Monday, 30 January 2012

Paten Labah-Labah dan Ketam : Crochet Lagi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah selesai bab makan tengahari,
Kawan2 dah makan ke belum?
Mesti semua dah makan tengahari.
Alamak mangantuklah plak lepas makan tadi.
Tengahari gini kalau ngantuk, blogwalking lah,
selesai masaalah mengantuk.

Tengah2 blogwalking teringat plak
nak mengait, paten dah ada.


Tengok ni, ini namanya paten labah-labah
pinjam dari besan saya, punyalah bersemangatnya saya
nak mengait. 


Paten ni walaupun nampak mudah tapi sebenarnya susah juga.
Banyak kerja bilang membilang kena buat.
tapi kalau dah dimulakan dah jadi mudah lah sebab
stepnya cuma perlu diulang-ulang je.


Ni yang saya dah cuba. 
nampak tak kemas dan hodoh, tapi asasnya
saya dah tahu. Mudah saya nak buat nanti bile
contohnya saya dah pulangkan nanti.


Yang kat atas ni plak paten ketam.
Nampak sama je dengan paten labah-labah,
tapi ia sama sekali tak serupa.
Cara membuatnya pun lain. Yang ini dimulakan dari sudut,
paten labah2 dimulakan dari sudut juga
tapi memanjang ke kiri. Yang ini terus menaik keatas.


Paten ketam yang saya dah buat.
Cukuplah ni sekadar buat contoh. nanti kalau dah siap 
saya kongsikan pula dengan kawan2.


Nilah dua paten yang berlainan, tapi nampak seakan2 serupa.

Ok, enjoy ye..
Wassalam
Nak Order bahulu : tel kakmah 019-9242529

14 comments:

  1. wah..rajin sungguh LL ni ya...mesti bersemangat nak siapkan bila dah mula betul tak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam CekWa,

      Memang betul, kalau dah mula,
      rasa nak siap terus, memang tak sabar nak tengok hasilnya.

      Delete
  2. Salam kak.. cantik corak2 kaitan tu.. kalau dah mengait boleh leka kan.. dah lamanya saya tak mengait.. last mengait masa dlm pantang anak kedua.. itu pun cuma pandai buat patern yg mudah2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam Hanis,

      Akak pun dah lama tak mengait,
      ni baru nak mula semula.

      Delete
  3. mak saya expertla bab kait mengait ni...tp skang dah tua dah lama tak tengok dia mengait...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Sham,

      Mesti banyak paten yang mak Sham dah buat,
      terujanya saya nak tengok.

      Delete
  4. Assalamualaikum Lipis Lady , kak kalau saya nak tempah mengait ni bolih ke...tapi saya suka guna benang halus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsallam Intan,

      Kena tengok dulu paten apa yang Intan nak,
      saya boleh buat paten yang saya dah mahir aja,
      apa2 pun nanti kontek semula yee..Tq Intan.

      Delete
  5. Berapa lama masa nak siapkan satu set kait ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam En Hisyam,

      Bergantung kepada kelapangan masa En Hisyam..

      Delete
  6. Dik , corak ni kat rumah cik ina banyak, arwah mak kait. suka cantik.cik ina dah lama bersara mengait, dah mengait tak boleh stop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Cik Ina,

      saya suka sangat corak ni,
      baru jumpa, cik ina ada corak buah nanas
      atau buah anggur tak, kalau ada upload gambar kat blog, saya nak tengok.

      Delete
  7. Salam Perkenalan.

    Lama tak buat kerja2 macam ni.

    ReplyDelete