Sunday, 15 January 2012

Kek Pisang

Assalamualaikum,

Saya doakan semuga hari ini semuanya bahagia
maklumlah hari ni hari minggu kan, 
hari berkumpul bersama keluarga. Mana yang sedang
berjauhan dengan keluarga tu jangan
pula bersedih yee, ada masa ada ketika boleh jumpa.

Saya hari ni tak ada sapa pun bersama dengan saya,
I am so lonely.....hehehe...
tapi tak kanlah kerana keseorangan saya mesti bersedih kan.
Untuk menghilangkan rasa sunyi dan keseorangan 
pagi2 lagi saya duduk mengadap PC,
Google punya Google
terjumpalah resipi kek pisang paling simple 
kat blog zachoes, terus rasa nak cuba resipi neh.

Baru keluar dari oven u...bau semerbak...

Memang dah lama sangat mengidam nak makan kek pisang, 
buatan sendiri, tapi bila tengok resipinya, 
kadang2 bahannya tak ada, terus batalkan, 
tapi hari ni semua bahan yang dikehendaki dah sedia ada
kat rumah. kebetulan pisang pun ada juga. 
terus je saya buat.


Biasalah saya kalau masak memang buat setengah 
bahagian aja, banyak sangat tak larat nak abiskan pulak.
Ini bahan2 untuk setengah bahagian.

- 3 setengah biji pisang berangan- 1/2 cawan minyak masak
-1 sudu kecil soda bikarbonet -3 biji telor gred C
- 1 cawan gula,-1 sudu kecil esen vanilla
-1 setengah cawan tepung gandum


Cara nak buat dia plak,
Memula lumur acuan dengan minyak, panaskan oven 180  C.
Blend pisang dengan minyak dan soda bikarbonet sampai lumat
dan ketepikan dulu.- Pukul telur dengan gula sampai sebati 
- masukkan esen vanilla - masukkan pisang yang dah di blend,
- masukkan tepung yang dah diayak sedikit demi sedikit
kacau perlahan dan tuangkan kedalam acuan.
- Bakar selama 20 hingga 30 minit.


Ha...inilah hasilnya. Menjadi akhirnya. Inilah pertama kali dalam 
hidup saya buat kek pisang. Puas hati sangat rasanya.
Kek lembut dan sedap. Alhamdulillah.


Silalah cuci mata dengan gambar2 yang saya 
kongsikan ini. Kalau nak rasa boleh buat,
bahannya tak banyak.


Kalau nak resipi penuh boleh terus layari 
blog asal dimana saya dapat resipi ini
Tarima kasih bebanyak Puan Zack Zacheos yang telah
mengongsikan resipinya. Dapat juga saya merasa
kek pisang hasil buatan saya sendiri.


Oklah, nak beredar dulu.
Semuga berjumpa lagi dilain entry,
Wassalam

11 comments:

  1. Salam,
    Suka kek pisang ... lembut, gebu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Dato',

      Saya pun suka, tapi yang kat kedai kadang2 banyak sangat soda bikarbonate, rasa pahit.

      Delete
  2. Salam KakMah, sehat?

    KakYa nak try kek pisang ni, petang ni jugak.. Kalau menjadik nnti, kakya post ok.. Kalau x nampak bayang tu maknanya Nya bantat la tu.. Tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam KakYa,

      Try jangan tak try,
      kakmah yang tak pandai
      ni pun boleh menjadi.

      Delete
  3. salam..
    nampak sedap tu..kena
    petang2 pekena dengan
    kopi o kaw :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam En Zul,

      Lama tak minum kopi O,
      terliur pulak saya.

      Delete
  4. laparlah tengok kek pisang tu.dah lama cik ina tak buat kek pisang, hajat hati tadi nak buat, tapi tak jadi tepung tak de : (

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam cik Ina,

      hehe...terbantut hajat yee,
      esok masih ada Cik Ina..

      Delete
  5. betullah..kadang-kadang ida nak buat jugak...bila bahan2 tak cukup malas lak...nak juga buat satu hari nanti...time rajin je ni boleh buat...maknanya akak rajinlah kan..he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Ida,

      Hehe..memang akak tengah rajin sekarang ni,
      Mana tak nya, dah lama tak buat kek2 dan kuih2 ni..
      oven dah naik berkulat hehehe

      Delete