Thursday 16 February 2012

Granny Lagi Dan Lagi ( Crochet )

Assalamualaikum,

Selamat Pagi Khamis.
Semuga kawan2 semua ceria hari ini.

Crochet atau mengait dengan saya
dah macam tak dapat dipisahkan. Walaupun
dalam keadaan sibuk, lima minit
atau pun sepuluh minit
sehari 
tetap saya luangkan untuk mengait.

Lihatlah buktinya dibawah ini.
Walaupun beberapa minggu ini saya memang 
subuk sesangat kerana terpaksa membuat
persiapan untuk beberapa mesyuarat
dan aktiviti Maulidur Rasul,
saya tetap ada masa untuk mengait.


Inilah paten granny yang saya mulakan dua hari
lepas, dah besar pun, adalah benda yang saya
nak buat. Saya akan kongsikan juga bila dah siap
nanti.


kombinasi kuning air dengan coklat 
ni memang cantik sangat,
tapi gelap sikit,


Kombinasi warna ini pun cantik,
yang ini saya dah siapkan banyak,
tapi belum cukup lagi 
untuk dicantum.

Oklah kawan2
hingga jumpa lagi,
Wassalam.

4 comments:

  1. memang boleh jadi terapi kalau betul2 minat kan? mak sy pun pandai mengait tp ilmu tu tak menurun kat sy, buat asyik tak jadi je terus fedap.. =)

    ReplyDelete
  2. Dulu kakcik rajin juga mengait, sampai boleh buat cadar. Sekarang? tak lagi dah. :)

    ReplyDelete
  3. Saya minat tapi baru pegang benang jarum kait dah selamat....

    ReplyDelete
  4. ada masa nak belajar dengan akak..dulu mak pernah ajar...dah lupa...

    ReplyDelete