Wednesday 7 March 2012

Suatu Pagi Yang Hening.

Assalamualaikum,

Selamat tengahari. Apa khabar geng blogger semua. dah makan 
tengahari ke, rasanya semua dah makan yee. kalau yang
belum makan tu pergilah cepat2 makan, nanti kalau tunggu lama2
perut masuk angin plak. saya sendiri baru je lepas makan kejap tadi.
Nasi dagang weh, nak resipi??
ok ok, nanti malam saya buat entry resipi nasi dagang.


Buat sementara waktu ni layan dulu gambar cool yang saya rakamkan
pagi tadi semasa turun nak pergi pasar beli santan.
saya suka tengok pemandangan diwaktu pagi begini, dengan udara
yang lembab dan masih berkabus. memang mendamaikan jiwa.


Jarang orang ambil gambar Kuala Lipis dari sudut ini,
saya suka lokasi ini.  Tenang dan damai.


Melihat jalan tar yang masih basah,
terasa sejuk menusuk kejiwa.


Pemandangan ala2 taman rimba yang cantik,
cuma air sungai tu yang tidak sepatutnya berwarna
teh. Apakan daya ada aktiviti perlombongan di hulu sungai.


Ini diantara pekerja yang paling awal memulakan kerja mereka.
Kita patut berterima kasih pada mereka ini.
tanpa mereka rumah dan persekitaran kita akan busuk.


Kuali?....nak buat apa dengan kuali pepagi buta ni?
Eh bukan kuali tu...
Cer teka.....

Semuga jumpa lagi,

Wassalam.

7 comments:

  1. Tanpa pekerja itu, persekitaran kita pastinya tidak terjaga. Tahniah dan terima kasih buat mereka.

    Penutup apa tu? Macam 'chopping board' pun ia juga, tapi beso beno. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Kakcik,

      Ada yang suka sangat menghina mereka, bagi saya pekerjaan mereka mulia, pendapatan mereka halal.

      Nanti saya buat entry khas untuk jawapannya.

      Delete
  2. Sallam munnafendy,

    Salah..haha..
    Lebih dari itu.

    ReplyDelete
  3. salam..
    wahh..memang damainya
    tempak aok tu LL...

    kuali mask roti canai
    ke tu ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam En. Zul,

      Seronok kan duduk bandar separuh kampung ni...

      Salah tu en Zul.

      Delete
  4. saya rasa mcm penutup tong sampah jek..hehe

    ReplyDelete