Thursday 29 July 2010

Perilaku Rasulullah Yang Wajib Kita Contohi.

Asalamualaikum,

Rasanya ramai dah yang mengamalkan apa yang ingin keh catatkan disini. Alhamdulillah kalau kita semua telah mengamalkannya. Tapi ada masanya kita terlupa juga, maklumlah kita sentiasa suntuk dengan masa dan keadaan sekeliling membuatkan kita kadang2 terlalai. Apa yang keh catitkan disini hanyalah semata-mata untuk berkongsi bersama ilmu yang keh dapat dan untuk saling mengingatkan semula terutamanya untuk diri sendiri yang sentiasa lalai dan leka.

1. Selalu Bangun Sebelum Subuh,
Untuk solat sunat dan solat Fardu secara berjemaah. Berlimpah pahala bagi orang yang bangun sebelum subuh, kesegaran udara baik untuk kesihatan, memperkuatkan fikiran dan menyihatkan perasaan.

2. Menjaga Kebersihan.
Setiap hari Khamis atau Jumaat beliau akan membersihkan jangut dan misainya serta memotong kuku, bersikat dan berminyak wangi.

3. Tidak pernah makan banyak.
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak." Sabda Rasulullah.Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda. 1/3 untuk udara, 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk makanan, dan puasa dibulan Ramaadhan adalah untuk menyeimbangkan kesihatan.

4. Berjalan kaki.
Dengan berjalan kaki peluh akan mengalir, pori2 akan terbuka dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

5. Tidak pemarah.
Nasihat Rasulullah, "Jangan marah" ini diulang sebanyak 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan manusia bukan hanya terletak pada jasad tetapi lebih kepada kebersihan dan kesihatan jiwa.. Terlalu kuat marah boleh mengakibatkan stress yang mana akan menyumbang kepada darah tinggi.

6. Optimis dan tidak putus asa.
Sikap optimis boleh memberi kelapangan jiwa dan membuatkan kita sentiasa bersabar, istiqamah dan bekerja keras serta bertawakal kepada Allah demi untuk mencapai apa yang dihajati.

7. Tidak pernah iri hati.
Iri hati adalah satu penyakit hati yang kalau di ikuti akan merosakkan perhubungan sesama manusia. Untuk menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa serta mental jauhilah sifat iri hati.


Ada lagi, sila sambung.

Sekian Wassalam.



7 comments:

  1. Salam LL,
    Terima kasih atas entri ini. Sebagai peringatan dan panduan. Rasulullah saw hendaklah kita jadikan sebagai idola kita.
    LF baru sahaja lepas makan tengahari bersama dgn keluarga. Rasanya terlebih makan tadi. Malam ni nak "skip dinner"

    ReplyDelete
  2. salam..
    bab bersih tu yang orang kita
    cukup tak ikut..ramai yang pengotor
    kala bersih diri sendiri tapi buang sampah
    merata-rata pun tak guna juga..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih berkongsi info yang menarik ini. Baik juga utk kome hok sokmo lalai ini semoga kita menjadi org yang terbaik di antara yang terbaik. TQ

    ReplyDelete
  4. lipislady..terima kasih..kongsi ..sama2lah kita cuba mengikuti amalan yang baik..

    ReplyDelete
  5. salam,
    moga sihat sokmo.
    keh tabik n3 ni. byk lagi kena baiki ni....

    ReplyDelete
  6. salam,
    ziarah sini baca entri ni.
    terima kasih kongsi maklumat.

    ReplyDelete