Assalamualaikum,
Penafian : Ini bukan cerita merapu, tapi ini adalah kisah benar. Sila baca sampai habis.
Selamat berhari minggu buat semua rodong2 dan pengunjung lipislady. Sihat ari ni?, harap2 semuanya sihat2 dan ceria belaka. Saya? saya hari ni demam2 air. Nak tau kenapa. Oh...sebab sekarang ni musim orang demam maka saya pun tak ketinggalan di jangkiti demam. Korang nak tau eh, sejak bila pulak saya pandai menggunakan perkataan korang ni. Haa.. kalau nak tau jawapannya tulah tandanya saya sedang demam.
Demam ni sebenarnya banyak perkara demam, ada yang demam cengkering macam cucu saya dulu, nasib baik tak teruk, kalau yang teruk ambil masa 40 hari juga nak baik, lebih2 lagi kalau terkena hujan, parutnya boleh berbuah, bukan saya kata tau,orang tua dulu2 kata, tapi tak ada lagi bukti yang saya tengok.Ada juga orang demam bola, eh demam bola dah berakhir ke, saya ketinggalan keretapi ni, sebab tak ada lagi saya dengar orang bersorak dan tepuk2 meja kat kedai makan 24 depan bilik tidur saya ni.
Tapi hari ni saya bukan nak cerita pasal demam cengkering atau pun demam bola. hari ni saya nak cerita pasal demam muka buku. korang pernah terkena demam muka buku tak?. kalau tak pernah terkena baguslah. Huhh. siksa weh kalau dah terkena demam muka buku ni. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang jadinya. Tak percaya, ni saya nak ceritakan macam mana orang yang terkena demam muka buku.
Hari tu dah pukul 5.00 petang, saya dah bersiap2 nak balik, datang dua orang mamat kat kelas saya. Sorang umur dalam 50an. Sorang lagi dalam 30an. Dia tanya saya, 'ini kelas kompiter ke'. 'Yelah' kata saya. Lepas tu saya tanya dia, 'awak nak belajar kompiter ke.' Korang nak tau apa dia jawab. " kome nok belajo main pesbok." ah sudah, demam deme ni. Bukan mudah nak setup akaun muka buku kalau deme tak ada email lagi. Nak buat email pun kadang2 susah juga. kalau nasib baik oklah senang je. Saya suruh dia orang datang esok ajalah. Tapi dia orang minta tolong sangat2 untuk buatkan email dan sign up pesbok dia orang hari tu juga.Demam, memang demam dia orang ni.
Kesian kat 2 orang mamat tu saya setuju aja buatkan akaun muka buku dia orang. Walaupun dia orang ni tak tau langsung tentang komputer, internet dan muka buku. Demam saya mengajar dia orang ni. Hampir 3 jam baru siap buatkan akaun diaorang. Alhamdulillah beres. Harap2 dia orang akan menggunakan nya dengan sebaik munkin, tidak menggunakannya untuk tujuan dan kegiatan tidak sihat.
Tapi nak tau apa jadi bila saya balik rumah. Demam dua orang mamat tu dah berjangkit kepada saya. Apa tidaknya. pukul 10 malam mamat yang umur 50 tu kol saya tanya macam mana nak masuk pesbok dia. Laa, tadi kan saya dah ajar. Tak ingatlah pulak. Demam tak kebah saya mengajarnya. Macam manalah nak mengajarnya melalui telefon, sedangkan apa yang saya arahkan dia langsung tak tahu dan tak faham. Macam mana ni weh, "aok datang esok ajalah. saya nak tido dah nih." itu aja yang mampu saya katakan untuk memutuskan perbualan kami.
Dan kalau korang nak tau, inilah part yang paling lucu saya rasakan tentang demam muka buku ni. Tapi kalau korang rasa tak lucu langsung selepas membaca apa yang saya ceritakan ini, saya tak salahkan korang, sebab cerita ni memang tak lucu pun. dan jangan plak korang salahkan saya sebab cerita perkara yang tak lucu. Ok ni saya nak ceritakan. Selepas saya letak telefon dan bersiap2 nak tidur, dalam pukul sebelas lebih sikit macam tu, saya pun dah lupa masa sebenar, mamat yang muda sikit tu kol saya.
Ni dialog yang terjadi antara saya dengan dia malam tu:
mamat : Akak macam mana nak masuk pesbok saya ni?
(tak sempat-sempat bagi salam terus je tanya soklan ni.)
saya : Masuk ajalah.
mamat : tak boleh
saya : aok dah log in ke?
mamat : log in tu apa
saya : log in tu nak masuk pesbok lah.
mamat : masuk kat mana.
saya : masuk kat website pesbok aoklah.
mamat : website apa?
( Demam, demam saya dibuatnya.)
saya : Aok sekarang ni ada kat mana. Depan kompiter ke?
mamat. : saya dalam bilik.
saya : yerlah, depan aok tu ada kompiter ke tak.
mamat. : Tak ada.
saya : abis tu apa yang adanya. macam mana aok nak masuk pesbok kalau aok tak ada kompiter.
mamat. : saya ada talipon.
Saya : Talipon apa?
mamat : Talipon yang akak tengok petang tadilah.
saya : Ipon tadi ke?
mamat. : Ha,ah.
( Demam saya makin bertambah parah, sebab saya sendiri pun tak tau guna dan tak pernah guna ipad.)
Terima kasih kerana membaca sampai habis.
Semuga jumpa lagi
Wassalam.
Oklah tu, segan bertanya sesat jalan pulok nanti...
ReplyDeleteSallam kak aida,
ReplyDeleteA,ah..sekarang zaman It kan,
semua kena pandai. Kalau tak kita ketinggalan.
macam2 ye...jaman sekarang nih...
ReplyDelete