Assalamualaikum,
Selamat malam rakan-rakan blogger, peminat-peminat blog lipislady.
Selamat malam rakan-rakan blogger, peminat-peminat blog lipislady.
Kak Mah ni memang suka sangat berkongsi apa-apa juga info yang Kak Mah dapat semasa melayari internet. Diantaranya info ini yang kakmah baru saja dapat ini. Tajuknya adalah :
Setiap Hari Kita Terdedah Kepada Perkara Yang Boleh Menyebabkan Kanser, Takut Kan
1. Sekiranya anda seorang pekerja syift malam dalam jangka masa yang panjang, anda terdedah kepada risiko kanser payudara.
2. Untuk 6 bulan pertama kereta baharu, akan membebaskan banyak bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser terutama sewaktu hari panas.
3. Phthalates adalah sejenis kimia yang digunakan untuk melembutkan plastik juga terkandung didalam deoderant dan pewangi udara, yang mana bahan ini jika selalu terdedah akan menjadi bahan yang boleh menyebabkan kanser.
4. Kimia didalam sunscreens akan meningkatkan risiko mendapat kanser kulit.
5. Plastik pembungkus mee segera jika terkena panas akan mengeluarkan kimia yang boleh menyebabkan kanser.
6. Botol plastik bekas air minuman atau air mineral jika terdedah kepada panas akan mengeluarkan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Jangan simpan air mineral terlalu lama selepas di buka terutamanya ditempat panas.
7. Sousage, daging burger atau apa juga daging yang diproses adalah penyebab terbesar terjadinya kanser.
Kebanyakan orang tahu merokok adalah penyebab kanser, Keturunan, radiasi dan gaya hidup juga penyebab kanser. Tapi kebanyakannya tidak tahu 7 perkara diatas juga adalah penyebab kanser, atau dengan kata lain penyebab aktifnya sel kanser yang sedia ada didalam setiap tubuh kita ini.
Semuga info ini memberi sedikit menafaat kepada kita semua. Info ini Kak Mah dapat dari
110 cancercare.com.
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.
Banyak sangat benda-benda sekeliling kita yang dikatakan boleh menyebabkan canser. Namun sebahagiannya dah jadi budaya.. susah nak ubah. Contohnya, polisterin pembungkus makanan dan cawan plastik...
ReplyDeletekanser ni dah jadi biasa sekarang ni…
ReplyDeletesedih