Assalamualaikum,
Rakan2 Blogger, penjungung tetap blog kakmah dan kepada yang baru
sampai keblog kakmah ini, salam sejahtera dan salam petang khamis.
Kakmah percaya semua orang nak sihat, tak mau sakit, ahhh begitu
juga Kakmah. Kesihatan yang di berikan oleh Allah ini amat bernilai
harganya, tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tapi kadang-kadang
kerana kerakusan kita sendiri dan kurangnya pengetahuan terhadap
penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi menyebabkan kita mengalami
gangguan kesihatan yang berpanjangan, malah kebanyakannya sehingga
keakhir usia. Alangkah ruginya kalau ini terjadi kepada kita.
Iya, kakmah juga menghadapi situasi ini. Semakin lama kakmah rasa
kesihatan semakin merosot. Dalam pada itu kakmah tetap setia
mengambil ubat yang dibekalkan oleh doktor Kakmah dengan harapan
Kakmah boleh kekal sihat setidak-tidaknya masih kuat untuk menjalani
ibadah harian.
Apakah ada kesan sampingan apabila memakan ubat secara berterusan ini.
Sudah pastilah ada, sejumlah bahan kimia masuk kedalam badan kita
berterusan tanpa henti, tapi demi mengekang kemelaratan sakit yang lebih
merbahaya kita terpaksa merelakan apa jua kesan yang akan kita alami.
Kencing manis, Darah tinggi, kolestrol tinggi, inilah penyakit zaman moden,
kebanyakan penyebabnya adalah makanan yang kita ambil setiap hari,
kadang-kadang dalam kuantiti yang berlebihan, garam misalnya yang kaya
dengan sodium, kadang-kadang kita terlebih ambil tanpa kita sedari.
Sodium adalah penyebab utama kepada penyakit darah tinggi, sebab itulah
semasa kakmah mula mendapat darah tinggi doktor menasihatkan supaya
Kakmah kurangkan makan garam. Ohhh tidakkk..tanpa garam makanan
hilang lazatnya. Itu pendirian Kakmah.
Namun kakmah cuba juga mengambil makanan tanpa garam langsung,
cuba makan kanji nasi dengan ayam rebus dengan sayur tanpa garam
selama seminggu. Hasilnya memang memuaskan, darah tinggi kembali
normal, tapi selama mana Kakmah mampu makan seperti itu kerana setiap
kali makan kakmah rasa nak terjeluak. Akhirnya kakmah kembali kepada
tabiat lama sejak kecil lagi makan makanan yang terlebih masin. Dan akhirnya
penyakit darah tinggi kakmah menjadi kronik lalu akhirnya doktor
mengistiharkan kakmah kena makan ubat darah tinggi sehingga ke akhir hayat.
Begitu juga dengan penyakit kencing manis, musuh utamanya ialah
sebarang makanan berwarna putih. Nasi putih, gula putih, tepung putih...
Semua ini adalah makanan ruji, mana munkin kita meninggalkannya.
Tapi sejak akhir-akhir ini kakmah selalu mendapatkan maklumat
tentang dua penyakit ini dan contoh-contoh orang yang berusaha bersungguh-
sungguh untuk memerangi penyakit ini dan mereka berjaya
untuk menghindarinya dan berjaya menurunkannya ke tahap normal
dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.
Justeru kakmah juga berhasrat untuk meniru apa yang mereka dah
berjaya lakukan. Harap semuanya panjatkan doa semuga kakmah berjaya
dalam misi ini dan dari semasa ke semasa akak kakmah catatkan disini
apa yang kakmah lakukan dan kesannya terhadap penyakit darah tinggi
dan kencing manis kakmah ini harapan kakmah kalau kakmah berjaya
ada pula yang akan mengikut jejak langka kakmah ini.
Sama-samalah kita menuju kearah kehidupan yang sihat tanpa
ubat-ubatan. Langkah pertamanya bermula disini.
Hari ini Kakmah cuba bertahan tanpa nasi, tapi masih ada kari.
Gambar diatas itu adalah gambar kari daging kurang santan,
campur ubi kentang dan kacang. Kakmah namakan Khasiat
lengkap dalam satu pinggan kerana Kakmah tidak makannya
dengan nasi, hanya makan meratah begitu sahaja kerana ketiga-tiga
khasiat penting yang diperlukan oleh tubuh kita telah ada
didalam satu pinggan itu. 1. Kentang untuk kabohidrat 2. Daging
untuk protin. 3. Kacang untuk vitamin 4. Garam untuk kalsium.
Harap-harap ada rakan2 yang ingin berkongsi apa jua pengalaman
sakit kronik seperti kakmah ini, jika ada catatkan diruangan komen,
nanti kakmah masukkan kedalam entry yang seterusnya melalui tajuk
ini.
Mari kita sama-sama mulakannya disini.
Perangi sakit kronik ini dan mulakan hidup sihat tanpa ubat.
Untuk yang sudi berkongsi kakmah dahului dengan ucapan terima kasih.
Semuga anda sihat
Wassalam