Assalamuaalaikum,
Selamat Datang Ke Kuala Lipis,
Hello Girlfriends,
Lama dah Kak Mah berada di arena blogger ni, tapi belum terfikir nak memperkenalkan
tanah kelahiran Kak Mah kepada rakan-rakan blogger dan peminat blog Lipislady semua.
Alhamdulillah hari ini tergerak hati Kak Mah nak bercerita sedikit tentang daerah kelahiran
Kak Mah, tanah bertuah Kuala Lipis ini.
Ahaa, Inilah tangga yang apabila terpandang, apa lagi memijaknya akan menimbulkan
nostalgia yang sangat syahdu dihati kakmah. Diatas tangga ini, melalui tangga inilah
tangan lembut seorang ibu memimpin tangan Kak Mah untuk naik keatas. Kemana?
Tangga ini menuju ke Pejabat Daerah lama dalam tahun 60an dulu, waktu itu Kak Mah
masih belum bersekolah, sering kali mengikut emak naik ke pejabat daerah jika
emak ada urusan disana. Kini tangga ini jarang digunakan lagi kerana setiap pengunjung
yang ingin berurusan pastinya membawa kenderaan masing-masing terus kehadapan pejabat.
Dan pejabat daerah sekarang ini telah berpindah kebangunan baru di bandar baru Lipis dan
sekarang bangunan ini sedang digunakan oleh Majlis Daerah Lipis.
Waw, ini produk Kuala Lipis, sambal belimbing rebus. Sekarang ini telah memasuki era baru, dan diperkenalkan dengan nama baru iaitu Sambal Pahang oleh Tengku Puan Pahang, Dulu sambal ini hanya makanan orang kampung, petani-petani yang berpendapatan kecil, dimakan dengan ikan sungai, ikan paya yang di bakar, tetapi sekarang ini sambal Pahang ini telah masuk ke istana, telah
menjadi satu produk yang mesti diperkenalkan kepada pelancung-pelancung dalam dan luar negara,
denga harga yang agak tinggi berbanding dengan sewaktu Kak Mah masih kecil-kecil dulu dimana sambal ini hanya makanan seorang petani.
Ini bangunan SUK Negeri Pahang yang berada di Bukit Bius, tidak berapa jauh dengan
pusat bandar Kuala Lipis. Rumah ini dulu adalah kediaman SUK Negeri Pahang sewaktu
Kuala Lipis menjadi Ibu Negeri Pahang.
Rumah Rakit merupakan Trade Mark Kuala Lipis suatu waktu dulu sehingga penghujung tahun
70an, dimana rumah rakit ini musnah satu persatu akibat banjir yang melanda Kuala Lipis dan
tuan rumah yang meninggal dunia anakala anak-anak mereka yang tinggal di luar Kuala Lipis
tidak mau mewarisi rumah rakit ini lagi. Kini rumah rakit juga telah menjadi nostalgia yang
sukar dilupakan bagi mereka yang sempat melihatnya apa lagi bagi mereka yang berpeluang
tinggal didalamnya seperti Kak Mah ini. Iya Kak Mah sempat tinggal di rumah rakit selama
beberapa bulan sewaktu bersekolah kerana tidak mendapat tempat diasrama. Sungai Jelai juga merupakan rakan baik Kak Mah dimana disinilah Kak Mah belajar berenang.
Ini sebahagian bangunan Sekolah Menengah Clifford. Kak Mah merupakan salah seorang
pelajar disekolah ini. Merupakan diantara sekolah tertua di Kuala Lipis, ramai orang kenamaan
dan pembesar negara pernah belajar disini Diantaranya, Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak,
Bangunan stesen keretapi Kuala Lipis yang di bina dalam tahun 1926, juga merupakan
diantera stesen keretapi yang tertua di Malaysia yang menghubungkan Gemas dengan Kuala Lipis.
Batu 0 adalah lambang Kuala Lipis. Batu ini terletak ditengah-tengah bandar Kuala Lipis berhampiran dengan bangunan Pejabat Pos besar Kuala Lipis yang juga merupakan bangunan tertua diKuala Lipis. Bangunan ini telah di ubah suai sedikit sebanyak sesuai dengan peredaran masa.
Bangunan Pahang Club juga merupakan bangunan zaman penjajah. Bangunan lama yang mesti di lawati apabila anda berkunjung ke KLuala Lipis. Disini berbagai aktiviti dilakukan terutamanya yang melibatkan aktiviti peringkat daerah dan dihadiri pembesar-pembesar daerah dan negeri.
Pintu Gerbang, pintu masuk ke Kuala Lipis melalui stesen keretapi.
Ini merupakan masjid negeri yang tertua di Pahang sewaktu Kuala Lipis menjadi ibu negeri
Pahang. Ia dibina dalam tahun 1888 di pinggir sungai Jelai. Masjid ini dikatakan tidak ampuh air sewaktu banjir besar melanda Kuala Lipis dalam tahun 1926, walaupun kawasan sekitarnya di tengelami air banjir. Kini bangunan masjid ini masih kukuh seperti dulu walaupun telah ditambah besarkan sesuai memuatkan jemaah yang semakin bertambah.
Ini pula masjid baharu yng dipanggil masjid Sultan Mahmud, terletak hanya tidak sampai satu kilometer dari masjid tertua Lipis. Masjid inilah yang diguna pakai sekarang ini sebagai masjid daerah Kuala Lipis yang baharu.
Bangunan Pejabat Daerah lama, juga banguna dizaman penjajah, kini diguna pakai oleh
pihak Majlis Daerah Lipis sebagai pejabat pentadbiran mereka dimana Pejabat Daerah telah ber[indah ke pejabat yang baharu di Bandar Baru Kuala Lipis diseberang sungai Jelai.
Tidak sah kalau ke Kuala Lipis jika tidak merasa buah-buahan tempatannya.
Inilah buah kundang, kebangaan orang Kuala Lipis. Buah yang sewaktu mudanya rasa sangat masam tetapi sangat manis dan sedap apabila telah masak ranum. Buah yang didalam gambar Kak Mah ini sedang mengkal sewaktu Kak Mah ambil dulu, semuanya dari kebun Kak Mah dikampung. Kalau buah ini masak warnanya oren kemerah-merahan, dan rasanya sangat manis. Buah yang mengkal begini hanya sesuai dimakan dengan kicap dan gula.Colek, Haha..
Sebenarnya banyak lagi produk Kuala Lipis yang perlu Kak Mah perkenalkan. In shaa Allah dalam fasa kedua nanti Kak Mah akan perkenalkan yang lain pula.
Semuga Jumpa Lagi
Wassalam.