Monday 30 August 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Assalamualaikum,

Beberapa jam saja lagi akan bergemalah diseluruh Malaysia, negara kita yang amat dicintai ini, dengan Laungan Keramat MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! untuk kali yang ke53. Inilah pengorbanan dan anugerah yang paling berharga dari para pemimpin kita sejak lebih setengah abad yang lalu, memerdekakan negara kita dari penjajah. Pengorbanan Mereka ini sangat besar dan tidak ternilai harganya.

Sebagai rakyat biasa kita juga ada peranaan untuk mengisi kemerdekaan ini, walaupun peranan kita munkin kecil, tapi kalau kita tidak bertindak membendungnya ianya boleh merosakkan negara kita yang dicintai ini. Contohnya, perasaan hasad dengki, iri hati, fitnah memfitnah, rasuah, dan sebagainya, walaupun nampaknya perkara kecil tapi bila ianya berleluasa ia akan mengakibatkan negara mengalami korupsi.

Begitu juga dengan keruntuhan moral, yang sekarang ini bukan saja terjadi dikalangan anak2 muda malah orang dewasa, warga emas dan sesiapa saja tidak terkecuali. Penyalahgunaan dadah, keganasan baik didalam rumahtangga maupun diluar, pergolakan politik yang melampau,semuanya ini menyumbang kepada bertambahnya beban kepada kerajaan dan pemimpin kita.

Memang sedih bila memikirkan perkara ini sedang berleluasa terjadi dinegara kita yang bebas dan merdeka ini dan tanpa kita sedari kita sedang mengheret negara kita ini kearah kehancuran.

Oleh itu sebagai warga negara yang sedang menikmati keindahan dan kenikmatannya berada di sebuah negara yang merdeka, marilah kita sama2 memerangi segala anasir yang boleh merosakkan negara kita yang dicintai ini.

Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke 53, Semuga Negara Kita Yang Dicintai Ini Akan Terus Kekal Aman dan Merdeka Sehingga Bila-Bila.

Sekian Selamat Menjalani Ibadah Puasa.



17 comments:

  1. salam Merdeka
    juga buat aok ter
    sesamalah kita menghayati
    makna kemerdekaan sebenar

    ReplyDelete
  2. Merdeka..! kekal kan kemerdekaan ini..

    ReplyDelete
  3. salam ziarah cikkok di bln penuh keberkatan.moga thn ini lbh baik dr thn sebelumnya.
    setiap manusia dilahirkan merdeka sejak fitrah kejadian,ttp bukan bebas sebebasnya,ttp bebas yg mempunyai batas/hak.datangnya islam membebaskan manusia drp penghambaan sesama manusia.dgn pelbagai ideologi dicipta utk menyesat dan mengikat manusia.manusia itu bebas bila mereka menjadi 'hamba' Allah.bknkah kita sering berdoa agar 'title' 'hamba' diterima oleh ALLAH.ttp jika sesama manusia,kita cuba membebaskan dr penghambaan.ttp jiwa hamba sesama manusia masih wujud hingga kini,masakan negara yg merdeka masih terikat dgn isme2(fahaman) tinggalan penjajah dan merasakan tinggalan penjajah itu masih terbaik utk negara.sifat inferior complex masih menebal walaupun penjajah telah pergi.ini yg disukai penjajah,meneruskan legasi peninggalan penjajah @ gelaran yg diberi kpd mereka ini adalah "budak-budak british/inggeris/barat"
    -salam kemerdekaan yg hakiki
    -kita masih dlm proses memerdekakan minda
    -keluar dr penghambaan sesama manusia kpd penghambaan kpd Al-Khaliq

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan. Semoga tahun2 mendatang menjanjikan negara ini semakin gemilang.

    ReplyDelete
  5. benarkah kita dah merdeka? sedihnya merdeka cara kita nnih

    ReplyDelete
  6. salam,

    semoga kemerdekaan ini berlarutan sampai anak cucu kita..

    ReplyDelete
  7. merdeka...andainya kita terus bahagia dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  8. selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 53.. :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, en Zul,

    Salam Merdeka juga, semuga semangat kita masih kental untuk memertabatkan negara kita ini.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, En Relevan,

    InsyaAllah, generasi kita pasti akan mengekalkannya..sama2 kita didik mereka dari sekarang..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, pacifist

    Terima kasih diatas komen yang panjang lebar, saya menghargainya, marilah kita sama2 keluar dr penghambaan sesama manusia kpd penghambaan kpd Al-Khaliq

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, LF,

    Mudah-mudahan, segala2nya terletak ditangan kita dan generasi akan datang..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, cemomoi,

    pendapat saya, kita semakin terjajah..amacam?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, Penjejak Maya,

    Sama2 kita berpesan kepada anak cucu kita supaya menjaga negara kita ini dari segala anasir yang boleh merosakkan sama ada dari luar atau dari dalam..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, CikGu Jang,

    Dan merdeka apabila kita berjaya menjinakkan Rohani dan Jasmani kita.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, Maiyah,

    Terima kasih masih ingat akak, Selamat Merdeka, Selamay berpuasa, Selamat Hari Raya. nanti akak ambil..yee..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum, Anis,

    Terima kasih singgah, selamat hari merdeka, selamat berpuasa,

    ReplyDelete