Sunday, 9 April 2023

Resipi Kek Pisang Simple dan Sedap

 Assalamualaikum

Semua Sahabat Blogger Kak Mah, Semua Sahabat Pengunjung setia Blog Lipislady. Alhamdulillah kita jumpa lagi petang ini. Kak Mah ucapkan Selamat Berpuasa semua. Tak lama lagi nak raya kan. Orit, pagi ni Kak Mah nak share Kek Raya yang Kak Mah buat dengan serba kekurangan, tapi hasilnya terbaik.

Biasa kita buat kek, nak kena pukul dengan mixer baru kek jadi cantik dan naik dengan gebu. Tapi masa Kak Mah nak buat kek ni Kak Mah cari mixer tak jumpa pulak. Maklumlah dah lama bercuti dari membuat kek dan lama meninggalkan rumah. Disebabkan semua bahan dah tersedia kak Mah teruskan ajalah. Kali ini Kak Mah tak guna mixwe, cuma Kak Mah gunakan blender untuk mwemukul telor dan gula. Alhamdulillah hasilnya memuaskan.

Inilah rupa kek pisang simple yang Kak Mah buat menggunakan blender sahaja.

Bahan Yang Kak Mah perlukan cuma:-

1.  6 biji pisang emas
2. Setengan cawan minyak masak
3. 3 biji telor A
4. 1 cawan gula
5. 1 1/2 cawan tepung gandum biasa
6. setengah sudu teh baking powder
acuan atau loyang yang disapu dengan majrin.

Ini dia pisang emas yang besar, Kak Mah guna 6 biji

1/2 cawan minyak masak

3 biji telor A

1 cawan gula, jangan penuh sangat.
Nanti manis sangat


Soda Bicarbonate 1/2 sudu teh
Baking Powder 1/2 sudu teh
Vanilla 1 sudu teh

Kak Mah pakai acuan @ Loyang ni

Alhamdulillah masak dah. Cantik, gebu dan lembut.

Dan sangat sedap

Cara Kak Mah Buatnya

Note. Panaskan oven 175 c 

1. Blend pisang dengan minyak dan 1/2 sudu teh soda bicarbonate

2. Masukkan 3 biji telor dan 1 cawan gula tadi kedalam blendar yg ada pisang dan minyak tadi
dan blend semula sampai hancur.

3. Dah hancur dan bersatu semuanya masukkan kedalam mangkuk.

4. Ayak tepung dengan1/2 sudu teh baking powder kedalam mangkuk. yang ada adunan pisang
 dan gaul rata hingga sebati.

5. Masukkan kedalam acuan @ loyang dan bakar dalam oven yang dah dipanaskan tadi
selama 40 minit dengan kepanasan 175 c.

Alhamdulillah

Setelah dibakar 40 minit, akhirnya masak dah kak Kak Mah.

Semuga kita berjumpa lagi di lain kali

Assalamualaikum dari Kak Mah.











Wednesday, 5 April 2023

Assalamualaikum, Update Terkini

 Assalamualaikum

Semua Sahabat Blogger Kak Mah yang dikasihi, Semua sahabat sahabat pengunjung setia Blog Lipislady. Alhamdulillah Syukur pada ALLAH pagi ini dapat lagi kita bertemu melalui Blog Lipislady ini. 

Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa semua Sahabat Kak Mah. Alhamdulillah hari ini hari yang ke 14 kita berpuasa yer. Tak lama lagi kita akan merayakan Hari Raya Aidil Fitri, tak sedar je masa berlalu kan.

Subhanallah, Kak Mah dah hampir 5 bulan menghilsangkan diri yer Sahabat. Alhamdulillah hari ini muncul semula. Memang Kak Mah ni selalu sekejap ada sekejap tak ada je. Mesti ada sebab kan kalau tidak rasanya setiap hari Kak Mah nak online bertemu sahabat sahabat semua.

Allahuakbar, 09 Dec 2022 Kak Mah aral sikit, pergi Emergency Room Hospital, balik juga setelah beberapa jam disana. Isnin 12 Dec 2022 bertolak kerumah Anak untuk berubat, hampir 2 bulan juga disana. Alhamdulillah setelah beberapa ikhtiar dilakukan, dengan izin Allah akhirnya hari ini Kak Mah dah pulih seperti sediakala. Alhamdulillah, Syukur padaMU ya ALLAH.

Hari ini Kak Mah hadir untuk bertemu kembali dengan semua sahabat-sahabat yang Kak Mah rindui. Semuga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Peliharaan ALLAH. Aamiin YA ALLAH.

Semuga kita jumpa lagi,

Wassallam.


Thursday, 1 December 2022

Jumpa Lagi

 Assalamualaikum,

Sahabat blogger Kak Mah, sahabat, pengunjung setia Blog Lipislady, Alhamdulillah, pagi ini Kak Mah ada kesempatan melihat Blog Kak Mah yang dah lama di tinggalkan ini, biasalah kan, kadang tu masa sangat mencemburui Kak Mah, namun OK, In Shaa Allah, lepas ni Kak Mah akan muncul semula, macam sekejap ada, sekejap tak adalah

Monday, 19 September 2022

Breakfirst Kak Mah

 Assalamualaikum,

Semua sahabat blogger dan pengunjung setia blog Lipislady. Alhamdulillah kita jumpa lagi yer, hari ni Kak Mah nak share breakfast pagi tadi. Itu je, sebab lama dah kak Mah tak online.

Alhamdulillah ni dia BF Kak Mah Pagi tadi, Sup Soon campur sayor buah ketola, Sedapp.

Semuga jumpa lagi

Wassallam


Friday, 5 August 2022

Jom Melancung Ke Lipis Pahang

 Assalamualaikum

Semua sahabat Blogger Kak Mah dan Sahabat pengunjung setia Blog Lipislady, Sallam Jumaat semua, semuga hari ini lebih baik dari semalam untuk kita semua, Lebih sihat, Lebih ceria, dan Lebih positif.

Alhamdulillah, hari ini Kak Mah nak share video tentang Taman Rimba Kenong yang Kan Mah dah siapkan semalam. Semuga sahabat mendapat sikit imformasi tentang Taman Rimba Kenong. Enjoy. Sila klik kat gambar yer.




Ok, semuga kita jumpa lagi,

Wassallam.




Wednesday, 3 August 2022

Jom Melancung ke Kenong Rimba Park

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, salamat berjumpa lagi sahabat blogger kak Mah dan sahabat pengunjung setia Blog Lipislady. Today is wordless Wednesday yer. Lets the picture speak softly, He he he.












Alhamdulillah, Terima Kasih Sahabat, scroll sampai sini.

Semuga jumpa lagi,

Wassallam

Monday, 1 August 2022

Buah Apa Ini

Assalamualaikum
Sahabat blogger dan Sahabat pengunjung setia Blog Lipislady.
Alhamdulillah, jumpa lagi kita di awal tahun baru
Hijrah 1444, semuga kita semua di Hidayahkan
oleh ALLAH dengan Azam Baru.

Alhamdulillah, siapa kenal, buah apa ni?

NANGKA!  Salah

CEMPEDAK Pun salah

Ha, ini je yang kita boleh makan dari buah ni, Dah siap rebus ni dengan garam, boleh dan sedap dimakan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam atau gula. Boleh juga dipotong nipis untuk dibuat bubur atau pengat, yang dah direbus ni

Inilah buah BANGKUNG, jarang dah jumpa buah ni, hampir pupus dah pokoknya. Alhamdulillah, di kampung Kak Mah ada lagi, sepokok aja.

Ok semua sahabat, sampai sini dulu,

Semuga jumpa lagi,

Wassallam