Friday 9 March 2012

Mendulang Emas.

Assalamualaikum,

Sallam Pagi Jumaat yang berkat.

Firman Allah yang bermaksud,
" Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak
serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah
maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) 
azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar 
emas perak dan harta benda) itu dalam neraka jahanam,
lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka,
serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka):
" Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri,
oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu."
(At-Taubah: 34-35)

Niat nak buat entry ini dah lama dah,
sajalah nak suruh rakan2 hok mana yang tak kenal lagi
benda yang dalan gambar kat bawah ni tengok,
dan kenal apa kegunaannya.


Inilah yang sebenar-benarnya dulang, 
yang diperbuat dari kayu, biasanya kayu2 yang keras,
ditengah-tengahnya ada pusat, iaitu lubang kecil
 dimana sebarang logam yang yang telah tersisih
dari pasir dan tanah semasa proses mengayak akan masuk
kedalam lubang tersebut

Dulang ni digunakan untuk mencari emas,
biasanya dianak2 sungai, dikampung2 dan dalam hutan.
Orang dulu2 nak cari emas guna dulang ni aja.
cara yang pernah saya tengok, masuk je kedalam sungai,
korek2 tanah ditepi teping sungai, atau korek
pasih didalam sungai tu, ayak dengan air sungai untuk membuang
segala sampah, pasir dan tanah, yang hanya tinggal emas.
Tu pun kalau tempat tu ada emas.


Oklah, sebut pasal emas teringat harganya plak.
Mahal betul harga emas sekarang ni yee, 1 gm 
pun dah dekat nak RM 200. Kalau ada duit beli emas lebih baik.
Bila harga emas naik lagi, jual berbaloi juga kan...

Setakat ni ajalah entry pagi ni.
Semuga jumpa lagi,

Wassalam.

14 comments:

  1. Dulang rupa2nya. Nak mendulang ke mana tu? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam kakcik,

      Yerlah kakcik, dulang,
      Sekarang ni aktiviti mendulang
      semakin meluas dikampung2,
      berikutan kenaikan harga emas.

      Delete
  2. Assalamualaikum Cek Mah,,

    Ada simpan tak dulang tu.. Kalau Ada lebih bagi saya satu.. :)

    Harga mas tersangatlah mahal sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsallam DO,

      Saya tak ada simpan dulang tu,
      Yang gambar ni pun saya terjumpa
      orang bawak dulang tu, saya minta
      izin nak ambil gambar dia.

      Delete
  3. betul tu .. kalau lah sha ada duit lebih dari nuffnang akan sha labur dlm emas...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Sha, banyak ke duit kat Nuffnang tu?

      Delete
  4. area lipis,raub te banyok yak logam dalam buminye..

    emas ander,besi pun ander..bertuahla bumi pahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam En. Mazru,

      Bumi Pahang ni memang kaya,
      Selain dari emas, besi, timah,
      balak pun ada...

      Delete
  5. saya dari kedah, berminat sangat nak mendulang emas ni, tapi xtahu nak mendulang kat mna,kalau ada tempat yg boleh mendulang nih tlg bgtau yer,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru dapat peluang dari rakan yang mengajak saya mendulang tapi jauh sangat dalam hutan, dari jalan besar kena masuk 2 jam naik pajero

      Delete
  6. kat mane ade jual dulang ni skarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih ada yg membuatnye... tp kene bnyk tanya org yg tau la..

      Delete
  7. ADA yg dibuat dr plastik...

    ReplyDelete
  8. Siapa yg jual dulang sy nak beli pls PM

    ReplyDelete