Thursday, 27 October 2016

Salad Buah-Buahan

Assalamualaikum,

Akhirnya berjaya juga Kak Mah mencipta resipi sihat untuk makan tengahari Kak Mah hari ini. Berpandukan petunjuk-petunjuk dari doktoryang merawat Kak Mah, Walaupun perut kampung Kak Mah ni masih terasa laparkan nasi setelah menghabiskan sepiring makanan ini yang Kak Mah namakan Salad Buah-Buahan, tapi Kak Mah terpaksa akur dan jujur dengan diet ketat yang Kak Mah rancang sendiri demi hasilnya selepas sebulan nanti, inn shaa Allah. Satu keistimewaan salad ini, rasanya yang sangat manis dan lemak. Hari-hari makan pun boleh.


Kalau nak cuba buat boleh ikut resipi Kak Mah ni, salad ni bukan sahaja sedap tapi  Kak Mah cipta khas untuk mengawal darah tinggi, kencing manis dan kolestrol. Atas nashat doktor yang menyarankan supaya Kak Mah kurangkan makan nasi dan makanan yang di olah dari tepung gandum.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk makan seorang

1/3 tandan jagung, rebus tanpa garam atau gula, relaikan dengan pisau
setengah ekor ikan dibakar ambil isi nya sahaja aatau 1 sudu ikan bilis goreng
setengah biji epal potong dadu
1 inci timun, buang empulurnya dan potong dadu
1/4 biji buah delima 
(1 tangkai daun sup, satu tangkai daun ketumbar, satu tangkai daun selom
5 helai daun pegaga potong halus )
sedikit bawang besat potong halus
sedikit halia potong halus kalau suka,
Satukan bahan dalam mangkuk

Bahan untuk perasanya

 2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan madu
1 sudu makan perahan lemon
1 sudu makan parutan kulit lemon
secubit garam
Kacau bahan hingga bercampur dan
masukkan kedalam mangkuk yang berisi bahan salad
Gaul rata, dan siap untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Jumpa Lagi
Wassalam


Saturday, 15 October 2016

Kalau Dah Minat

Assalamualaikum

Kalau dah minat tu, sampai pagi pun 
sanggup bersengkang mata mencari patennya.

Craft mganik dan crochet ini sungguh cantik.
Inshaallah Kak Mah nak buat satu
persatu.










Friday, 7 October 2016

Trip Kuantan

Assalamualaikum,
Sahabat alam maya, sahabat blogger yang dihormati, bertemu lagi hari ini dengan perkongsian dari Kak Mah.Hari ini Kak Mah nak kongsi trip Kak Mah ke Kuantan. Tapi bukan rombongak Cik Kiah yee, ini trip anjuran Jabatan Pertanian untuk kursus yang di namakan Tunas Baru, Azam Tani, khusus di adakan untuk peserta-peserta Azam tani yang akan mendapat sumbangan peralatan untuk memulakan atau membesarkan perniagaan.

Sudah tentulah Kak Mah salah seorang daripadanya yang akan mendapat peralatan tersebut. Kak Mah mohon alatan menjahit dan alatan membuat kek secara komersial. Alhamdulillah menjelang penghujung tahun ini dapatlah peralatan tersebt.


Yang teruja sangat Kak Mah nak kongsi, haaa..nampak tak gambar kat atas tu, itulah dia motivator yang menemani kami selama satu setengah hari dengan tajuk ceramahnya Mengenal Potensi Diri, Beliau terkenal dengan panggilan Ustaz Akhwan Afendi atau Ustaz Mawi kerana rupanya seiras dengan Mawi. 

Kak Mah suka sangat cara pendekatan dia, yang mendendangkan lagu-lagu yang ada kaitan dengan ceramahnya dengan menggunakan minus one terasa macam sedang menonton konsert penyanyi terkenal. First time Kak Mah jumpa penceramah macam ini.Nampak semua peserta berminat dan tidak ada masa untuk rasa mengantuk apa lagi berasa boring.



Bergambar bersama Dato Kamariah, Pengarah Pertanian,
Beliaulah yang banyak menyumbang kepada program yang membantu wanita melalui pejabat Pertanian daerah dengan kerjasama Pejabat Daerah untuk mengenalpasti individu yang layak dan memerlukam peralatan tersebut.


Bergambar bersama Encik Nordin, motivator dari Jabatan Pertanian Negeri, Kuantan.

Program selama dua hari dua malam ini banyak memberi kesedaran dan semangat kepada kami untuk di aplikasikan kedalam kehidupan kami nanti. Alhamdulillah.

Semuga jumpa lagi
Wassalam.

Monday, 3 October 2016

Khasiat Kulit Kayu Manis

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini kak mah bersiaran pagi sikit.Azam tahun baru, hehe.

Sebenarnya pagi ini bila terbangun dari tidur tadi kak mah rasatekak kak mah perit dan seperti rasa nak batuk pun ada, nak selsema pun ada.Lalu kak mah teringat sesuatu. Beberapa bulan yang lepas kak mah pernah di serang selsema yang teruk, disertai dengan demam sekali. Risau juga kak mah, tak dapat nak berjual nasi lemak.

Dalam pada kak mah mencari ubat alternatif yang sesuai anak sulung kak mah syurkan supaya kak mah minum teh yang dicampurkan dengan kulit kayu manis.

Alhamdulillah, kata pepatah orang zaman dulu, macam kunyit dengan kapur, baru dua kali minum, selsema kak mah terus hilang. Itulah khasiatnya kulit kayu manis ini. Boleh mengubati selsema. 

Tapi ini cuma ubat alternatif, kalau setelah minum air kulit kayu manis ini selsema masih belum sembuh juga, jangan kecewa atau mengatakan bahawa petua ini bohong kerana selsema ini ada bermacam jenis, tidak semua boleh diubati dengan mudah. Munkin kes kak mah ini hanya selsema biasa bukan kronik atau akibat dari penyakit resdung atau jangkitan lain.

Walau bagaimana pun tidak salah mencuba, kerana berubat herba dan perubatan alami ini amat baik untuk tubuh kita.

Melalui pencarian kak mah selama ini juga, kak mah dapati ramai pakar-pakar herba dari dalam dan luar negara mengakui bahawa kulit kayu manis ini banyak sekali khasiatnya, ini termasuklah untuk merendahkan glukos dalam darah dan sesuai sekali di minum oleh penghidap kencing manis, kerana kulit kayu manis mengandungi insulin asli yang boleh membantu mencerna glukos untuk menjadi tenaga.

Cuma bagi kak mah mencuba sesuatu yang baik itu harus kerana kalau tak cuba tak tau.

Inn shaa Allah, boleh cuba kalau nak tengok hasilnya.

Semuga jumpa lagi

Wassalam

Sunday, 2 October 2016

Update Cebisan 1

Assalamualaikum,

Terlanjur dah berjanji ari tu,
nak update setiap progress 
cebisan yang kak mah sedang kerjakan ini.
Alhamdulillah, inilah hasilnya.


Entah nak buat apa, kak mah belim fikirkan lagi.
Tunggulah besar dulu baru tentukan nak buat apa.


Ok yee nanti kak mah update lagi.
Selamat tahun baru 1438.

Jumpa lagi.
Wassalam.

Saturday, 1 October 2016

Sallam Maal Hijrah

Assalamualaikum,

Sallam Maal Hijrah buat rakan-rakan blogger, pengunjung-pengunjung tetap dan pengunjung tersinggah Kak Mah. Semuga dengan kehadiran tahun baru ini membuatkan kita lebih taqwa, lebih berjaya dari lebih sihat.

Alhamdulillah, bulan Zulhijjah tahun 1437 akan berakhir malam ini. Besuk awal Muharram tahun 1438. Tahun baru, azam baru. Masih ada ke lagi yang berazam di tahun baru ini. Harap-harapnya masih ada,

Untuk tahun Hijrah 1438 ini, Kak Mah rasa Kak Mah lah orang yang paling bahgia dan beruntung kerana 1 Muharam tahun ini jatuh cuma awal 10 hari sahaja dari tarikh lahir Kak Mah pada 10-10 nanti. Sangat cantik dan masih belum terlambat untuk memasang azam baru.

Masih belum terlambat kan untuk mengimpikan segala-galanya, selagi nyawa dikandung badan, kita wajib menyimpan hasrat untuk memperbaiki kehidupan ini. Sama-samalah kita perbaiki apa-apa juga kekurangan yang terdapat pada diri kita ini, semuga di berkati Allah segala niat kita yang murni dan baik.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1438.
Semuga Jumpa Lagi
Wassalam.