Tuesday 8 December 2009

Nyonya dan Tin Kosong.

Assalamualaikum.

Pagi tadi selepas solat subuh kira2 pukul 6.15 pagi gitu keh menjenguk ke tingkap untuk melihat panaurama pagi sambil menghirup udara segar. Lengang aja sekitar sini, tak ada menda yang bergerak lagi.

Cuma jauh di sudut sana berhampiran dengan tong sampoh adalah seorang perempuan cina sedang mengorek tong sampoh, untok cari tin bekas minuman yang dibuang orang. Hampir setiap pagi keh nampok nyonya nih mengorek tong sampoh, bukan baru tapi sejak keh duduk sini lagi. Setiap pagi dan petang rutin hidup dia korek tong sampoh. Istikamah betol dia melakukan kerja tuh tak kira hujan ke panas.

Ditempat lain pun keh pernoh tengok dia melakukan kerja yang sama, pendek kata dia beroperasi seluruh bandar Lipis dan kawasan sekitarnya. Keh tertanya2 berapa agaknye pendapatan dia sebulan dengan kerja itu. Pagi tadi aja keh nampok dia mencebet 2 kampit plastik beso sarat dengan tin2 kosong. Dan nyonya nih tak ada kerja lain selain dari mengutip tin untok menyara hidupnya.


Moralnya :

- Beristikamahlah dalam melakukan sesuatu pekerjaan, barulah kita buleh berjaya. Bak kata orang yang buat MLM ( Meniaga Larut Malam ) biarkan duit cari duit.

Doa
Usaha
Istikamah
Tawakal

= Berjaya.

Sekian, Wassalam

12 comments:

  1. Tin aluminium pun boleh jadi duit., tapi lambatlah nak kaya.

    ReplyDelete
  2. Kawan hari kompul juge...keknya menjadi semok rumah kawan, kawan campok kedalam tong sampoh juge akhirnya...

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan.
    Hmmm ... senario sama jer kat umah Kak G & kawasan sini. Malah dah ada beberapa tempat kutipan barang terbuang juga ...
    Maaf la ya sbb lewat respond. Kak G bz skit semalam. Bila balik umah dah ujan lebat dgn guruh petir.
    Hari ni awal lg ada org tefon kutuk2 pulak!
    Apapun tq 4 following ya, harap dpt sering-sering berkunjung ke laman Kak G .. boleh bg komen ape2 jer :)

    ReplyDelete
  4. Lipislady,
    Boleh buat duit tu wehhhh... Koi selalu jugek tengok makcik2 indon kat umoh koi selongkor tong sampoh besor....

    ReplyDelete
  5. pernah sampai ke bandar lipis, sangat bersih

    ReplyDelete
  6. Ndok kaye tu, tak tau la. Tapi, kalau tak dapat duit, lame doh kawan rase ah so tu berenti ngutip tin tu...

    ReplyDelete
  7. Kesian..sepatutnya dia dah bersama dibawah bumbung anaknya..

    ReplyDelete
  8. pada duduk rumah goyang kaki, lepas tuh mesyuarat tingkap...lebih baik mikir cara dpt duit..x gitu..

    ReplyDelete
  9. sian cina tu ye.....ingatkan org melayu je susoh...cinepun teruk juga...

    ReplyDelete
  10. hmmm...gitulah ceritenye yak.hmmm..(tak reti nak komen mende dah)

    ReplyDelete
  11. Slm kembali.
    Tk di atas komen tu. Kak G dah Ok .. panas sekejap jer. Arini Kak G dah tau identiti kebanyakan mereka tu .. mmg terlalu byk orang begini - berani buat dgn bertopeng jer le .. Rasa gak sedih sekejap sbb ada di antara mereka tu kawan la kiranya ..

    ReplyDelete