Monday 2 January 2012

Azam Satu 2012

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini dah hari kedua kita berada didalam tahun 2012. Alhamdulillah, saya masih diberi oleh Allah SWT nafas untuk terus memikul amanah dibumiNya yang tercinta ini. Dengan berakhirnya tahun 2011 maka dengan rasminya tertutuplah dairi tahun 2011 dan kini dairi tahun 2012 pula dibuka dengan rasminya.

Tahun baru, azam pun baru. Azam saya tak banyak, cuma nak tubuh lebih sihat dari sebelum ini. Itu yang penting supaya saya boleh melakukan amanah Allah sebaik munkin. Untuk mendapatkan tubuh yang sihat, terutamanya pemakanan mestilah dijaga sepenuhnya. Untuk itu saya mulakan hari ini dengan menu sihat saya. 


Makan ulam-ulaman ini sangat baik untuk kesihatan. Tapi kalau hari-hari makan ulam cicah budu, sambal belacan, sambal tempoyak boleh jemu juga. Apa kata hari ini kita cuba kerapkan makan kerabu. banyak bahan2 yang boleh kita buat kerabu, terutamanya bahan2 dari kampung yang tidak tercemar oleh racun2 serangga. Pucuk paku, pegaga, jantung pisang, daun selon, kacang botor, rebung, semua tu boleh dibuat kerabu.


Untuk menu saya hari ini saya pilih daun selon untuk dibuat kerabu. Mudah aja, bahan2nya pun tak banyak. Paling senang menyediakannya. Mula2 sediakan seikat daun selon. Pas tu sediakan bahan2 seperti dibawah ni hah. Lima hingga tujuh ulas bawang merah dihiris nipis, kalau suka banyak boleh tambah lagi. Segengam kelapa parut yang dah digoreng hingga kekuningan dan tumbuk separuh hancur. Segengan ikan bilis goreng sikit hingga masak dan tumbuk pecah2. Cili padi dan cili merah ikut kepedasan sendiri dan hiris. Sedikit air limau nipis. Garam, gula secukup rasa.


Itu je bahan2nya. Lepas tu potong2kan daun selom pendek2, gaul bersama dengan bahan2 lain tadi. Perap sekejap dalam 1/2 hingga sejam untuk mesrakan semua bahan baru dimakan bersama nasik panas dan lauk pauk yang lain. Memang sedap kepada penggemar kerabu. Silalah cuba.


Hingga jumpa lagi.
Wassalam.

Sila lawat juga kedai online kakmah.

11 comments:

  1. yup, azam saya pun(macam tahun2 dulu..hahaha) nak makan dgn makanan yg lebih sihat..kurang lemak, kurang minyak, lebih ulam ulam...:)

    selamat tahun baru 2012

    ReplyDelete
  2. Sallam Dr. Daddy Ziyyad,

    Harap2 tercapai azam DR.DZ tahun ni ...

    Selamat tahun baru 2012.

    ReplyDelete
  3. asalam ... memang menu yang baik untuk diamalkan ... diet okey turrr ...tapi saya tak pernah makan kerabu selom ...tapi selom mentah saya pun suka buat ulam ...sebentar tadi hanya ader ulam timun dan tomato yg disediakan oleh wife saya ...syukur rezkinya ...tq.

    ReplyDelete
  4. W,sallam Ir Ajak,

    Saya pun ini baru pertama kali buat kerabu ulam selom ni...Sedap jugak.

    ReplyDelete
  5. owh .. itu rupanya daun selon. kat sri langka banyak kot.

    saya pun berazam nak mengurangkan berat badan juga tahun ini dan maintain lilitan pinggang. tak larat nak beli seluar baru.

    ReplyDelete
  6. sedapnya kerabu daun selom , cik ina suka ulam-ulaman ni semua jenis ulam cik ina dah makan kecuali daun kaduk.

    ReplyDelete
  7. Sallam Tuan Haji,

    Malah orang Sri Langka buat kari daun ni,
    hehe ye ke ni?

    Baguslah Tuan haji, badan kita ni kalau terlebih besar, kaki tak larat nak pikul.hehe.

    ReplyDelete
  8. Sallam cemomoi,

    Saya ada post resipi kerabu mangga
    Sila selongkor khutub khanah saya.

    ReplyDelete
  9. Sallam cik ina,

    Lepas ni cubalah pula daun kaduk,
    sedap tau cik Ina.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.

    Semia ini makanan menyihatkan. Semoga berjaya dengan azamnya.

    Amin.

    ReplyDelete