Monday 25 April 2016

Nasi Lemak Goreng

Assalamualaikum,

Rakan -rakan blogger dan peminat Blog Lipislady,
Alhamdulillah, krisis air ditempat Kak Mah dah selesai.tapi air cuma ada awal pagi hingga pukul 10 pagi gitu. Terpaksalah Kak Mah simpan air untuk kegunaan seharian. Tapi syukurlah sekurang-kurangnya Kak Mah tak payah lagi nak hangkut air dari bawak ke tingkat dua ini. Sesuatu yang Kak Mah kurang mampu nak buat.



Untuk menjimatkan air, Kak Mah terpaksa mengurangkan semua aktiviti yang menggunakan air, termasuklah memasak. Kak Mah makan apa saja yang ada, termasuk melebihkan memasak nasi lemak untuk makan tengahari dan terus untuk makan malam. Tapi kalau dah hari-hari makan nasi lemak, pagi petang pulak tu, jemu lah juga kan. Semalam Kak Mah cuba ubah selera lah pulak . Kak Mah buat nasi lemak goreng pulak. Sedap pulak. Kalau ada nasi lemak yang tak abis makan pagi tu jangan lah di buang yee, kita buat nasi lemak goreng. Sedap dan jimat.



Resipinya kepada yang sudi

1 mangkuk nasi lemak, (ni boleh makan dua orang)
Setengah cawan isi ayam di potong
1 biji telor 
1 labu bawang besar potong
1 ulas bawang putih cincang
1 pokok daun sawi,potong asingkan batang dan daun
Dua sudu makan cili mesen
1 sudu majrin atau mentega

Caranya,

Panaskan majrin atau mentega dalam kuali
Tumiskan bawang besar, bila dah layu masukkan bawang putih
Masukkan cili mesen tumis sampai garing,
masukkan isi ayam goreng sampai masak.
Masukkan batang sawi atau apa ayur yang lambat empuk
Bila dah empuk masukkan nasi dan kacau sampai semua bercampur.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau sehingga hancur.
Besarkan api dan kacau nasi, bila dah betul-betul panas masukkan telor dan kacau lagi sehingga telur kering dan menyalut nasi, dan nasi kelihatan berderai. 
Akhir sekali masukkan daun sawi hingga, kacau hingga layu.
Boleh di angkat dan hidangkan.
Sedap dimakan waktu panas dengan timun dan sambal belimbing hitam.


Jumpa Lagi,
Wassalam.

2 comments:

  1. belum pernah makan nasi lemak goreng ni kak mah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, lemak Acik,
      Tak perlu bubuh garam..

      Delete