Tuesday 30 November 2010

Asal Usul Nama Tanjung Besar.

Assalamualaikum,

Bila sebut saja nama Tanjung Besar, bagi kami yang betul2 berasal dari kampung Tanjung Besar, (bukan mukim Tanjung Besar ye, sebab mukim tu besar,) kampung Tanjung Besar hanyalah sebuah kampung kecil yang terletak dalam kelompok kampung2 kecil seperti kampung Tanjung Juntai, kampung Tanjung Besar, Kampung Bukit Belau, kampung Bukit Perangkap dan kampung Gong, ada lagi beberapa nama yang tertinggal. Kampung2 kecil ini adalah berjiran dan luasnya hanyalah boleh memuatkan beberapa buah rumah sahaja dengan tak lebih dari 40 orang penduduk bagi setiaap kampung.

Menurut Sinar harian hari ini nama Tanjung Besar dicadangkan Ahmad Ketot Abdul Rahman seperti yang terdapat didalam buku karangan beliau, tahun berapa tidak dinyatakan. Nama Tanjung Besar ini berasaskan nama asal iaitu " Sawa Besar" yang diambil sempen dari spesis ular sawa.

Ular Sawa itu ditemui oleh penduduk kampung ketika berkubang pada musim panas disebuah tasik Danau Asah yang terletak dibawah kaki bukit.

Ular Sawa itu berlingkar disepanjang Sungai Rengai sehingga ke Sungai Kepong iaitu disepanjang tanjung yang terdapat disungai2 itu. Maka setelah bersepakat, mereka bersetuju untuk menamakan kampung itu sebagai Tanjung Besar.

Tidak di ketahui pula sama ada nama Tanjung Besar ini di beri kepada mukim Tanjung besar atau pun hanya untuk kampung Tanjung Besar, yang memang terletak berhampiran dengan sungai Kepong.

Disungai inilah tempat keh selalu mandi masa kecil2 dulu, sungai yang airnya sejuk, berwarna kehitam dan mempunyai kedalaman yang boleh ampuh orang dewasa. Satu lagi cerita sungai kepung yang merintasi kampung Tanjung Juntai, didalamnya ada seekor resing ( labi-labi ) berwarna putih, menurut cerita datuk nenek kome dulu dia adalah kembar kepada datuk nenek kami yang selalu timbul untuk bertemu dengan kembar dan orang tuanya. ( Kebenarannya wallahualam, tapi keh sendiri pernah melihat resing ini timbul satu ketika dulu. )

Dikampung Tanjung Juntai juga ada tiga buah kubur yang batu nisannya sentiasa membesar mengikut bertambahnya tahun dan sehingga sekarang masih membesar, lebih tinggi dari manusia. Batu tersebut asalnya adalah batu nisan bersaiz biasa sahaja.

Saya tunggu apa komen En Yassin AAP dan lain2 anak Tanjung Besar.

Sekian Wassalam.

17 comments:

  1. Salam terlebih dahulu. Mintak maaf sibuk sikit hari ini weh. Komen saya betul het dah citer aok neh, itulah juga yang tercatat didalam sejarahnya asalnya kampung ini ada kaitan dgn ular sawa besar dan tanjong itu sendiri yang diliput kawansan kampung yang kelilingi bukit bukau dan anak sungai rengai.

    Ada satu lagi kisah yang tertinggal mungkin ramai yang kurang mengetahui kisah ular bidai dilata berembun nun tidak dpt dipastikan sama masih wujud atau pun telah tiada... namun citer legenda ini amat menarik perhatian penduduk kampung sewaktu waktu dahulu.

    ** Lama dah weh kash tak balik ke Tembesor, Kampung Late dan bukit angus dah jadi hutan berdegung :( sedih het kash.

    ReplyDelete
  2. W,salam, puas ati keh dengor penerangan aok En Yassin, keh tak berapa tau sangat tentang sejarah kampong tembeso nih, sikit2 tu adalah diceritakan oleh tok nenek dulu2.

    Keh sendiri pon dah lama meninggalkan tembeso, sekali sekala aja balik, kadang ke kemahang, menjengok bapak sedara, sejak deme dah meninggal belaka nih keh dah tak balik lagi...

    Terima kasih yek en Yassin..

    ReplyDelete
  3. Heh heh! harap encik yassin tidak melupakan kampung halaman nya..

    ReplyDelete
  4. tg besar tempat kome jugak....aki kome dulu duduk hujung tanjung te....rumah las sekali...kome pun dapat sanad cerita cam tu jugak....hehehe

    ReplyDelete
  5. Sonok kawan dengor kesah asal-usul dolu-dolu...teruskan tradisi nih yek..

    ReplyDelete
  6. salam...
    kisah lagenda menarik
    sesuai di kongsi generasi
    muda kini..koi pun baru tahu je nih
    he he...

    ReplyDelete
  7. Koi harak name2 kg lame ni kekal la hendoknye..

    ReplyDelete
  8. sebelom nama nye tanjong beso, atau sebelom jumpa ular sawa beso teh, amende nama kampung teh? ame kala doh tuko name, doh tentu name sebelom teh tok berapa sesuai gamoknye

    ReplyDelete
  9. salam perkenalan tuan tanah,

    seronok gak dapat tahu sejarah asal usul sesuatu kawasan tuh. jarang yang bercerita mengenai asal usul kampung halaman masing2 kat dalam blog.

    ada masa sudilah saling berkunjung ke Sekadar Berkongsi pulak yer

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, En Relevan,

    Rasanya en Yassin bukan kacang lupakan kulit, dak gitu en Yassin.

    ReplyDelete
  11. keh dari tembesor.. heh.. pekan sari tembesor.

    ReplyDelete
  12. spe yg kenal arwah wan sye khadijah binti osman..rumah dkat kubur tu... duk sne smpai umur 5tahun je..pastu pindah...sye masih ingat nme pak cu karim..da arwah...kedai kopi tpi jln tu..mak ndak n pak ndak dll..

    ReplyDelete
  13. spe yg kenal arwah wan sye khadijah binti osman..rumah dkat kubur tu... duk sne smpai umur 5tahun je..pastu pindah...sye masih ingat nme pak cu karim..da arwah...kedai kopi tpi jln tu..mak ndak n pak ndak dll..

    ReplyDelete
  14. spe yg kenal arwah wan sye khadijah binti osman..rumah dkat kubur tu... duk sne smpai umur 5tahun je..pastu pindah...sye masih ingat nme pak cu karim..da arwah...kedai kopi tpi jln tu..mak ndak n pak ndak dll..

    ReplyDelete
  15. Ramai nenek moyang kita yang hebat2 dr kampung ni...al fatihah utk deme

    ReplyDelete
  16. Tanjong Besar sebenar nya didalam kg Sempiat.pasai sempiat lebih popular

    ReplyDelete
  17. Salam LipisLady - bagus kita ingatkan kisah lampau - tahu siapa kita - anda boleh perluaskan tentang asal usul kampung anda - nanti anda dapati org2 di Budu, Kemahang, Kg Terap, Tg Besar, Ceka - Rumpun yang sama - wallualam - sila lihat : Blog :,psmkawasanlipis.blogspot.com - tq

    ReplyDelete