Wednesday, 29 January 2014

Bila Anak Tak Sihat

 AssalamuLaikum,

Sallam ceria pagi Rabu.
Alhamdulillah, dapat bersiaran pagi ni.

Bila anak tak sihat, hati ibu mulalah jadi risau.
Pukul 3.00 pagi tadi anak kakmah call, katanya dia demam sangat-sangat, badan pun panas sangat2.
Kesian anak bungsu kakmah tu, selalu je demam, ini pun dah dua hari mengadu ke demam.

Kakmah tak dapat nak buat apa, dah duduk jauh, hanya dapat nasihatkan dia, minum air banyak2, makan ubat, dan kalau panas sangat tu, basahkan kain dan letakkan diatas kepala, muga dia cepat kebah dari demamnya.

Kalau ikutkan hati nak aja kakmah pergi kerumahnya tengok sendiri keadaannya, tapi apakan daya, jauh sangat, cuma doa ajalah yang dapat kakmah berikan muga anak kakmah tu cepat sembuh dan boleh pergi kuliah.

Wassalam, jumpa lagi

Sunday, 12 January 2014

Usia Baby Dah Enam Hari

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hari ni dah enam hari usia baby, cucu kakmah yang ke 7 ini. Alhamdulillah baby sihat, cuma ada kembung sikit waktu malam. Siang hari dia tidur aja, sampaikan kakmah snap gambarnya pun dia tak terkejut.
Hari ni anak kakmah dah mula proses berurut seluruh badan. Biasalah orang dalam pantang ni mesti berurut, untuk meregangkan mana2 urat yang dah kendur, untuk mengembalikan atau memulihkan kesihatan yang dah lemau akibat berpantang dan kehilangan tenaga akibat menahan kesakitan semasa proses bersalin.
Oklah, jumpalagi,
Wassalam.

Tuesday, 7 January 2014

Bersalin Dirumah Lebih Selesa



Assalamualaikum,
Salam ceria pagi selasa buat semua rakan2 pengunjung blog kakmah, terima kasih kerana masih setia mengunjungi kakmah walaupun kakmah dah lama bercuti.

Alhamdilillah, anak kakmah yang sedang sarat mengandungkan anaknya yang ketiga dah masuk wad malam tadi, dan saat ini tengah menunggu masa untuk melahirkan bayinya, in shaa allah.

Lalu kakmah teringat plak pengalaman kakmah semasa melahirkan mereka dulu. Kakmah cuma ada 4 orang anak, 3 lelaki 1 perempuan. Dialah satu2nya anak perempuan kakmah. 2 orang bersalin di hospital, dua orang lagi bersalin di rumah kakmah sendiri.

Terasa macam kakmah nak berkongsi pengalaman kakmah ketika bersalin di rumah. Memang lebih seronok bersalin dirumah.

Kalau disuruh membuat pilihan sama ada nak bersalin dirumah atau dihospital, sudah tentulah kakmah akan buat pilihan untuk bersalin di rumah.

Teringat masa kakmah nak bersalin anak kedua dulu, dialah anak kakmah yang sedang sakit sekarang ni. Bila orang kampung dapat tau je kakmah sakit nak bersalin, seawal pukul 7 pagi dah ada orang datang menziarah kakmah. Bukan dua tiga orang, malah macam satu kampung yang datang, kakmah dengar riuh rendah kat luar bilik kakmah, dihalaman pun ramai orang lelaki yamg sedang berborak-borak.. 

Mereka pula bukan sekadar datang dengan tangan kosong, malah mereka membawa buah tangan masing2, ada yang bawa gula, teh, kopi, biskut, beras, kelapa, ikan kering, dan macam2 lagi, macam nak kenduri. Yang seronoknya mereka buat dapur kat laman masak air, bancuh kopi, dan masak barang2 yang mereka bawak.Kakmah sendiri pun sempat makan apa yang mereka masak sebelum melahirkan pada pukul 12 tengahari.

Bukan itu saja, yang perempuan pula bergilir-gilir masuk kebilik kakmah, ada yang mengurut perut, tangan dan kaki dengan penuh kasih sayang sambil membacakan apa yang patut,hilang segala kesakitan yang ditanggung. Yang lelaki pula silih berganti membacakan air tawar, untuk meredakan sakit kakmah dan memudahkan terbukanya pintu rahim supaya cepat kakmah bersalin.

Begitulah eratnya ukwah dan gembiranya masyarakat dulu2 apabila hendak menyambut kehadiran seorang bayi, sementelah pula emak kakmah masa itu seorang bidan kampung yang dah banyak menyambut kelahiran bayi dikampung kakmah.

ok lah, sampai sini dulu
Jumpa lagi
Wassalam.

Thursday, 2 January 2014

Ikan Selar Goreng Berlada Kicap Dengan Timun Muda

Assalamualaikum

Alhamdulillah, memulakan tahun baru ni 
kakmah nak kongsikan resepi ikan selar goreng berlada
dengan kicap, rampai timun muda
yang kakmah masak 1hb 1 lalu.

7

Tuesday, 31 December 2013

Diambang Tahun Baru

Assalamualaikum,
Alhamdulillah,
Akhirnya sampai juga kakmah  penghujung tahun 2013, 
Beberapa minit saja kita akan akan meninggalkan tahun 2013 ini untuk melangkah ke tahun baru, tahun 2014.
Harapan kakmah semuga tahun baru ini akan lebih baik dari tahun ini dari semua sudut dan segi.

Banyak yang telah kakmah lalui sepanjang tahun 2013 ini yang pahit maupun yang manis, yang pahit kakmah dah lupakan, yang manis tetap akan menjadi kenangan sebagai bekal untuk kakmah terus mengharungi hidup ini.

Semuga dengan pertambahan usia ini, akan bertambah matanglah diri ini, dan yang pentingnya akan bertambah juga ketakwaan dihati.
Kepada anak2, menantu2 , cucu2 dan tak lupa juga sahabat2, rakan blogger kakmah dan pengunjung2 blog kakmah, marilah kita sama2 mempertingkatkan jati diri kita, semuga tahun baru 2014 ini merupakan tahun yang cemerlang buat kita semua.

Akhir kata Selamat Menyambut Tahun Baru 2014

Jumpa lagi

Wassalam.

Nasi Goreng Ikan Masin

 

Assalamualaikum,

Alhamdulullah, Setiap pagi bangun tidur
memang kakmah terasa lapar
kalau boleh sarapan kakmah mestilah 
dengan makanan2 yang beratK

Pagi ni pun sarapan kakmah 
makanan berat juga,
nasi goreng ikan masin

Walaupun berat, kakmah tak adalah
makan banyak sangat,
cuma sekadar alas perut
saja, jangan cepat rasa
lapar.

Kakmah teringin nak bagi resipi kat sini,
tapi susah juga guna gajet kecil ni,
nak guna PC,
line intermet Celcom ni
tak berapa baik di Kuantan ni,
jadi nanti2 lah ye...
Inn Shaa Allah

Jumpa lagi

Wassalam



Saturday, 28 December 2013

Air Terjun Sungai Pandan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, berkelah atau main air ni 
memang seronok, lebih2 lagi untuk kanak2
macam cucu kakmah nie

Hari krismas baru2 ni kakmah
anak menantu
cucu2 kakmah yang dua orang ni 
Berkesempatan untuk pergi ke
air terjun sungai pandan.
Mula2nya bukan bertujuan
Untuk main air, sekadar nak pergi mencari
batu untuk dibuat tungku 
semasa anak kakmah nak berpantang
nanti.


Tapi kesian plk kat cucu2 kakmah dua orang tu 
nak main air.
Dengan izin Mummy dan Daddy dia orang
dapatlah juga dia orang main
air



Memang cantik air terjun ni,
air pun cetek sepanjang sungai tempat
mandian nya,
sesuai untik kanak
berumur bawah lapan tahun,

kemudahan untuk makan minum bolah tahan,
Kalau tak sempat bawa bekal
beli saja kat situ.

oklah, tak ada banyak gambar,
kalau nak tengok,
datang sendiri,
ìtu saja yang dapat
kakmah katakan

oklah jumpa lagi,
Wassalam