Wednesday 28 July 2010

Barang Naik.

Assalamualaikum,

Musim barang2 naik harga nih, kena jimat2 sikit belanja, kalau tidak hujung bulan gigit jari. Kena makan nasi bubur atau anok sekoloh tak bawak belanja pulak. Ni ada beberapa tips berguna untuk diikuti supaya kita dapat berjimat sikit dalam berbelanja. Tips ini munkin remeh bagi sesetengah orang, tapi kalau diamalkan boleh tengoklah hasilnya.

1. Sebelum dapat gaji buat bajet kewangan untuk bulan tersebut, bermula dengan keperluan asas, bil2, ansuran dan jangan dilupakan keperluan diluar jangka yang wajib disimpan jika tidak digunakan untuk bulan tersebut.

2. Jangan banyak sangat mengetea dan makan diluar rumah terutamanya kalau keluarga kita keluarga besar. Masak sendiri dan makan dirumah lebih menjimatkan.

3. Bawak bekal kepejabat atau untuk anak kesekolah, toksah malulah bawak bekal sebab makanan yang di bawak dari rumah lebih sedap dan terjamin kebersihannya.

4. Jimat air dan letrik, padam semua lampu dan apa juga yang melibatkan letrik sebelum tido, kecuali peti sejuk, tak perlu pakai airkon, kecuali kalau terlampau panas.

5. Kalau ada kawasan tanam sendiri sayur-sayuran dikeliling rumah, tapi kalau tak ada tanah boleh juga ditanam didalam pasu.

6. Masa pegi shopping jangan bawak anak, nanti anak nak mainan, kalau 2/3 ringgit tak apa lagi, kalau barang tu harganya 20 ringgit, rugi bajet untuk belanja beberapa hari.

7. Kalau boleh survey dulu beberapa buah kedai lepas itu buat catatan harga barangan yang kita perlukan, beli dikedai yang termurah.

8. Sebelum beli barang dapur buat senarai dulu barang yang hendak dibeli, jangan sesekali beli barang yang tidak ada didalam senarai.

9. Kalau beli barang dapur beli banyak sekali, tak payah pergi kedai 2/3 kali sebulan sebab biasanya kalau berada dikedai kita akan sentiasa tergoda bila melihat barang2 baru yang kita langsung tak perlukan.

10. Tak payah beli barangan yang berjenama kerana ini akan cuma akan meningkatkan kos sahaja, pakai seluar baju berjenama pun kalau par kosong tak guna juga.

Kalau ada yang nak ditokok tambah silakan.

Sekian, Wassalam.


22 comments:

  1. No. 11- Jgn ikut care belanja org lain...org bercuti awak pun nk cuti....balik cuti..gigit jari...huuu

    No. 12 - Kalo umah dekat ngn opis...nek motor je, merempit cam koi...hahaha....jimat minyak....

    No. 13. Basuh keta/motor sebulan skali...jimatkan air....huuuu

    Boleh dok ni....hehehhee

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tips yang berguna ini.
    kadang popalit dah nak berjimat keknya tak menjadi juga..base mata mudoh rambang...hehehehe...

    ReplyDelete
  3. nak jimat bayar bil air dok selangor... dah setengah tahun koi tak bayo sebab guna tak sampai 10 hengget

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Mamarempit, terima kasih menokok, molek sangat gitu..no 12 tu boleh tokok lagi, kala rumoh tak sampai sebatu dari opis boleh jalan kaki aja..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    En Yassin, kala mata sendiri hok tambang tu payohlah nok buat kira...pejam mata jee bio tak rambang...kemana pegi aok bawak senaraai barang..bawak duit cukup2 aja untok beli barang yang dalam senarai..harga pun dah survey mudoh sikit.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    cemomoi, orang pahang ni patut mintok juga kerajaan bagi sabsidi air, bukan sabsidi setengoh, tapi sabsidi penoh, jangan dah bagi sabsidi asik dok memunoh air pulok dah laa...

    Dengo khabonya orang selangor mudoh keputus air yee kee cemomoi...

    ReplyDelete
  7. slalu pegi kedai mesti ade terbeli mende2 tak guna. tu yg slalu over bajek tu. tp skang ni sejak menggunakan tips no.3, mmg dpt jimat byk. kalau tak bekal, skali mkn pagi RM4.00 mkn tengahari plak RM5.00 mkn malam lebih RM10.00 memang membazir. kalau masak sendiri, cuma perlu modal bgn pg je dan letih sket pas blk keje. seminggu beli lauk pauk dan sayur baru RM20 je. byk boleh save. hehe

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, Jah Alhamdulillah, teruskan, dan jangan lupa bajet luar jangka tu simpan jangan guna sebagai bonus...pulok...

    ReplyDelete
  9. salam..
    molek amat nasihat da tips aok ni LL
    koi pun mula la nak start bawok bekei je
    ke opis rasanya..

    ReplyDelete
  10. bawak bekal maggi ke pejabat.

    ReplyDelete
  11. slm,
    molek belake dah bende demeh kabo ter. cuma nok buat je yg kurang disiplin sikit. patutnya kalau tak sbb brg naik pun kena gitu...

    ReplyDelete
  12. 3. Bawak bekal kepejabat atau untuk anak kesekolah, toksah malulah bawak bekal sebab makanan yang di bawak dari rumah lebih sedap dan terjamin kebersihannya.

    keh nok respon hok tip nombe tige neh.. kadang2 penting jugok keluar minum dengan kawan sepejabat.. tujuannya nok tahu cerita2 terbaru dalam pejabat atau organisasi tempek kite kerja.. kalo tiak2 hari bawok bekal je, kita akan ketinggalan cerita2 baru dan gossip2 dalam pejabat..

    ReplyDelete
  13. Berjimat cermat amalan mulia..bawa bekal kat pejabat makan ramai ramai macam berkelah..tapi kome kerja guna lori..maka bawa bekal dalam Lori lah yer..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    En.Zul, Molek sangatlah tu, bawak bekal bukan bermakna kita tak ada duit sangat nok makan kat luar, anggaplah bawak bekal sekali sekala tu sebagai tali yang mengikat kasih sayang kita pada isteri sebab kalau buka bekal mesti teringat isteri yang telah bersusah payah menyediakannya sebelum kepejabat, walaupun dia sendiri bergulut nok ketempat kerja juga.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,
    endiem, maggi pun ok juga mudah memasaknya, tapi jangan selalu sangat makan maggi nanti cepat kena darah tinggi...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,
    En. Pie, betul kata aok sepatutnya dari dulu dah kita mengamalkan sikap berjimat cermat ni, maklumlah inflasi ni bukan semakin menurun, setiap tahun makin menaik aja...

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum,
    En Hisyam, memang patut pun sekali sehari kita bertemu rakan2 sepejabat sambil ngetea, tapi janganlah sampai 3/4 kali sehari.emmm...

    ReplyDelete
  18. Asalamualaikum,
    En Relevan, hehehe...berkeloh dalam lorilah aok gayanya weh...

    ReplyDelete
  19. lipislady..terima kasih..mengingatkan sesama kita..dulu..memang akak sentiasa bawak bekal..maklum aje le..kerja kat airport tu,,haraga makananya..sama macam kapai terobang tu,..naiknya..
    dah pindah tempat sekarang..mula2 bawak bekal juga..lama2..maleh dah..sebab makan sorang...makan je kenyang2 kat rumah..dah lapo..makan biskut je..
    kadang..bila kerja luar.. kena makan kat kedai juga..

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum,
    Kak Erna sama2, biskut pun ok juga, boleh mengenyangkan, saya suka cicah biskut dengan air kopi panas...

    ReplyDelete
  21. Assalamulaikim Lipis Lady,

    Topik ni memang panas, rasanya dah lemas dengan kesempitan ekonomi, tapi dengan tip-tip ni Insyallah kita dapat jimat banyak

    ReplyDelete
  22. Salam Kak,


    kena mulakan dari sekarang.
    bawa bekal ke pejabat.

    satu hari jimat RM10
    24 hari dah banyak boleh simpan..

    ReplyDelete