Tuesday, 14 May 2013

Entry Tengah Malam @ Pagi

Assalamualaikum,

Sambil borak-borak dengan anak bongsu, 
sambil dengar-dengar luahan hatinya,
Sambil nasihat-nasihat apa yang patut,

Besar juga cita-cita anak bongsu kakmah ni rupanya
dan sebesar mana cita-citanya
begitulah juga besarnya rintangan yang terpaksa
ditempuhinya, dalam mencapai cita-cita itu

Orang yang bijaksana,
orang yang dah berjaya selalu berkata,
tanpa rintangan, tanpa cabaran 
pasti tidak ada kejayaan,
Kalau ada pun kejayaan itu tidak sehebat mana,
dan tidak akan begitu berkesan dihati.
lalu hadaplah cabaran itu dengan reda
dengan tabah demi cita-cita
demi kejayaan.


Sambil berborak, sambil bersembang,
tangan kakmah ni jalan juga,
menjalin benang-benang yang pelbagai warna,
ini juga cita-cita kakmah,
Untuk cita-cita yang tak seberapa ni pun
kadang-kadang ada juga rintangan
yang terpaksa kakmah hadapi.

Tapi Alhamdulillah,
dapat juga kakmah siapkan sebesar ini
untuk malam ni aja.
Pagi @ 3.45 dah, fuhhh..
Selamat malam @ pagi
Selamat tidur.

Jumpa Lagi,
Wassalam.

Monday, 13 May 2013

Hadiah Hari Ibu

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dapat bersiaran lagi kakmah pada hari ini. Selamat bertugas buat rodong-rodong, rakan-rakan yang telah memulakan tugas, setelah berhujung minggu, terutamanya para-para ibu yang dah diraikan harinya semalam. 


Alhamdulillah ramai ibu-ibu yang diraikan oleh anak-anak mereka, suami-suami mereka sempena hari ibu semalam. Kakmah pun tak ketinggalan juga diraikan dalam satu majlis Resepsi Bonda yang diadakan di Hotel De' Palma, Ampang oleh anak dan menantu kakmah. Majlis makan-makan itu telah diserikan oleh tazkirah dan ceraman oleh Al Ustaz yang terkenal dengan rancangan 'Kalau Dah Jodohnya" di Astro Oasis, iaitu Ustaz Khazim bin Elias, yang didatangkan khusus oleh pihak Hotel De' Palma Ampang.


Lama dah tak bergambar ramai-ramai begini, anak beranak. Ini keluarga anak kakmah yang sulung, yang telah bersusah payah membawa kakmah ke majlis tersebut. Terima kasih Lonik, ini panggilan manja untuk anak sulung kakmah ni.


Alhamdulillah juga, kakmah telah menang hadiah vaucer dalam cabutan bertuah dan kuiz yang dijalankan sempena majlis tersebut. Hadiah Hari Ibu buat kakmah.Syukur Alhamdulillah.

Dan kini kakmah dah berada di rumah kakmah kembali, bersiaran dari rumah, dan sedang menanti sekarang ni tugas-tugas biasa yang mesti di lunaskan.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Tuesday, 7 May 2013

Alahai Rindu Nenek

Assalamualaikum,

Musim mengundi ni pastinya ramai yang balik kampung
untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara.
Dan pastinya riuh rendahlah rumah-rumah nenek dan atuk
kat kamung tu dengan cucu-cucu yang berkumpul..


Rumah kakmah pun tak ketinggalan dengan kedatangan
cucu-cucu kakmah yang enam orang tu. Pendek kata
 memang riuh rendahlah dalam rumah kakmah
dalam sehari dua nie.



Tapi hari ni semuanya dah berakhir,
Sunyi plak rasanya bila ditinggalkan keseorangan ni.
Cucu terakhir yang balik baru sebentar tadi, 
Bila hilang saja mereka dari mata, mulalah hati rasa 
sayu dan sunyi.


Ni satu-satunya cucu lelaki kakmah, tadi dia
tak nak balik, katanya nak tinggal dengan nenek,
tapi apa kan daya, kesian plak kakak dia yang
keseorangan nanti kalau adiknya tinggal..


Pegang duit 10 ringgit lagi, sambil
melaram dengan kasut achu dia.
Bukan nak membeli pun, saja pegang duit 
yang disedekahkan orang.


Amanda, cucu paling kecil,
ni je lah yang tinggal tempat kakmah melepas
rindu, tinggal sebelah rumah kakmah,
tu pun susah juga nak jumpa sebab selalu
ikut mak dia pergi kerja..

Alahai, rindu nenek..

Jumpa lagi yee..

Wassalam.

Sunday, 5 May 2013

Jom Kita Menggundi, Jom Kita Menggundi.

 Assalamualaikum,

Sahabat handai taulan, rodong2, 
dan rakan blogger yang sedang membaca entry kakmah
kali ini, selamat bertemu lagi setelah sekian 
lama kakmah kurang memberi tumpuan pada
berblog. Selamat membuang undi pada yang baru nak
keluar untuk pergi membuang undi.


Alhamdulillah, malam tadi semua keluarga kakmah 
ada berkumpul dirumah kakmah, sebab nak mengundi.


Dikesempatan yang begini kami gunakanlah juga untuk 
makan-makan bersama, sambil melepaskan rindu.
Bukan senang nak dapat masa untuk berkumpul begini,
kalau tidak musim hari raya. Masing2 semuanya sibuk 
kerja masing2.


Keluarga besar kakmah ni hah, rasa baru semalam je kakmah
mendukung mereka, menghantar mereka ke taska dan 
tadika. Hari ini mereka pula dah menghantar anak2 ke taska.


Tak sedar rupanya keluarga kakmah ni dah menjadi 
keluarga besar, tidak ada yang lebih bahagia dari dapat
berkumpul begini dengan anak2, menantu2 dan cucu2.



Seronok dapat makan bersama walau pun hidangan tek
seberapa.


Yang pentingnya dapat berkumpul,
Dapat bermesra, terutamanya anak2 yang masih kecil,
Seronok bukan main dapat berjumpa sepupu2 mereka.


Diantara hidangan, Nasi impit kuah kacang, 
siap ada satay lagi.


Haa, tu dia, dah siap terhidang, dari lepas subuh kami 
menyediakannya, sampai pukul 10, malam baru
dapat makan....


Siap ada satay lagi tu, 
yang di bakar menggunakan pemanggang Ajaib
AreIkan dari Syarikat Menang Glasswear


Satu-satunya menantu lelaki kakmah yang bertanggung jawab
membakar satay, guna dapur gas jeee..tak berasap pun,
tapi sataynya lebih sedap.


Ok selamat mengundi semua..
Buatlah pilihan dengan bijak.

Jumpa lagi,
Wassalam.






Tuesday, 23 April 2013

Onde-onde Labu Manis


Assalamualaikum

Lama kakmah tak upload gambar2 makanan yang kakmah
masak. Sebenarnya kakmah memng tak memasak dan makan
pun ala-ala kadar aja. 

Petang ni sambil belek-belek majalah lama,
kakmah terjumpa plak resipi onde-onde
labu manis nie. Kebetulan kakmah ada beli labu manis
sabtu lepas, sampai ke hari ni masih simpan dalam
peti tak tau nak masak apa.

Nampak gambar dalam majalah tu macam sedap jee,
kakmah pun terus turun kekedai beli kelapa parut.
Dalam masa tak sampai setengah jam kuih kakmah 
pun siap untuk dimakan.

Kuih labu ni sebenarnya sangat berkhasiat dan enak
dimakan waktu petang atau pun pagi untuk sarapan.
Dengan teh '0' atau pun teh kosong aja.

Kita lihat pula resipinya, mudah aja yee..

Bahan-bahannya,

1. 1 cawan labu manis yang dah direbus dan dilecek hancur.
2. 100 gm tepung pulut
3. 1 cawan kelapa parut putih
4. Sedikit garam dan sedikit gula.
5. 15 biji labu yang dah direbus dan potong dadu

Cara-Caranya.

1. Sediakan periok yang berisi air diatas dapur, masak air hingga mendidih.
2..Gaul tepung pulut dengan labu yang telah dilecek hingga sebati.
3. Ambil adunan sebesar bola pimpong, leperkan diatas tangan.
4. Masukkan labu yang dipotong dadu, tutupkan dan bulatkan.
5. Masukkan kedalam air mendidih hingga tombul baru diangkat.
6. Gaul kedalam kelapa parut yang telah di campur garam atau gula,
    ikut kesukaan masing-masing. Kalau labu tu kurang manis, camurkan
    aja kelapa tu dengan gula, kalau tak suka manis boleh dicampurkan
    dengan garam. Ikut kesukaan masing-masing.
7. Angkat dan hidangkan.. 

Selamat mencuba,
Wassalam.

Tuesday, 16 April 2013

Jom Makan Kek.

Assalamualaikum,

Selamat malam semua kawan2 yag singgah disini,
Sehari dua ni kakmah hanya berkesempatan
online diwaktu malam aja.
Siang hari kakmah sibuk mengemas rumah yang
tak siap-siap. maklumlah rumah yang dah
lama ditinggalkan, bersawang sana bersawang sini,
semuanya nak kena bersihkan, 
disamping itu adalah juga aktiviti pindah
memindah perabut.

Bila dah malam gini mulalah terasa penatnya,
nafas kakmah ni pun dah rasa sangkut-sangkut,
alahai, lelah lah plak..Mintak-mintak janganlah melarat,
kalau melarat jawabnya kehospital lah kakmah
malam ni. Apa lagi pamlah...cam biasa.


Sejak balik ni, baru semalam kakmah mula memasak.
Masak nasi dan lauk, petang masak kek.
Lama betul tak buat kek weh, rasa nak makan
kek buatan sendiri lah plak. terlanjur anak kakmah
ada balik, dia pun suka kek, makan panas-panas sedap nie.

Setakat inilah dulu untuk malam nie,
Jumpa lagi
Wasalam