Wednesday 25 August 2010

Pesta Ramadhan dan Pesta Syawal.


Assalamualaikum,

Terlebih dulu keh nok mengucapkan selamat berpesta Bulan Ramadhan kepada rodong2 yang dah lama keh tak temui melalui alam maya ini. Nampak gayanya pesta Ramadhan dah sampai ke pertengahan, dan hari ini adalah hari yang ke 15 kita berada di bulan mulia penuh barakah ini. Harap-harapnya semakin hampir ke penghujung pesta ini akan menjadi semakin meriah, dan janganlah kemeriahan ini di ditenggelami oleh kemeriahan pesta menyambut hari raya atau pesta membeli belah sempena hari raya yang juga semakin hampir tiba.

Setelah beberapa hari menghilangkan diri baru hari ini pulak keh dapat mengupdate blog keh yang dah semakin kurang pengunjungnya ini. Tapi Alhamdulillahlah taklah sampai tak ada orang langsung mengunjunginya. Hari ini hari yang ke 15 kita menunaikan ibadah puasa. Terasa sangat betapa cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. 15 hari saja lagi kita akan berpesta bulan Syawal pula.

Namun dalam kemeriahan dan kegairahan menyambut bulan Syawal, atau pun Hari Raya Aidil Fitri ini janganlah pula kita terlupa bagaimana keadaan ekonomi kita sekarang. Maksudnya berjimat cermatlah dalam berbelanja untuk persiapan Hari Raya nanti.

Hari raya bukan bermakna hari kita berpesta besar-besaran, cukup sekadar kita meraikan kemenangan kita mengawal nafsu, kejayaan kita menjalani ibadah, dan kesanggupan kita meninggalkan segala aktiviti yang sering kita lakukan sepanjang tahun, sebelum Ramadhan.

Tidak salah rasanya kalau kita mengubah sikit cara kita menyambut raya tahun ini, dengan berjimat cermat sesuai dengan kenaikan harga kebanyakan barangan pengguna, termasuk harga minyak. Kalau dulu misalnya kita menyediakan 2 hingga 3 pasang baju raya, apa salahnya tahun ini kita kurangkan menjadi satu sahaja, sebaliknya pilihlah baju2 yang baru beberapa bulan dibeli dan ubahsuai sikit dengan menjahit manik2 disana sini supaya nampak menarik untuk dijadikan persalinan hari raya. Begitu juga dengan persalinan untuk anak2, tak perlulah sampai 4/5 pasang seorang.

Bab menyediakan juadah hari raya juga kadang2 tanpa disedari kita telah melakukan pembaziran. Ini terbukti apabila kita dengan ghairahnya menyediakan 2/3 jenis juadah untuk pagi raya sahaja. Apa kata tahun ini kita sediakan satu juadah sahaja dalam kuantiti yang banyak untuk dijamu kepada keluarga dan tetamu yang datang, kerana biasanya tetamu yang datang itu akan pergi atau telah pergi ke beberapa buah rumah, dan mereka telah menjamah bermacam2 juadah. Jadi tidak perlulah kita menghidangkan beberapa jenis juadah kepada mereka. begitu juga dengan kuih2 yang lain, sediakanlah beberapa jenis sahaja dalam kuantiti yang banyak kerana membeli dalam kuantiti yang banyak boleh menjimatkan kos.

Lagi satu yang selalu menjadi isu apabila menjelang Syawal ialah masaalah nak balik kampung mana. Ini sebenarnya perkara kecik aja, kalau suami isteri saling bertolak ansur. Raya kan 2 kali setahun, kalau tempat jauh,Raya Puasa balik kampung suami, Raya Haji balik kampung isteri, atau sebaliknya, selesai masaalah, dan tahun hadapan tukarkan pula. Kalau dekat Alhamdulillah, boleh balik 2/2 kampung. Tapi kadang2 ini pun menjadi isu besar sampai bergaduh suami isteri.
Walau bagaimana tolak ansur dan saling memahamilah yang terbaik untuk mengendalikan keadaan begini.

Sekian, Selamat Meneruskan Berpesta.

19 comments:

  1. sambut Syawal nanti tanda gembira kita selesai ujian Ramadan. Selamat menggandakan ibadah hingga ke hujung Ramadan

    ReplyDelete
  2. hooo dengo nasihat orang lamaaaa ter

    ReplyDelete
  3. Elok juge satu juadoh je.Kite pakat2 jamu nasi pulok.Haha...

    ReplyDelete
  4. kita tak penah gaduh2 balik raya..sebab blik umah kita jer..lalalala..

    selamat berbuka puasa tuan belog :)

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa dan berhari raya maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  6. yang pasti kome nak membeli molo buat bekas kuih ni..

    ReplyDelete
  7. salam.

    ini nasihat yang baik. tapi tak tahulah orang nak dengar ke tidak selepas kerajaan umum semua pegawai kerajaan dan pesara akan dapat RM500 tak lama lagi.

    selamat meneruskan puasa.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaaikum,

    endiem, Selamat Hari Raya, tapi lambat lagi weh...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    En Hisyam, sama-samalah kita menggandakan ibadah kita, semuga di terimaNYA.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    Nojah, balik raya esok boleh tepukk..hehehe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    cemomoi, alhamdulilah, kepada yang sudi boleh ikut..berjimat itu dituntut oleh Islam

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,

    Jejaka Desa, Nasi Minyok, keh tiap2 raya buat nasik minyok aja..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    makdara TERDIVA, Alhamdulillah, baguslah cam tu, mak ayah hb dah tak ada kee?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,

    En, Yassin, Selamat berpuasa, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin juga

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,

    En, Relevan, molo tu menda,
    hehehe...bekas kuih dari kaca yee?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,

    Tuan Haji Hamzah, yeelah, dapat tau aja ada duit raya RM 500, semua teruja nak berbelanja..setahun sekali..tapi kena ingat jugalah, beberapa bulan aja lagi kita dibebankan dengan persiapan sekolah anak2 pula...

    ReplyDelete
  17. Salam bertandang lagi..
    semoga sihat orang disini.
    boleh duit RM500 ni lepas
    la beli keh raya dan buat
    duit pecah bebudak ter?

    ReplyDelete