Tuesday 4 May 2010

Elakkan 7 Perkara Selepas Makan

Assalamualaikum,

Kalau nak kekal sihat elakkanlah 7 perkara ini selepas makan.

1. JANGAN MEROKOK - Kajian daripada pakar-pakar kesihatan mendapati bahawa sebatang rokok yang dihisap sebaik sahaja selesai makan bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok dan meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru.

2. JANGAN MAKAN BUAH - Jangan makan buah sebaik sahaja selesai makan kerana ia akan menyebabkan perut kita buncit kerana kandungan air berlebihan. Jika mahu makan buah, makanlah sebelaum makan atau pun 1/2 jam selepas makan.


MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

3. JANGAN MINUM TEH - Daun teh mengandungi asid yang tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung dalam makanan yang kita makan menjadi keras sehingga sukar untuk dihadamkan.

4. JANGAN LONGARKAN TALI PINGGANG - Melonggarkan tali pinggang sebaik selesai makan boleh menyebabkan usus terbelit dan terhalang.

BUAH BAIK UNTUK KESIHATAN, TAPI AWAS BOLEH
MEMUDARATKAN JIKA DIMAKAN SEMBARANGAN.

5. JANGAN MANDI - Mandi sebaik selesai makan boleh menyebabkan peningkatan aliran darah pada tangan, kaki dan badan hingga menyebabkan aliran darah disekeliling perut menurun . Ini menyebabkan sistem penghadaman menjadi lemah.

6. JANGAN BANYAK BERJALAN - Ada nasihat menyarankan supaya anda berjalan hingga seratus tapak sebaik selesai makan. Ini dalah tidak benar kerana berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap zat daripada makanan yang dimakan.

KALAU LEPAS MAKAN MESTI MENGANTUK

7. JANGAN TIDUR - Tidur sebaik selesai makan akan menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan elok. Ini akan menyebabkan gastrik dan jangkitan pada usus.

Sama-samalah kita fikirkan.

Sekian, Wassalam


14 comments:

  1. sbb tu org tua2 kata perut buncit kalo mandi selepas makan kan...kajian sainstifik telah membenarkan kata2 org tua dahulu kala..

    ReplyDelete
  2. salam LL
    sampai dekat merokok tu
    yang tak tahannya..ha ha
    apapun terima kasih
    info berguna nie

    ReplyDelete
  3. Banyok benor pantang larang nyer yeek...insyaallah kawan buatlah mana hok mampu keknya hok lepas makan tak merokok tu payoh weh...

    ReplyDelete
  4. biasa buah di hidang lepas makan... atau kena makan buah dulu baru makan..

    ReplyDelete
  5. makan buah sebelum makan tu ikut sunnah..tapi ramai yg ikut cara barat makan buah selepas makan, eloklah kita tukar selepas ini..TQ Lipis Lady.

    ReplyDelete
  6. waahh, tips menarik.

    thx. selalu jugak makan buah lepas habis makan...

    ReplyDelete
  7. makan buah sebelum makan tu rasanya sunnah kan ? saya pun tak berapa pasti.

    ReplyDelete
  8. Kome lepas makan mesti nak pekena rokok daun..sama tembakau cap Musang yang siap digoreng..

    ReplyDelete
  9. Gluppp...no 1 tu yg x tahan tuu...

    ReplyDelete
  10. kalu ander buah, memang koi makan buoh dulu... baik untuk sistem penghadaman

    ReplyDelete
  11. huhu rasanya yang no 1 je yg CP tak buat, sbb mmg x merokok..
    hmm nak kena ubah ni.. tapi x le buat selalu kecuali minum teh sbb CP suka makan nasi minum teh o ais, huhu

    ReplyDelete
  12. Kalau longgarkan ikatan kain batik, boleh tak gamoknya?

    ReplyDelete
  13. petai tuh..buah ker sayur??..

    ReplyDelete
  14. tdo la yg paling best lepas makan. hehehe

    ReplyDelete