Monday 21 June 2010

Bapa DiMalaysia Bertaraf 5 Bintang.

Assalamualaikum,

Tahniah buat bapa2 di Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan sebagai "Bapa Bertaraf Lima Bintang." Pengiktirafan ini diberikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Kata beliau walaupun terdapat kes berkaitan keganasan keluarga, tapi itu hanya kes terpencil yang bukan mengambarkan sikap keseluruhan kaum bapa diMalaysia dan peratusannya amat kecil yang langsung tidak memberi kesan kepada nama baik seorang bapa. Kebanyakan bapa2 diMalaysia bertanggungjawab, perihatin, penyayang dan sedia berkorban untuk kepentingankeluarga terutamanya bapa muda yang sanggup membantu isteri menjalankan tugas rumahtangga.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan, semalam. Walaupun sambutan hari bapa bukan budaya orang Islam, sebaliknya budaya orang Kristian yang memperingati pengorbanan seorang Padri yang bernama William yang telah bersusah payah membesarkan anaknya bersendirian sehingga berjaya, namun rasanya tak salah kita juga turut merayakan kecemerlangan dan pengorbanan kaum2 bapa kita diMalaysia, yang telah berjaya menjadi bapa bertaraf 5 Bintang.

Untuk rodong2 yang bertaraf Bapa tu keh nak mengucapkan juga Selamat Hari Bapa, yang diraikan semalam sepatutnya, tapi terlambat sehari keh mengucapkannya. Apa kata kalau hari Bapa di Malaysia ditukarkan kepada tarikh yang lebih sesuai, tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW ke atau tarikh kelahiran tokoh2 Islam di Malaysia??.

Sekian Wassalam.

17 comments:

  1. bertuah bapa2 di malaysia ni
    Salam hari isnin yang ceria
    moga anda sealu sihat.
    جزاك اللهُ خيراً

    ReplyDelete
  2. Kalau puok bapok mmg boleh dpt 5 bintang keknya kalau puok mok (org pompuan ) la tak semua segelintirnya di hari ini abis punoh huhuhu...(kes kecurangan rumah tangga sabit pompuan di Malaysia amat kritikal skg nie)

    ReplyDelete
  3. anak kecek lagi.. belum bete2 rase pengorbanan seorang bapa dalam diri sendiri..

    ReplyDelete
  4. Sallam en Zul, lelaki Malaysia memang baik.

    ReplyDelete
  5. Sallam en Yassin,

    Cuba kita selidik. puok mok, puok bapok sekali yek..tengok gona gayanya..

    ReplyDelete
  6. Sallam en Hisham,

    Pengorban bapa yang paling ketara masa anok kecik nih, sedia tuko lampin anok waktu malam..buat susu anok..jaga anok masa isteri buat keje rumoh...

    ReplyDelete
  7. ye elok beno tuko aje tarikh ter

    ReplyDelete
  8. salam. ada jugek ayah yg takde bintang kot..

    ReplyDelete
  9. tahniah pd suma bapa2 kan kan..

    ReplyDelete
  10. Salam weh..kome pun Bapa dari Malaysia ni..

    ReplyDelete
  11. salam,

    bapa tak jadi 5 bintang melainkan kehadiran isteri yang 5 bintang jua..

    ReplyDelete
  12. salam,
    keh stuju dgn penjejak maya...:)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    * Cemomoi, Bior dia lari sikit dari tarikh orang Kristian yek..

    * Intan, memang ada, tapi tak ramai berbanding dengan ayo yang berbintang.

    * Maiyah, yee, Kalau boleh bintang tu tambah lagi.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,

    * En Relevan, yee weh, termasuk aoklah tu..

    * Penjejak Maya, benar sekali kata anda.

    * En, Pie, memang betul, kalau ibu tidak berbintang, ayah pastinya tak kan berbintang juga..

    ReplyDelete
  15. salam..

    lama tak kemari weh...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, tu lah aok en mazru, keh ingat dah melupakan keh...

    ReplyDelete
  17. hehehe bapak tu ade bintang2 jugok

    ReplyDelete