Monday, 28 June 2010

Pengalaman Memandu Malam Dari Kuantan Ke Lipis.

Assalamualaikum,

Beberapa tahun yang lalu sebelum keh terlibat dalam kemalangan
di Lebuh Raya KL-Karak, ( nanti keh cerita pulak dalam entry keh
yang akan datang) keh memang kaki bawak kereta laju jarak
jauh, Lipis-Kuantan, Lipis KL, kadang2 setiap minggu keh berulang
alik ke Kl dan Kuantan kerana tugas dan masa tu juga keh kaki MLM.

Biasa keh lebih suka berpergian sendirian kerana malas nok
menyusahkan sesiapa. Biasalah tak kira pagi ke, tengahari ke, malam
ke, keh akan memandu sendirian. Kerana seringnya keh kehulu
kehilir sendirian, seringlah juga keh mengalami peristiwa2 yang
pelik.Salah satu diantaranya peristiwa semasa keh memandu malam
dari Kuantan ke Lipis.

Hari tu ( tarikh dah lupa) keh ada seminar sehari di Hotel Vistana
Kuantan. memandangkan seminar bermula pukul 8.00 pagi dan
habis pukul 5.00 petang, keh tak bercadang untuk bermalam di-
Kuantan. Keh boleh bertolak dari Lipis pukul 4.00 pagi, habis seminar
keh terus boleh balik. Ini kes nak jimat bajet.

Hari tu abis aja Seminar keh pegi makan keropok losong dan sata
diTanjung Lumpur. Siap makan terus aja bertolak balik. Masa melalui
Tol Gambang keh tengok jam menunjukkan pukul 7.30 malam.
Bajet keh mesti sampai ke Lipis sebelum pukul 12.00 malam.
Ngeri juga weh bila mengenangkan keh akan melalui jalan Jerantut-
Lipis dalam kepekatan malam, sunyi plak tu, ditambah jalan kecil,
hutan kiri kanan.

Tak sampai setengah jam memandu mata dah mula rasa mengantuk,
macam tak boleh celik, terpaksalah keh berhenti sekejap untuk tido
di setiap hentian. Malah ditengah lebuhraya pun asal ada aja lorong
yang muat untuk kereta berhenti, keh akan berhenti untuk tido. Tak
tau berapa kali keh berhenti untuk tido, sedo tak sedo dah sampai tol
Temerloh. Masa tu dah lebih pukul 12.00 tgh malam.

Tanpa masuk ke bandar Temerloh keh meneruskan perjalanan dengan
keadaan mata yang separuh celik, mengantuk yang teramat sangat.
ditambah pulak dengan hujan yang sekejap lebat, sekejap renyai.
Beberapa kali keh terlalai, kereta pun rasanya dah sekajap ketengoh
sekejap ketepi, sekejap kekanan makan jalan orang, sekejap kekiri.

Sampai pada satu tempat, masih ingat lagi dalam kepala keh nih,
iaitu pangkal jambatan kecik, kiri kanan benchoh atau paya yang
semok, tapi sebelah kanan nampak samar2 cahaya lampu, macam
ada rumah tapi rumahnya tak nampak pun. Bila nampok cahaya
keh pun komfidenlah sikit nok berhanti dan tido.Kalau tak pun keh
tak ada pilihan terpaksa tido juga sebab mata dah tak boleh celik.

Dalam tido keh mimpi macam-macam, dan last sekali keh mimpi
ada orang perempuan ketuk cermin kereta sebelah tempat duduk
keh, bila keh celik mata, seorang perempuan berbaju merah betul2
tengoh ketuk pintu kereta keh. Tak pasti pulak keh dari mana
datang perempuan tu ditengah2 malam buta dan ditengah2 hujan
yang agak lebat juga waktu itu.

Bila nampak orang perempuan keh tanpa syak terus turunkan
sikit cermin tingkap dan tanya perempuan tu, "Ada apa Cik"
Keh pandang muka dia tapi tak berapa jelas. Dia tanya keh balik,
"Awak buat apa kat sini" keh cakap kat dia, "Tido kejap, mengantuk
sangat" dia jawab lagi," Buat apa tido kat sini, bahaya, pegi tido
kat bawah tu ada taman perumahan ada lampu, selamat sikit"
kata dia sambil tunjuk ke seberang jalan, tapi keh tak nampak
pulak ada rumah2 kat situ. "Tak apalah, saya nak jalan dah." kata
keh yang mula syak yang bukan2 sambil terus hidupkan enjin
kereta.

Bila dengar keh cakap macam itu dia terus berlalu. Keh pasang
lampu kereta, kat depan dalam jarak beberapa puluh meter
ada sebuah kereta kancil warna merah sedang bergerak. Tak
nampak plak bila perempuan tu masuk kedalam keretanya,
dan lebih hairan lagi kalau nak dikira logiknya, kalau perempuan
itu berjalan dari kereta keh kereta kancil merah itu, dalam jarak
waktu yang sesingkat itu, boleh dikatakan dalam sekelip mata,
pasti perempuan itu belum sampai lagi kekeretanya.Wallahualam.

Keh cuba mengejar kereta kancil merah tu, sekurang-kurangnya
boleh juga keh beriringan, memandangkan hari dah hampir pukul
2.30 pagi, seram juga memandu seorang dalam hujan renyai
gitu. Memandangkan kereta tu tak berapa laju, keh ingat nak
memotong, biar keh berjalan didepan, rasa selamat sikit.

Sampai kat satu selekoh keh tak jadi nak memotong, bimbang
juga kalau2 ada kereta dari depan. Tapi dalam sekelip mata
pulak kereta kancil merah hilang dari pandangan keh. Keh cuba
memandu lebih laju, tepi kereta tersebut terus hilang walaupun
dikiri kanan jalan tak ada simpang. Dalam hati keh dah rasa
semacam tapi tak ada pilihan, terpaksa juga teruskan perjalanan.

Persinggahan keh seterusnya ialah dihadapan sederet kedai
makan sebelum sampai ke pekan Kerdau. Ada lagi 2/3 orang
sedang makan waktu itu. Kat situ keh tido sampai pukul 3.30
pagi sebelum meneruskan perjalanan keJerantut. Perjalanan
dari Kerdau ke Jerantut keh dah tak berhenti lagi, lalu di
bandar Jerantut dan meneruskan perjalanan Jerantut-Lipis.

Perjalanan Jerantut-Lipis waktu dinihari memang mencabar,
sesiapa yang pernah melaluinya jalan tersebut taulah keadaannya.
Walaupun hujan telah berhenti, tapi kesan dari hujan lebat
masih kelihatan sepanjang jalan hingga ke pekan Kerambit.

Sebelum sampai ke Pekan Kerambit, selepas dari pekan
Mela sekali lagi keh mengalami kejadian aneh. Masa tu kabus
amat tebal sehingga lampu kereta keh cuma boleh tengok
dalam beberapa meter saja. Didepan keh nampak sekumpulan
lembu atau kerbau tak berapa pasti, banyak sangat, berpuluh
ekor, munkin beratus. Keh dah mula gelabah, keh memang takut
pada lembu atau kerbau, berselisih dengan seekor lembu pun
keh takut, apalagi berpuluh ekor. Kaki tangan dah mula mengeletar,
nafas pun dah mula sesak dek ketakutan yang teramat sangat,
mata rasa berpinar, kepala pening. Waktu tu keh tak ingat satu
pun ayat Quran yang biasa keh baca dalam perjalanan, cuma
satu2nya ayat yang keh boleh baca adalah Al-Fatihah. Itu pun
tergagap2. Keh bawak kereta habis perlahan, mengharapkan
binatang2 yang dihadapan tu menepi memberi laluan kepada
kereta keh, atau pun keh terpaksa memberhentikan kereta
menunggu mereka menyerang atau menunggu mereka
beredar bila hari cerah, itu yang berlegar dalam fikiran keh.

Dalam pada keh memandu perlahan2 keh tak sedar pulak bila
bila keh melanggar, melalui atau mengelak lembu2 tersebut.
Sedar tak sedar keh dah sampai pekan kerambit. Keh langsung
tak nampak secara terus atau jelas lembu2 yang tadinya ada
berpuluh ekor dihadapan keh. Tapi waktu tu keh tak pulak
rasa pelik, macam tak ada apa2 berlaku aja. Perjalanan
seterusnya tidak dapat dirakam oleh otak atau pemikiran keh.
Macammana keh memandu, pemandangan kiri kanan yang
keh lihat, semuanya keh tak dapat rakam. Sedar tak sedar
keh sampai ke Lipis, kawasan Centrepoint tepat jam 6.30
pagi. Masa tu keh rasa macam dah tak ada kaki, tangan dan
kepala, masa itulah keh baru rasa betapa stressnya keh
disepanjang perjalanan 11 jam dari Kuantan ke Lipis tadi
dan tak sedar juga bila keh tertido. Bila tersedar semula
jam dah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Barulah keh mampu
bergerak dan balik kerumah.

Alhamdulillah sampai juga keh ke Lipis setelah memandu
dan tido selama 11 jam.

Sekian Wassalam.

Sunday, 27 June 2010

Harap bersabo.

Assalamualaikum,

Blog ini dalam proses pengubahsuaian,
Sebarang kesulitan amat dikesali,
dan harap dimaafkan.


Sekian Wassalam

Menjawab Tag Daripada EN.YASSIN, Aku Anak Pahang.

Assalamualaikum,

Ari ni pepagi lagi keh dah berblog, sebab ari nih keh keje
sampai pukul 10.30 pg.Blog yang keh first sekali masuk
ialah blog En. Yassin blogger hebat dari Jerantut.Masa
keh kada' membaca blog dia yang keh tertinggal, jumpa
tag ini, yang mananama keh pun kena tag. Bagus juga ada
modal untuk entry hari ni. terima kasihEn Yassin.

1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang ini ?

Apa nak masak tengahari ni untuk anak bujang saya, sedangka
saya ari ni nok pegi makankenduri orang kawin, susah2 bagi
dia RM 5 biar dia pegi makan kat kedai ajalah.

2. Apakah nama samaran anda ?

Lipislady, yang lain2 tu saya tak guna dah so tak payah bagi
taulah. Sikit tentang Lipislady,dulu ada orang kata LIPISLADY,
wah mesti hebat dia nih, macam Lady Gaga, First Lady of
America, First Lady of Australia atau setidak-tidaknya macam
First Lady of Malaysia, DSRosmah Mansor. Tapi saya taklah
hebat cuma keh suka guna lipislady, untuk memperkenalkan
diri sebagai lady from Kuala Lipis itu aja.

3. Berikan tiga (3) orang yang anda sayang ?

Tiga orang yang paling saya sayang ialah anak2, menantu2
dan cucu2, tak lupa juga saudaramara, handai taulan, saudara
seIslam, paling istimewa rakan blogger alam maya yang tak
pernah bersua muka tapi dekat dihati.

4. Panggilan untuk si dia ?

Inilah soalan yang paling sedih untuk dijawab, kalau sidia yang
dimaksudkan itu bermaksudsuami atau kekasih kee......., saya
tidak punya, ada sesiapa yang boleh tolong carikan...?????

5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang
yang istimewa ?

Menghargai saya sebagaimana saya seadanya.

6. Blog manakah yang anda suka lawati ?

Blog umum, ada lawak sikit, ada nilai2 pendidikan, agama
sikit, peribadi sikit, ada gambar2 bagus.Blog masakan dan
kreatif juga suka, janji ada masa dan kesempatan.

7.Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda ?

Sapa ye yang saya nak tagkan lagi ni, tak sampai 15 pun
tak apa agaknya yee..

En Zulkbo, Hisyam Muhibbah, maiyah, marissa,
al-lavendri, waris pahang, Pak Cik Im,
Datin El, desa abu hassan, ummiross. Cukuplah tu
kut. Menjawab tag ni bukan paksaan, kalau ada kelapangan
silalah jawab, kalau keberatan abaikan ajalah.

Tarima kasih En Yassin, selesai dah. Selamat entry ari nih.

Sekian Wassalam

Monday, 21 June 2010

Bapa DiMalaysia Bertaraf 5 Bintang.

Assalamualaikum,

Tahniah buat bapa2 di Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan sebagai "Bapa Bertaraf Lima Bintang." Pengiktirafan ini diberikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Kata beliau walaupun terdapat kes berkaitan keganasan keluarga, tapi itu hanya kes terpencil yang bukan mengambarkan sikap keseluruhan kaum bapa diMalaysia dan peratusannya amat kecil yang langsung tidak memberi kesan kepada nama baik seorang bapa. Kebanyakan bapa2 diMalaysia bertanggungjawab, perihatin, penyayang dan sedia berkorban untuk kepentingankeluarga terutamanya bapa muda yang sanggup membantu isteri menjalankan tugas rumahtangga.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan, semalam. Walaupun sambutan hari bapa bukan budaya orang Islam, sebaliknya budaya orang Kristian yang memperingati pengorbanan seorang Padri yang bernama William yang telah bersusah payah membesarkan anaknya bersendirian sehingga berjaya, namun rasanya tak salah kita juga turut merayakan kecemerlangan dan pengorbanan kaum2 bapa kita diMalaysia, yang telah berjaya menjadi bapa bertaraf 5 Bintang.

Untuk rodong2 yang bertaraf Bapa tu keh nak mengucapkan juga Selamat Hari Bapa, yang diraikan semalam sepatutnya, tapi terlambat sehari keh mengucapkannya. Apa kata kalau hari Bapa di Malaysia ditukarkan kepada tarikh yang lebih sesuai, tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW ke atau tarikh kelahiran tokoh2 Islam di Malaysia??.

Sekian Wassalam.

Thursday, 10 June 2010

Senyum Pagi Khamis

Assalamualaikum

Moh kita tengok gambo2 nih, semuga ceria sikit pagi Khamis nih.
Kata orang senyum itu pemurah rezki.

Watch out, abe ada ore nok gode demo...
Nih dah lawan toke gayanya.

Mok wehhh..bekerumun deme yek....suka met weh deme
dapat baju-baju tuh....

Ramei pulok sedara mara menyambut kedatangan deme yek
hati2 weh garang2 belaka deme nih...

Jom badok kita lumba lari, tengok sapa dulu sampai ke shell,
pas tuh kita berenti isi minyok

OOpppssss...nasiblah aok adik, dah dia nok makanan
kat tangan aok tuh aok tak bagi....dia bagilah ke aok plak.

Sekian, Wassalam.

Wednesday, 9 June 2010

Razali Awang Berkongsi Cerita

Copy Paste dari blog Daisy

Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni,share his experience.



Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.
Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...
"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" - Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Na zilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine ...
Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas 500
meter is RM70!!!
Memang sekutu kuat Amerika and Israel .



Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino!
Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).
Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..
Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama .tapi dia mention Hashim....)
Beautiful country, iklim Mediterranean .bo leh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime.. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke
sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!
Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel ....punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!
Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.
Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.
Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni seorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..


Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.
Dia org tau
Hamas ada penembak tepat! So, diorang takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.
Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...


Rakyat Palestine
Razali menyatakan beliau sedih melihat rakyat Palestine rebus rumput sebab dah tak de apa nak dimakan.
Kanak-kanak tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.Amat menyedihkan melihat kanak-kanak menjerit kesakitan apabila kepala dijahit.
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....tiada apa yg tinggal ..semua dah
jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit-sikit here and there...Fosforus ni menghancurkan kulit dan tulang...Nauzubillah.


Ada banyak lagi..but too long to write.
So,kengkawan,mari kita berdoa dan terus berdoa untuk keselamatan saudara Islam kita di sana.

Sila Lawat Blog Daisy

Sekian Wassalam.

Tuesday, 8 June 2010

Nyanyuklah Pulok.

Assalamualaikum,

Pagi nih keh serba terlambat, bangun lambat, dah pukul 6.45, nasib baik adik tak sekoloh, kala tak mesti lebih kelam kabut lagi, dah laa nok gerok adik makan masa setangoh jam. Nok mandi setengoh jam, pakat kata pegi sekoloh pukul 9 lah dia. Berebut-rebutlah keh nok mendapatkan Subuh, alhamdulillah dapatlah juga walaupun dah copea..

Lepas Subuh, perut pulok menyanyi...ishh perut nih memangnya, kala celik je mata terus menyanyi..dah laa kat dapor keh ni tak ada menda ada, sib baik ada nasik dalam periok lebih makan malam tadi. Apa lagi nasik gorenglah gayanya.

Haa, siap pun nasik goreng keh, campur ikan bilis dan sikit sayur jee..
Boleh tahan sampai pukul 11 nih tak payoh tea break kul 10 karang.

Dapat pulok secawan air milo...Alhamdulillah kompletlah dah tu
sarapan berat keh pagi nih.

Lepas sarapan bergegas pulok anto air ke kiosk, kena cepat2 nih karang datang budak2 nok belajo cikgunya tak ada. Lupa pulok bawak kunci kiosk, isk...malasnya nok gi ngambil semula, letok ajalah kat situ, Tawakkaltuallalah ajalah. Mesti selamat punya.

Part balik kelas ni yang paling sedih sekali. jam dah 8.45 mesti dah ada bebudak yang tunggu keh nih, tepat sekali, terjonge aja keh kat pintu nampok seorang budak perempuan tersengih2.

" Ada apa adik" keh tegur dia. Tapi tak jawab cuma sengih2 aja. Munkin tak dengor pertanyaan keh agoklah, maklumlah keh bercakap pun dalam keadaan lelah lepas panjat tangga, munkin ayat tu kurang jelas.

" Hidayah tak datang ke cikgu?" Dia tanya keh balik, " Oppss.. Hidayah mana? Awak kenal dia ke..". " Hidayah yang duduk kat situ, dia belajar dengan saya".

"Awak belajar bila, hidayah dah abis belajar rasanya". " Saya tengah belajarlah ni," Dia sengih2 lagi..

Rasa macam kenal dia nih, bisik hati keh. " Awak belajar Excel ke?"

" Words"

" Awak Amira ke?"

"Ha'ah"

Laaa, bete-bete dah nyanyuklah keh nih.

Tapi keh memang sekali-kali tak mengaku faktor usia yang menyebabkan keh nyanyuk..hehehe.
Perasan muda sikit.

Sekian Wassalam.