Tuesday 27 July 2010

Pakai Baju Warna Apa Hari Ini?

Assalamualaikum,

Selamat pagi selasa buat rodong2 dan pengunjung blog saya ini. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung kesini.Semuga hari ini kita lebih ceria dan berjaya dari semalam. Semuga hari ini kita lebih bertakwa dari semalam dan semuga hari ini kita lebih berjaya dari semalam.

Pakai baju warna apa hari ini? Wah, cantik, ayu dan tampannya kita dengan baju yang berwarna warni. Untuk kita yang suka memakai baju yang berwarna warni, sebenarnya warna mempunyai peranan dalam menyembuh dan memulihkan tenaga dalaman kita. Cubalah mengikuti tips ini dalam memilih warna pakaian kita setiap hari:-

1. Hari Isnin : Pakailah pakaian berasaskan warna putih untuk kesucian rohani, kesejahteraan minda dan ketenangan jiwa.

2. Hari Selasa : Pakaian yang berwarna merah jambu atau ungu untuk membangkit rasa kasih sayang, dan tumpuan.

3. Hari Rabu : Cubalah pakaian yang berwarna biru untuk memulihkan atau mengeratkan perhubungan serta kominikasi.

4. Hari Khamis : Pakaian yang berwarna kuning atau oren, untuk melapang dan melegakan fikiran serta memberi semangat dan tenaga dalaman.

5. Hari Jumaat : Penghulu Hari, pakailah pakaian yang berwarna hijau, untuk keseimbangan dan kesegaran minda. Hijau juga melambangkan keIslaman.

6. Hari Sabtu : Pakaian yang berwarna merah ataupun merah hati, untuk keberanian, tuah dan kemewahan.

7. Hari Ahad : Hitam itu menawan. Pakaian warna hitam untuk hari Ahad, untuk istirehat dan gabungan.

Wallahualam. Kepada sesiapa yang suka mencuba boleh cuba. Mudah-mudahan berhasil.

Sekian, Wassalam.

25 comments:

  1. hehehe kebetulan hari ni pakai baju kaler purple. kira menjadik la ni

    ReplyDelete
  2. Bagus tips aok nei boleh diamalkan yeek.. utk keselesan dan kesejahteran.

    * Moral kawan suka warna hitam keknya kawan tak suka pakai baju warna hitam panes hehehe...

    ReplyDelete
  3. hari ini koi pakai baju rona biru tua..

    ReplyDelete
  4. salam cik kok.
    menarik juge tip ni sbb warna main peranan penting pd emosi kite.boleh bangkitkan mood dsb.

    ReplyDelete
  5. salam..
    koi selalu main tibai je warna ni
    kira sedap mata koi memandang..he he

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, Jah, bagus tu, mulai esok jangan kebetulan, ikut aturan, esok baju biru..emmm...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, en Yassin, Tidak salah mencuba,boleh cuba amaalkan.Mudah2an berjaya

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    endiem, baju warna biru sepatutnya untuk hari esok..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    pacifist, pakai baju ikut mood yang kita kehendaki, tapi mulakan dengan kesucian, putih..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,
    En Zul, dalam terapi warna,
    memang warna memainkan perana penting.
    Didalam tubuh kita pun ada 7 warna yang
    kalau diaktifkan akan memberi tenaga tambahan untuk kita, wallahualam..

    ReplyDelete
  11. Pakai baju kaler putih dan Vest kaler hijau..dari jauh orang nampak..menyegau kaler..

    ReplyDelete
  12. Salam ziarah.

    huhu. 1st time kalau tak silap baca tips macam ni.
    baju pun ada hari ek. hehe.
    btw, saya main pakai je baju apa2 pun. kadang2 satu baju tu 2 kali seminggu huhuh

    ReplyDelete
  13. baju keje isteri keh yang pilih ikut suka dia utk gosok sama baju dia.. nampoknye kena tampal notis lah kat lemari baju tu lepaih ni..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, En Syed, huuu..sesuai gila kombinasi kaler tu, mesti aok nampak handsome...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,
    Affan, hehehe, pas ni cuba tips ini, muga berjaya.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,
    En Hisyam, yup tampal notis, hari2 boleh pakai sedondon...

    ReplyDelete
  17. salam,
    t kasih bkongsi info.
    kala muda2 dulu mboh juga koi try. dah tua2 ni koi pakai ikut org umoh gosok je...:)

    ReplyDelete
  18. salam lipislady..akak teringin nak cuba..masaalahnya..warna hitam dan putih..tak de..

    ReplyDelete
  19. Kalau ada baju warna-warni nak pakai hari apa yek?

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum,
    En Pie, kongsi2lah pulok info in dengan orang umah tu...

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum,
    kak erna, Warna putih tu penting dalam kehidupan kita, sekurang2nya mesti ada tudung putih..

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum,
    Kak Aida, tengok pada warna apa yang banyak pada baju tu..

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum,
    Jejaka Desa, aok kerja apa, pakai itam sokmo??

    ReplyDelete
  24. ape natijahnye ye???ade pape kebaikan y dtg ke kalau pakai kaler ikot ari???cam karut je...

    ReplyDelete