Sunday 18 July 2010

Balik Kampung.

Assalamualaikum,

Minggu lepas keh mengesyurkan anak-anak supaya sama-
sama balik kampung. Tujuan utamanya untuk mengambil
buah kundang aja. kada abang ipar keh buah kundang benyak
dan dah masak. Mula-mula komeh balik petang sabtu lepas.
Dapatlah mengambik beberapa jabir buah kundang. Tapi
hari rabu lepas kumprinx ajok keh balik sekali lagi, katanya
tak puas makan kundang. Buah pun banyok lagi kat atas pokok.
Sambil2 tu boleh juga berjumpa sedara mera yang dah lama
tak berjumpa. Keh setuju aja terlanjur kerja pun tak
berapa ada.


Inilah rupa teratak tempat keh mula mengenal kehidupan,
Sebenarnya ini bukan teratak tempat keh dilahirkan, tapi
ini teratak yang telah diubah suai semasa anak2 keh masih
kecil. Dah 21 tahun keh meninggalkan teratak ini. Dulu ada
juga keh balik dan jenguk2 teratak ini, kemas dan sapu2
sawang didalamnya, terangkan sekelilingnya, tapi sejak
sepuluh tahun yang lalu keh dah membiarkannya begitu
sehingga beginilah jadinya. Sedih pulak rasanya bila
menengok teratak ini dibiarkan begitu saja. Lebih2 lagi
bila teringatkan segala peristiwa pahit manis kehidupan
kome anak beranak. Aduhh.. lelehlahpulak air mata nih.


Terlanjur dah balik, kome lepak2lah kejap kat rumah akak
Minah, jiran yang paling hampir dengan rumah keh. Akak
Minah ni sedara keh sebenarnya, dia pun tinggal sendirian
semenjak mak dia meninggal setahun lebih yang lalu. Kesian
Kak Minah, dalam keadaan tak berdaya masih lagi nak
tinggal sendirian dirumah pusakanya walaupun adik-adik
ramai yang mempelawanya tinggal bersama.


Inilah rupa buah kundang yang melambai-lambai kome
agar balik kampung, walaupun musim mutan dulu
begitu banyak buah mutan yang masak, kome tetap
tak balik kampung. Bukan apa keh rasa sedih kalau balik
kampung tiap kali tengok rumah keh yang terbiar tu.
Buah ni walaupun tak nampak kuning sangat tapi
manis sangat sebab dari pokok tua


Aksi dua beranak menadah buah kundang yang di gegar
oleh katan anak sedara keh yang bukan kaki panjat, cuma
sekadar bertindak sebagai juru panjat memandangkan
tak ada orang lain yang nak diharapkan. Tengok tu, keh
tadah dengan payung, kumprinx pulak tadah dengan bahu
dia aja. Tapi yang tak sedapnya semua buah yang jatuh
kedalam payung tu buah yang dah buruk. Semua buah
yang masak ranum jatuh atas bahu kumprinx. Terpaksalah
kome mengutip yang atas tanah, balik rumah basuh.


Posing jap, berhampiran pokok mencupu tempat keh
lepak2 diatas dahannya yang paling atas sambil makan
buahnya yang ranum bersama dengan rodong2 waktu
cuti sekoloh, zaman keh masih kanak2 lagi. Atas dahan
kundang tu pun adalah tempat kami rehat2 waktu
tengahari sambil menunggu matahari jatuh sikit untuk
pergi mengail ikan. Fuhh..nostalgia indah yang sukar
dilupakan. Rindu rasanya zaman itu.


Katan, jurupanjat tidak bertauliah. Tapi dapatlah juga kome
tiga jabir plastik buah kundang yang dah tinggal diujung julai,
yang dipetik dengan tangan katan sendiri. Baik2 sikit katan
pokok kundang tua tu rapuh julainya karang jatuh kebawah aok.



Kumprinx tak abis2 mengambik gambo pemandangan kampung.
Katan dah turun dari pokok. Latar belakang tu 4 pokok yang sering
jadi tumpuan keh dan kawan2 menghabiskan masa lapang,
dikiri sekali pokok mengkudu, pokok kundang yang kome ambik
buahnya, pokok mencupu yang dari dulu pokoknya tak
pandai besar2, sebesar itulah dari dulu sampai sekarang.
Pokok yang besor sekali disebelah kanan tu pokok gelugur,
yang pernah menghasilkan berbuja-buja asam gelugur satu
ketika dulu kalau musim dia berbuah, dibelakangnya adalah
terataak ilmu.


Teratak Ilmu, yang telah mengenalkan keh dari 1,2,3,
A,B,C, dan juga Alif, Ba, Ta. Keh cuma berada disitu selama
5 tahun sahaja, dari derjah 1 hingga 5. Ini pun bukan
bangunan asal sekoloh ini, ini bangunan baru yang dibina
tahun 1977 dan di ubahsuai lagi beberapa tahun yang lalu
untuk kegunaan lain. Sekolah ini sebenarnya telah lama
ditutup berikutan tidak cukup murid, tapi diguna pakai
semula sebagai pusat Ko Kurikulum, pusat aktiviti
persatuan pengakap Daerah Lipis.

Inilah saja cerita balik kampung.
Jumpa lagi dicerita lain pulak.

Sekian Wassalam.

21 comments:

  1. dh ade pakai ke skolah lama tu. berwarna warni sekali jadinye tu.

    ReplyDelete
  2. rumah tu kalau bela balik boleh buat homestay..biar Katan yang jaga.

    ReplyDelete
  3. sedap nyer buah kundang tu............boleh meleleh air lior

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Jah, ada dah, meriah sekali masa kome balik dulu, bebudak pengakap seramai 300 orang berkemah kat situ..

    ReplyDelete
  5. Tertanya juge kome abender ker nama kampung aok teeh? Mmg kenangan di kampung payoh nok dilupekan... kash pun teringat juga ke kampung laman kash keknya tak bender jadi dah... semua dah balik hutan semula.. nok nengok derian puh takut ker rimau hehehe... sudoh kash beli aje.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    endiem, hajatnya gitulah, tapi katan dah dapat kerja lombong pulok dah...tunggu ada orang lain ganti katan dululah..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaiukm,

    Ibu Guru, memang sedap weh, tambok kalau ada kicap dengan gula, sikit cili padi..kemang leleh air liur...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    En Yassin, kampung Lalang..hehehe..banyok lalang dah kat situ, nanti keh buat entry asal usul macam mana kampung keh dapat nama...

    ReplyDelete
  9. Seronotnya aok balik kampung yerk..ada buah kundang pulok..makan colek dengan kicap tak pun buat sambal..weuh! sedak..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    En Relevan, sekali sekala balik kampung memang seronok, sebenonya kampung keh dekat aja cuma malas aja nok balik...hehehe

    ReplyDelete
  11. behnyer buah kundang.....mase kecik2 dulu suke ngutip buah kundang kat rumah jiran, skrang ni pokoknya pun dah takder...tinggal kenangan..

    ReplyDelete
  12. ooo gitu gayanya ngambik buoh kundang yerk... besa deme hampo kain kat tanoh je

    ReplyDelete
  13. akak..bes beete bace loghat akok neh..ame loghat geneh wan saya je kat relong bercakak gitu..jabir..julai...hehee...rindu bete keh ke kampung..puasa neh nok balik lah...memang musim kundang.baru neh balik kat kampung depan rumoh te ada doh nok kuning2..sedakkk manisss

    ReplyDelete
  14. Ni yg buat kawan nostalgia nih....

    eh!..aok besa manjat pokok cenderai dok?..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum CekWa,

    Orang jarang dah nak makan buah2 macam ni, mereka lebih suka makan buah western sebab tu pokok kundang tu ditebangnya...gamoknyalah, atau kundang tu dah melawas, tak berbuah lagi..hehehe

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum

    Cemomoi, jangan aok tadoh ke buoh macang pulok cara gitu, habis koyok payung.

    ReplyDelete
  17. Saallam,

    Leech Miracle, dah tengok blog, insyaAllah akan dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,

    Izahdaut, akak suka loghat kampung ni, lagi pu kalau tak kita sapa lagi yang akan mendaulatkan bahasa daerah kita yang dah semakin pupus ditelan dek zaman...kala balik ke lepih tu singgoh2lah jumpa akak...

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,

    Sha, nostalgia zaman lampau yang sukar dilupakan,

    Bukan saja pokok cenderai, pokok tempoyan, pokok ruka, macam2 pokok habih keh runjat...hehehe...

    ReplyDelete
  20. penuh nostalgia ni weh. bagusla deme tahu menghargai.

    p/s- keh kecik2 dulu isi garam dlm poket seluor. pahter bertenggek atas dahan kundang, makan kundang ter dgn garam sampai menting perut!

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum,

    En Pie, kome pun buat juga macam tu...hehehe...
    Beh ingat zaman kanak2..

    ReplyDelete