nak share satu lagi paten crochet yang
kakmah dapat semalam.


Cantik betul paten neh, bulat dan besar,lebih kurang 3 kaki 4in
dimeternya. geram kakmah tengok. Rasa macam nak buat terus.
Berapa bulan agaknya baru boleh siap kalau kakmah buat paten ni.


Tengok ini bahagian tepinya, paten labah-labah, taklah banyak 
sangat guna benang sebab banyak guna tali air aja.



Kabur sikit gambar, walaumacam mana pun memang cantik
paten ni.


Bahagian tepi, paten ni sesuai dibuat alas meja bulat.

Ok jumpa lagi.

Wassalam.

Thursday, 12 April 2012

Khasiat Sirih.

Assalamualaikum,

Pernah tengok peralatan ni tak. Ari tu masa kakmah pergi kesatu
kampung kakmah terserempak dengan nenek yang dalam gambar ni
tengah melakukan aktiviti ini. Orang lama je yang tau aktiviti ni.
Aktiviti menggobek sirih Kat bawah ni peralatan yang mesti ada.



Nenek ni umur dia dah 85 tahun, tapi nampak masih sihat, berjalan 
ok lagi. Tak pernah sakit lutut atau ada sakit2 lain yang kronik.
Masa tak rabun lagi, semua masih nampak jelas. Tak perlu pakai
cermin mata. Bila kakmah tanya apa rahsia awet muda dan sihat
wan, dia kata makan sirih. Yer ke, boleh tak kita percaya.
Yang jelasnya nenek ni sepanjang kakmah berada disitu tak berhenti-
henti dia menggobek sirih, habis satu, satu dia menggobek.


Tapi pengalaman kakmah sendiri, kalau dapat penyakit gatal2,
kakmah guna daun sirih ni untuk ubat gatal-gatal. Caranya upur 
sehelai daun sirih, ambil airnya dan sapu kat tempat yang gatal.
Sekejap je berhenti gatal.


Dan paling mujarab kalau ada sakit keputihan, rebus daun sirih ni, airnya
masukkan dalam besen berendamlah selama 10 hingga 20 minit,
Insya Allah mujaran. Air daun sirih boleh juga buat air mandian,
kerana daun sirih mengandungi antiseptik semula jadi.

Ok sampai sini dulu,
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Jom lawat kedai online Kakmah pulak.

Wednesday, 11 April 2012

Selamat Hari Lahir Adik

Assalamualaikum,

Selamat Hari Lahir Adik Hanafi.

Apa khabar semua rakan2 blogger, baik2 aja hendaknya yee.
Gambar kek hari lahir, mestilah, hari ni kan hari lahir adik.
Diam tak diam dah 19 tahun umur adik rupanya, 
Dah besar dah anak bongsu mak ni, dah dewasa.


Doa dan harapan mak adik akan dewasa dalam takwa, 
dalam iman, diberkati usia yang lalu dan usia yang akan datang,
dengan iman dan amal soleh, dimurahkan rezki, dipanjangkan umur, 
dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.



Kakmah tak buat apa2 untuk adik, beli kek kecik ni aja, cukuplah sekali 
makan untuk 4 orang. Laksa Sarawak ni anak menantu kakmah yang buat.
Lama dah tak makan laksa Sarawak, sedap lah plak.


Oklah Adik, sekali lagi Selamat Hari lahir.

Jumpa lagi rakan2 blogger.

Wasalam.

Tuesday, 10 April 2012

Lucu / Malu sendiri

Assalamualaikum,

Selamat pagi rodong2, selamat pagi 1 Malaysia.

Malam tadi kakmah macam melepas geram, mentang2 dapat
pinjam laptop adik, terus je internet sampai pukul 4 pagi.
Adik dah beberapa kali jenguk nak kan laptop dia balik,
selamba je kakmah kata, malam ni adik tak payah berjaga,
tak payah main Facebook sebab adik demam,
adik kena tido awal..haha..kesian adik.....

Pagi tadi kakmah cuba lagi sambung Broadband kakmah 
kat pc di kelas kakmah. Masih boleh sambung tapi tak
boleh buka website. Geram betul. Tetiba kakmah nampak
ada msg. banyaknya msg dan misscall.
" Sapa pulak yang call ke nombor broadband ni"
Kata kakmah dalam nada yang masih geram dan kesal
sebab gagal masuk blog kakmah. Aneh juga, setau kakmah,
kakmah tak pernah bagi pun nombor broadband ni kepada 
siapa. Tengok nombor macam semuanya kakmah kenal.

Ahhh...sudah, kakmah pun check balance sim kad yang
dalam telefom. Laaaa...patutlah, sim kad untuk broadband
kakmah ada dalam telefon. Rupanya sim kad yang dalam 
broadband tu kad untuk telefon kakmah. Macam mana
 kakmah boleh tak perasan selama ni..Hahaha...padan muka
kakmah, beberapa kali call celcom pun masih tak perasan
kakmah dah tertukar sim kad. kalau orang2 di celcom 
yang dah beria-ia nak tolong kakmah tu tau keadaan 
sebenarnya, apa dia orang akan cakap yee..

Oklah kakmah dah boleh internet ni.
Jumpa lagi,

Wassalam.

Monday, 9 April 2012

Geram..

Assalamualaikum,

Kakmah tengah geram ni, sejak semalam lagi broadband
kakmah ni buat hal. Buat connection boleh,
tapi bila nak masuk website tak boleh.
Dah naik berbuih mulut kakmah bercakap dengan budak
celcom tu, balik2 ajar kakmah tukar setting,
tapi tak juga dapat2 nak buka blog, Fb dan macam2
lagi website yang kakmah biasa buka.

Geram, memang geram. Nasib baik ada lappy adik ni, 
dapatlah kakmah online sekejap.
Oklah kakmah undur diri dulu, jumpa lain kali.

Wassalam.

Sunday, 8 April 2012

Selamat Makan Tengahari.

Assalamualaikum,

Selamat berhari minggu, selamat menjamu selera bersama keluarga,
masak apa tengahari ni? pagi tadi sarapan apa?


Ini gambar menu sarapan pagi Kakmah pagi tadi.
Sarapan sekali dengan makan tengahari rasanya.
dengan makananyang semacam ni kakmah rasa kenyang sampai 
sekarang, maklumlah perut kakmah ni bukan lebih makan sangat,
mulalah nak meragam.


Selera tak tengok menu pagi kakmah ni. Anak kakmah makan sebiji
 telur tiga suku, kakmah plak makan telor dadar. Kakmah makan sayur 
pun dengan cili sos aja. hehe..pelikkan, tapi selera kakmah kata sedap.
Apa boleh buat.

Jumpa lagi,
Wassalam.

Saturday, 7 April 2012

Tak Larat Ngantuk

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah, akhirnya malam ni dapatlah juga Kakmah nak update 
blog kakmah ni. Beberapa hari ni Kakmah sibuk sikit, tak sempat nak 
buat entry baru. Kalau ada pun masa waktu malam kakmah selalu je
mengantuk, baru je buka komputer, tak sempat nak buka blog
mata dah nak terpejam. letihlah, tak taham betul kakmah.


Malam ni saja je Kakmah nak share dua paten crochet.
Bukan Kakmah yang kait ye, tapi paten ni kakmah dapat dalam
satu blog minah saleh masa kakmah BW beberapa hari yang lalu.
kakmah minat betul dengan paten ni, lalu kakmah save kan, 
hajat nak buat kalau ada masa lapang nanti.
Tah bila tak taulah.

Ini pun satu lagi paten yang kakmah minat. Rasa macam mudah je nak 
buat, tak taulah boleh tak kakmah nak buat nanti. kalau tak boleh buat
 kakmah tengok2 jelah. jamu mata..hehe..

Oklah kakmah nak tido dah rasanya. 
Selamat malam, jumpa lagi.

Wassalam.

Thursday, 5 April 2012

Trip to Cameron Highland...lagi...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah lega, kembali berada di Lipis.
Sebenarnya Kakmah baru aja turun dari Cameron Highland
tengahari tadi. 3 hari 2 malam kakmah berada disana,
untuk menghadiri mesyuarat PERKIM peringkat
Negeri Pahang plak.

 Ni barisan wakil dari Lipis, 9 orang semuanya
termasuk pemerhati.

Kat Cameron Highland kami ditempatkan di Hotel
Heritage di Tanah Rata. Duduk tanah Rata ni tak sejuk 
sangat berbanding duduk di Ringlet atau Brinchang agaknya.

Baru nak mula mesyuarat neh, sempat ambil gambar..
Pengerusi kakmah nie serious bebeno plak..

Kat CH, kakmah tak sempat nak lawat kemana-mana pun, 
cuma kat hotel je, cuma lepas mesyuarat kami semua 
wakil2 dibawa melawat dan meraikan majlis pernikahan
sepasang remaja orang Asli, diperkampungan orang
asli dekat situ, nama kg kakmah tak ingat, sambil
menyampaikan sedikit sumbangan kepada penduduk
islam disitu.


Majlis akad nikah disempurnakan oleh Tuan Kadi 
Cameron Highland.


Semasa nak balik bergambar beramai2
di ladang Strawberry milik seorang kawan
dari Lipis juga.


Makdara2 tara kucah, berposing sakan.


Ni part paling best, masa nak pergi ari Isnin tu,
singgah di Felda Sungai Koyan, makan nasi dan kari
kepala ikan, dalam perjalanan balik tadi pun
singgah sekali lagi, pekena kari kepala ikan.
Sedapp, macam ketagih plak.


Dan ini kegemaran kakmah, tak sah kalau pergi ke
Cameron Highland tak beli walau pun sejambak bunga.


Alhamdulillah selesai satu tugasan.
Tapi masih banyak lagi tugasan yang menanti.
InsyaAllah rehat dulu.

Hingga jumpa lagi

Wassalam.