Saturday, 14 January 2012

Pincuk Paku.

Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2, rodong2 malam ni,
Semuga sihat dan gembira selalu,
dimalam minggu yang ceria ini.

Munkin ada kawan2 yang bawak keluarga santai2
sambil makan2, maklumlah malam minggu ye.

Bagi saya plak, hanya malam minggu ni ajalah
kesempatan yang ada untuk saya memasak makanan
kegemaran saya. 


Malam ni saya masak ringkas aja. Pincuk Paku namanya 
Ini makanan orang kampung saya.
Tak taulah kampung lain atau daerah lain
ada yang pandai makan masakan macam ni. Rasanya
kalau ada yang beselera kampung sikit tu memang sedap.
Lebih2 lagi kalau yang minat tempoyak tu.


Nak buatnya mudah aja. 
Bahan2nya, setengah ikat pucuk paku.
2 setengah sudu tempoyak yang masam2 manis
15 atau 20 ekor ikan bilis dibelah empat atau
1/2 ekor ikan kembung yang dibakar tanpa garam.
3 atau 4 biji cili padi, boleh tambah kalau suka pedas.
Air suam setengah mangkuk,

Cara nak menyedikannya :

- Celur pucuk paku didalam air mendidih yang dicampur sedikit garam
diatas dapur hingga masak dan empuk. Toskan.
( Jangan curah air mendidih atas pucuk paku, kerana pucuk paku
akan lebam kerana air tak merata.)
- Masukkan air dalam mangkuk, masukkan tempoyak,
kacau sampai sebati.. 
- Masukkan ikan bilis yang dah di basuh.
- Masukkan cili yang dah dipotong2 kasar.
- Akhir sekali masukkan pucuk paku dan kacau rata.
Dah siap Pincuk Paku. Boleh makan.


Inilah rupa pucuk paku yang banyak terdapat ditepi sungai.
Bukan apa saya cuma takut terpilih salah paku.
Banyak nama2 paku di pahang ni, misalnya paku larat,
paku gajah, paku anjing, dan ada lagi yang saya dah lupa 
namanya. Oklah, kalau ada sesiapa nak
 rasa tu silalah buat.
Semuga berjumpa lagi, Wassalam.

12 comments:

  1. Salam Kak Mah, Kakya kan, ape pun bedal, terliur jek tengok pincuk paku, silap aribulan esok pepagi dah terchonggok kat pasar cari pucuk paku. Tempoyak Ada dah ni... Tq for sharing eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w,sallam Kakya,

      Bagus macam tu Kakya, semua makan,
      mudah nak memasak.
      Sama2 memang suka nak kongsi apa juga dengan kawan2, tapi saya tak pandai sangat masak.

      Delete
  2. Salam, buat kerabu pun sedak yak pucuk paku nie:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa saya taip asyik keluar kalendar je .. jadi terpaksa saya tumpang komen kat sini. boleh ?

      saya belum pernah lagi makan "pincuk paku" .. pucuk paku biasalah. hehe

      Delete
    2. W,sallam En Yassin,

      Memang sedak..tapi keh cuba nok buat pinchuk neh, mengembalikan nostalgia masa lampau..hehe

      Delete
  3. Sallam Tuan Haji,

    Tak ada halnya boleh tulis dimana-mana pun,
    asal nampak tulisan.

    ReplyDelete
  4. Dah lama saya tak dengar perkataan ‘pincuk’ nih. Sampai lupa dah rupa cemana...

    Ada tempoyak tu yg buat lebih terangkat tuh, kan? Simple jer menu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azie,

      Orang belah awak ada juga makanan
      bernama pinchuk yee, tapi lain sikit kut,
      cara menyedianya.

      Delete
  5. selalu mkn pucuk paku ni
    jarang buat pincuk ni
    terliur la pulak
    lek buat la nantu

    ReplyDelete
  6. asalam ... wahhh nampak sedap dan berselara ... terasa lapar plakk ....tq.

    ReplyDelete
  7. tengok gambar, baca bahan dah telan2 airliur, terasa keenakannya. Pucuk paku dalam gambar ni nampak baik, mana nak cari? saya selalu jumpa yg bergulung2 ujungnya macam ulat tu, ada rerambut putih halus lagi...tu yg trauma nak pegang tu...

    jujur cakap saya tak makan pucuk paku dah lebih 20 tahun....ada lah kesnya tu...tp nampak masakan awak ni, macam keinginan tu bangkit kembali...terimakasih Lipislady...

    ReplyDelete