Monday 21 February 2011

Gulai Masam Keladi Minyak.

Assalamualaikum,

Kalau tengok batang kat bawah ni rasa-rasanya ada tak orang yang
terliur sangat nak memakannya, atau sudi nak memakannya.


Tapi kalau tengok yang kat bawah ni rasanya munkin ada juga yang teringin nak merasa masakan yang di buat menggunakan bahan ini. Walaupun batang keladi ini terkenal sebagai tumbuhan yang beracun dan gatal, jika tersilap memakannya secara mentah boleh menyebabkan gatal-gatal seluruh badan, radang didalam tekak dan boleh juga menyebabkan sesak nafas, tapi tidak semua keladi yang mengakibatkan gatal.


Keladi ada bermacam jenis, contohnya keladi kemahang yang mana hanya sulurnya sahaja yang boleh dimakan, tapi jika tidak mahir memasaknya atau cara mengambilnya tidak behati-hati keladi ini akan menjadi sangat gatal. Ada juga keladi hitam, spesis ini merupakan keladi yang sangat baik dan mudah untuk memasaknya dan dijamin tidak gatal. bahagian yang boleh dimakan pun hanyalah sulurnya. Ada juga keladi kemboja,jenis ini isinya boleh di makan. Boleh juga dibuat kuih dan pengat. Batangnya yang tua juga boleh dimakan, dibuat masak lemak atau sambal tumis belacan. Ada juga keladi yang dipanggil lambuk juga hanya batangnya sahaja yang digunakan untuk masakan.


Yang saya masak ini ialah keladi minyak. Mula tengok saya was-was juga takut kut-ktu gatal tapi kerana teringin sangat nak masak batang keladi, lama dah tak makan gulai masam keladi, saya beli sebatang kat pekan sari sabtu lepas. Pagi semalam saya buatkan gulai masam seperti diatas. Alhamdulillah rasanya langsung tak gatal, sedap, manis dan isinya kenyal ( lehek kata orang kampung) Inilah hasilnya. Kepada yang teringin nak mencuba resipi ada saya sediakan dibawah.


Gulai Masam Keladi.

Bahan-bahannya

1 batang keladi minyak
21/2 sudu tempoyak yang manis2 masam.
10 ulas cili padi ditumbuk lumat
10 tangkai daun kesom
10 ekor ikan bilis, belah buang perut.
1 camca teh kunyit serbuk
2 mangkuk air
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa.

Cara

1. Bersihkan keladi, kupas ubinya dan buangkan kulit batangnya dan potong.
2. Tumbuk ikan bilis separuh hancur.
3. Masukkan tempoyak kedalam periok, gaulkan dengan 2 mangkuk air tadi.
4. Masukkan cili yang telah ditumbuk,kunyit, ikan bilis dan ubi keladi,
masak sehingga ubi separuh empuk.
5. Apabila ubi separuh empuk masukkan daun kesum, batang keladi dan asam gelugur.
6. Masukan garam secukup rasa dan masak sehingga ubi betul-betul empuk.
Apabila telah masak, angkat dan sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

Sekian selamat mencuba.

Wassalam

21 comments:

  1. Salam, mmg peberet kawan nie :) jgn kaborlah meleleh air lior :)

    ReplyDelete
  2. bestnye. terliur ni. ni mesti kes terliur tgk kat afc aritu kan. hehe

    ReplyDelete
  3. Sallam Wifenavy,
    Memang sedak pun...
    sampai menjilat jari hehehe

    ReplyDelete
  4. Sallam Sue,
    Yee sedap giler..
    gulai masam wehh..

    ReplyDelete
  5. Sallam AAP,
    kalau dah sampai meleleh air lior tu
    suruhlah mem aok masok cepat sikit yee..

    ReplyDelete
  6. Sallam Jah,
    terlior ke gulai yang chef wan masik tu,
    tapi yang ni lebih sedak lagi rupanya heheheh

    ReplyDelete
  7. lama tak pekena keladi ter, ande patin lagi sedap...

    ReplyDelete
  8. Alahaiii....lame dh tk pekene keladi niii....kecur dibuatnyerrr...

    ReplyDelete
  9. jarang hek keh makain gule masam keladi.. kala ada teridang, keh makain lah.. banyok hala2 ke lepeh je lah kala keladi gule masam ni..

    ReplyDelete
  10. as salam LL..keladi masak asam rebus pun sedap kan..dulu selaalu masak keladi..
    dah lama tak masak..sebab tak jumpa lagi yang dah siap siang

    ReplyDelete
  11. Sallam cemomoi,
    Patin masak gulai masam pekat2 sedak weh.

    ReplyDelete
  12. Sallam Yas,
    Laa kesiannya, nantilah buat sekali lagi boleh tapau

    ReplyDelete
  13. Sallam En Hisyam,
    yeejuga orang lepih suka sangat makan gulaikeladi sebab kat lepih banyok keladi.

    ReplyDelete
  14. W,sallam kakerna,
    ye memang sedap kalaukeladi tutak gatal.
    Petua nak masakkeladi supaya tak gatal, basuh dengan air beras..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum LipisLady,

    Eerr teringinnya tengok gulai tu. Sayangnya saya alah dengan batang keladi. Nasib baik isinya boleh juga dimakan.

    ReplyDelete
  16. Walaikumsalam kak KK,
    Kalau alergic dengan batangnya, buat glai isinya ajalah kak, asalkan namanya keladi.

    ReplyDelete
  17. Sedak amat gulei masam keladi.Kit nye koi sokmo terkene ranto gatei kala makan de kedei.

    ReplyDelete
  18. best tu wehh...

    tapi lagi suka keladi kemahang tu...

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete