Wednesday, 30 January 2013

Sekadar Perkongsian Ilmu

Assalamualaikum,
Ini hanya sekadar berkongsi pengalaman seorang rakan 
Yahoo Group, semuga bermanafaat kepada sesiapa yang menghidapi 
penyakit seperti rakan kakmah ini.
Kakmah cuma copy/paste saja,
malas nak menaip dan edit

Nabi s.a.w bersabda: "Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"

Kalau sakit, terlebih dahulu jumpa doktor, serta ikut nasihat doktor, makan ubat yang diberikan dan bertawakal. Kemudian terpulang untuk melakukan rawatan alternatif selagi tidak bercanggah dengan syarak dan nasihat doktor.

Saya ada gout, sejak beberapa tahun lalu. Puas juga berpantang, makan ubat yang disyorkan doktor, juga rawatan alternatif. Dalam pada masa yang sama saya cuba buat carian di internet makanan apa yang sesuai untuk meneutralkan asid dalam badan.

Alhamdulillah, akhirnya yang sesuai untuk diet saya ialah jus timun campur karot (lobak merah). Ini adalah kerana timun dan karot mempunyai tahap alkali yang tinggi untuk meneutralkan asid urik dalam badan. Apa yang saya amalkan ini, mungkin tidak serasi, mungkin serasi untuk orang lain. Tiada jaminan, hanya dengan izin Allah.

Kadarnya ialah 1 timun dan 1 karot dikisar sekali dan diminum jusnya. Kalau timun dan karot tadi besar buatlah 1/2 timun dan 1/2 karot. Kalau sakitnya masih ada mungkin minum 2 atau 3 kali sehari. Kemudian kalau reda sikit 1 kali sehari. Kalau reda lagi selang sehari. Dan amalkan seminggu sekali untuk selamanya, kerana badan kita ni dah tua, tak dapat nak proses asid urik. Kalau dan sihat, harus terus pantang makanan yang boleh menyebabkan gout.

Semalam saya jumpa kawan saya, minggu sudah dia diserang gout, ubat doktor dah habis, tapi masih belum baik katanya. Saya syorkan dia minum jus timun campur karot. Petang semalam dia minum, pagi tadi dia SMS, Alhamdulillah dah reda sikit.

Sekali lagi, kalau sakit, jumpa doktor, ikut nasihat doktor, makan ubat dan bertawakal. Yang lain rawatan alternatif kita hanya mencuba, Allah yang sembuhkan.

Artikel ini boleh disebarkan dan dikongsi secara percuma tanpa perlu kredit apa-apa. Saya tidak menyarankan mereka yang sakit gout mesti minum jus timun dan karot. Saya hanya berkongsi pengalaman.

Thursday, 24 January 2013

Sallam Maulidur Rasul


Assalamualaikum,

Sallam Maulidur Rasul buat semua rakan-rakan Blogger, pengunjung2
sahabat-sahabat se Islam dimana jua berada.

Marilah kita sama-sama perbanyakkan berselawat,
terutama dimalam ini malam Jumaat.

Wassalam.

Sunday, 20 January 2013

Kembali Ke Kampung Halaman Setelah Berbulan Diperantauan.

Assalamualaikum,

Apa khabar semua rakan2 blogger dan pengunjung2
blog lipislady, Selamat pagi minggu semua ya..
Pagi ni paling awal kakmah online,
pukul 1.12 pagi.

Baca ke tajuk entry kakmah pagi ni bukan main lagi,
macamlah jauh sangat kakmah merantau, 
tak adalah jauh sangat, ke Kuantan jee..
tapi jauhlah tu kan, Lama tak tengok rumah kakmah ni
sejak ditiggalkan pada penghujung November 2012 yang lalu,
Lama tu, setahun, hari ni kan dah 2013.

Begini rupanya rumah yang lama ditinggalkan,
berhabuk disana sini,
Nampak bersepah dan tak terurus,
kesian plak tengok rumah ni..
nantilah, esok kakmah mulakan operasi membersih..
malam ni nak lelapkan mata jap.

Wassalam semua,
Selamat Pagi..




Tuesday, 1 January 2013

Belajar Bersama-Sama


Assalamualaikum.

Kakmah ni bukan apa,
cuma minat sangat tengok dua beradik ni belajar
ABC atas meja tulis mereka tu,
entah hapa yang diajar oleh kakak dia 
pada adiknya,
hehe nak tergelak kakmah.


Wassalam dari kakmah.

Monday, 31 December 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum,

Pengunjung blog kakmah,  kawan-kawan kakmah,
rakan-rakan kakmah yang dikasihi,
Sementara ada kesempatan online ni,
kakmah nak ucapkanlah
SELAMAT TAHUN BARU 2013,
Esok.....
Hari ni terakhir kita berada dalam tahun 2012 ni,
Doa kakmah untuk kita semua muga tahun baru ni
Dipenuhi dengan kejayaan, kecemerlangan, dan
semakin bertambah iman dan takwa kita semua.

Teruskan berazam yang baik-baik, 
mana azam yang belum tercapai tu teruskan 
berusaha untuk mencapainya.

Mana ada yang terbabas kehujung jalan tu 
kembalilah kepangkal jalan,
mana ada yang tersinggung  dan terguris tu,
maafkanlah dan lupakanlah,
Hari ini marilah kita sama-sama 
mangimbau catatan setahun kita,
sebentar lagi buku ini akan ditutup,
Esok kita dah nak buka buku baru,

Semuga buku baru yang bakal kita buka esok
tidak ada lagi catatan kelam dan kabur,
semuga semuanya bersinar,
bak fajar pagi,
InsyaAllah.

Wassalam dari kakmah

Sunday, 16 December 2012

Crochet Lagi Dan Lagi


Assalamualaikum,

Selamat berhari minggu kepada semua yang
mengunjungi blog kakmah nie.
Saja kakmah nak share
paten yang kakmah buat malam tadi.


Cantik juga kan, kakmah nak cuba buat alas meja,
kalau terdaya kakmah menyudahkannya

Jumpa lagi,
Wassalam

Friday, 14 December 2012


A
assalamualaikuml
hamdulillah berjaya juga kakmah
mengambil gambar.
Inilah yang kakmah buat
sehari-harian sambil 
main-dengan cucu,
oppsss
tak boleh tulis panjang-panjang ni,
jap lagi datang sikecil nak tengok horse....

Jumpa lagi,
Wassalam