Assalamualaikum,
Dengan pengumuman YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pukul 10.00 malam semalam, berakhirlah penantian dan harapan yang amat menyiksakan selama 18 hari yang lalu. Kini seluruh dunia telah mengetahui MH370, pesawat penerbangan Malaysia yang dilapurkan hilang itu sebenarnya telah menjunam ke Selatan Lautan Hindi. Tanpa landasan, tiada daratan pesawat tersebut dipercayai, disahkan telah berakhir didasar Lautan Hindi. Dikhabarkan juga harapan untuk menemukan kesemua penumpang dan anak kapal dalam keadaan selamat adalah tipis sekali malah hampir tiada langsung.
Terkejut, sedih, pilu, kecewa, begitulah agaknya perasaan ahli keluarga penumpang dan anak2 kapal pesawat tersebut. Tidak terkecuali juga perasaan tidak puas hati, mengapalah ahli keluarga mereka yang terpaksa menerima nasib malang itu.
Kalau ditanya kakmah sendiri, kakmah masih belum boleh menerima kenyataan itu, bagaikan ianya satu kenyataan yang tidak berasas sama sekali. Mengapa tidak ada sebarang bukti yang boleh ditatap untuk menandakan itulah sebenarnya yang terjadi, mengapa tidak ada satu gambar pun yang di muat naik oleh mana-mana pihak untuk membuktikan bahawa itulah cebisan dari pesawat yang hilang itu.
Walau apapun perasaan kita, itulah hakikatnya apa yang terjadi. Tragedi ini telah disahkan oleh pakar-pakar didalam bidang masing-masing yang berkaitan dengan tragedi itu.
Benarlah agaknya penampakan-penampakan yang disaksikan beberapa saksi seperti yang diceritakan diblog-blog peribadi, laman-laman sosial yang kakmah pernah baca, yang mana dilapurkan ada individu-individu tertentu yang dapat menyaksikan peristiwa dan insiden yang terjadi kepada pesawat tersebut. Seolah-olahnya Allah ingin orang-orang tertentu ini menyaksikan apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat tersebut.
Dilaut Cina Selatan misalnya, seorang pekerja pelantar minyak menyaksikan sebuah kapalterbang sedang terbang menjunam dengan ekornya terbakar. Juga seorang nelayan yang menyaksikan kapalterbang yang sedang terbang rendah, lebih rendah dari kebiasaannya. Juga penyaksian seorang Wanita dari Johor yang baru pulang dari umrah dengan menaiki pesawat Arab Saudi. Dia dikhabarkan telah melihat sebuah kapal terbang sedang berada diatas lautan, dalam keadaan senget dan berangsur-angsur tenggelam dilaut andaman.
Begitu juga penyaksian sepasang suami isteri dari Indonesia, yang menyaksikan kapalterbang tersebut berada didasar Laut Cina Selatan yang mana kesemua penumpag dan anak kapal telah meninggal dunia dan masih tegak duduk dikerusi. Juga penyaksian seorang penduduk kepulauan yang menyaksikan sebuah kapalterbang yang terbang rendah dan mendengar bunyi bising suara orang didalam pesawat tersebut.
Walaupun cerita ini nampak seperti lucu dan tidak logik, tetapi itulah kuasa Allah SWT, apabila dia berkehendakan seseorang itu menyaksikan kebesarannya, dia tidak memilih darjat, pangkat atau kedudukan seseorang itu. Sesiapa pun boleh menyaksikannya, dengan izin NYA.
Kini, dengan perkhabaran yang telah disahkan itu, putuslah segala harapan untuk menyaksikan ada diantara penumpang atau anak kapal ataupun kesemua akan ditemui dalam keadaan selamat. Kini seolah-olah tumpuan hanyalah untuk mencari bangkai pesawat dan kotak hitam yang akan menjadi saksi terhadap apa sebenarnya yang telah berlaku sebelum pesawat menjunam kedasar lautan.
Lalu tidak adakah yang berharap sesuatu keajaiban akan terjadi, sepertimana didalam filem yang pernah kita saksikan, dimana ada penumpang yang terselamat lalu menemui daratan yang tidak berpenghuni, lalu mereka meneruskan hidup disitu sementara menunggu pihak penyelamat datang untuk menyelamatkan mereka. Namun mampukah mereka meneruskan hidup dilautan atau di daratan dalam jangka waktu yang terlalu panjang ini. Sudah dua puluh hari berlalu sejak hari pertama. Walaupun itu nampak seperti mustahil, namun sebenarnya ia bukanlah mustahil dan tidah boleh diabaikan.
Selesai sudah penantian fasa pertama, kini masuk pula kepada penantian fasa kedua, setidak-tidaknya penantian untuk menemukan bangkai pesawat tersebut dan kesemua jasad-jasad penumpang dan anak kapal jika ianya telah diyakini semuanya telah meninggal dunia disamping penantian untuk menemukan kotak hikmat itu, iaitu kotak hitam.
Dengan pengkuan-pengakuan yang kita sendiri dengar dari semasa kesemasa bahawa pencarian ini amat sukar sekali berikutan keadaan laut yang amat luas dan amat ganas, ombak dan taufan yang sentiasa bergelora serta kedalaman dasar laut yang melebihi 7,000 meter. Lalu kita cuma ada satu harapan dan sandaran sahaja untuk memunkinkan pencarian berhasil dengan segera dan penantian ini membuahkan hasil yang baik sepertimana yang kita harapkan. Dia itulah kuasa yang jitu, kuasa yang tiada tandingannya. Kuasa yang apabila Ia berkata KUN FAYA KUN. Dia itulah ALLAH SUBHANAHUWATAALA.
Sekian dan jumpa lagi
Wassalam.