Friday 4 May 2018

Mari Berkebun

Assalamualaikum,

Amboi tajuk, mengalahkan Warisan Petani. Maaf yer WP, Kak Mah ni sebenarnya teringin juga nak bertani ni, lebih-lebih lagi bila tengok kawan-kawan blogger terutamanya WP yang bertani dengan tanamannya yang segar bugar dan mengeluarkan hasil. Namun apa kan daya kak Mah ni tinggal di angkasa, jadi tanah sekanglang kera pun tak ada. Terpaksalah hangkut tanah, bubuh dalam pasu. Ni gambar-gambar ni semua sengaja Kak Mah nak kongsikan sebagai tanda seriusnya keinginan Kak Mah untuk bertani.

 
Ni pokok pandan Kak Mah, baru je dalam dua bulan kak Mah tanam, tapi tak boleh nak berdaun dia, habis Kak Mah kerat untuk buat nasi lemak.Kesian dia sakit, sampai kuning daunnya.

Pokok nenas pun ada kak Mah tanam dalam pasu kak Mah, baru tiga minggu dia dalam pasu tu. Kak Mah ambil benih dia masa Kak Mah beli nenas, ni tumbuhan atas kepala dia. Kata orang kalau tanam tumbuhan atas kepalanya tu, nanti dia lambat berbuah. Kak Mah nak tengok berapa bulan baru dia berbuah. Tapi kalau bukan tanam dari tumbuhan di kepala dia, nak tanam pakai apa, biji dia ke ?

Ada juga Kak Mah tanam pokok mulberi, sebenarnya anak Kak Mah punya, mesa dia berpindah dulu dia tinggalkan pokok mulberi ini yang dia tanam dalam baldi. Pokok ni rupanya rajin berbuah kalau kita rajin memotong dahannya. Dah dua kali Kak Mah otong dahan dia kalau nampak dah panjang sangat tu, setiqap kali lepas dipotong terus dia berbunga dan berbuah. Tapi dia tak boleh membesar sebab ditanam ditempat yang sempit, dan bekasnya pun tak besar.

Ini bunga keladi, entah apa namanya, belum sempat lagi Kak Mah nak mencari apa namanya bunga ni. Ini kawan Kak Mah yang bagi sewaktu dia nak berpindah juga. Alhamdulillah kekal hidup walaupun pasunya sangat kecil.

Ini bunga yang Kak Mah dapat sewaktu menyertai acara menanam bunga sempena lawatan Yang Amat Mulia Tengku Puan Pahang ke Cameron Highland pada 30 dan 31 Mac lalu. Dulu masa kak Mah dapat dia cuma berukuran 6 inci aja. Tak sangka pula pokok ni tinggi baru dia berbunga. Cantik bunganya macam bunga orkid. Nama nya pun Kak Mah tak tau. Alhamdulillah, biasanya kalau bawak bunga dari CH turun kebawah ni, dia boleh bertahan beberapa minggu aja, lepas tu melayulah. Tapi yang ni alhamdulillah sempat berbunga. Sebenarnya ada satu lagi jenis bunga yang Kak Mah dapat bersama dengan bunga ini, tapi leyu selepas seminggu berada di laman rumah Kak Mah.

 Close up sikit bunga keladi ni, Daunnya pun dah koyak, tak taulah siapa yang gatal tangan pergi koyakkan daun dia ni. Maklumlah tempat laluan orang. Kucing kut..hehe

Pokok Mulberi Kak Mah yang sedang berbuah. Beginilah buahnya. Kecil-kecil aja, kalau makan seulas tak sempat jatuh ke perut, lekat celah gigi aja. Tapi Kak Mah kalau sekali kutip tu adalah  empat ke lima ulas, bolehlah merasa.

Gambaran kebun Kak Mah ni seluas ini aja, sekangkang katak hehe

Oppsss, dah ambil buahnya. Adalah 3 ulas, yang merah tu sengaja Kak Mah ambil. Tak boleh makan lagi tu. Rasanya masam. Kalau yang hitam tu baru boleh makan. Rasanya sangat manis. Kak Mah baru saja menghabiskan ketiga-tiga ulas yang hitam tu. Gambar ni adalah saiz buah yang sebenarnya. Kak Mah dah cakap, kecil aja.

Oklah jumpa lagi.

Wassalam. Salam Sejahtera.

No comments:

Post a Comment