Assalamualaikum,
Selamat malam minggu buat rodong2. Dah tido ke?. Awal lagi, saya baru aja habis buat kuih, Apam Tapai. Belajar dengan akak saya. Memang lama dah saya nak cuba buat kuih ni, belajar dengan akak, tapi banyak sangat halangan dan rintangannya. malam ni tercapailah hasrat saya.
Malam tadi tanya akak apa bahan2 nak buat apam tapai. Sebab bila makan akak punya, sedapnya lembut sangat. Selalu tu saya buat pakai tapai aja. Tapi agak keras sikit . Kukus dalam loyang lepas tu potong. Akak kata inilah bahannya : 2 cawan tapai yang dah masak, 1 kampit tepung beras, 1 cawan gula, 5 cawan air, 1 peket Eno warna biru. Itu aja. tapai tu kalau boleh buat dengan beras biasa, tidak berbiji.
Masukkan semua bahan dalam blender kecuali Eno, dan blend, masukkan dalam bekas dan biarkan selama 5 hingga 7 jam. Masa nak mengukus baru masukkan Eno dan kacau. Panaskan acuan dalam kukus bila dah panas kukus 20 minit. Mudah aja rupanya.
Tengoklah hasilnya, menjadi, lembut dan rasanya pun tidak terlalu manis. Sesuai untuk minum petang. Tapi saya makan malam ni. Dah siap masak tadi pun saya dah habiskan sebanyak 5 biji. Puas hati dapat buat sendiri Nak tau apa jadi masa lepas blend bahan2 tu pagi tadi. Amboi cairnya. saya rasa nak buang aja dalam sinki, ingatkan tak jadi. Tapi hati nak juga tengok hasilnya bila dah masak.
Hasilnya alhamdulillah jadi dengan baiknya. Cuma melekat sikit pada acuan sebab dikeluarkan masa masih panas. Maklumlah tak sabar2 nak letakkan dalam piring. Tengok tu banyaknya, itu pun saya buat separuh adunan saja, dapatlah dalam 25 biji. Sapa nak habiskan ni?? Oklah, rodong2 yang sudi baca sampai habis, Selamat malam yee, jumpa lagi di entry akan datang.
Wassalam.
Salam, best apam tapai nie kome suka.. apapun resepi apam neh mmg kena letok eno yak :)
ReplyDeleteW,salam En Yassin,
ReplyDeleteNok bagi dia lembut kena letok eno, tradisional punya tak letok pun..
Ada dengar orang letak eno dalam adunan ampan.
ReplyDeleteLipisLady, akak nak tanya tapai tu tapai pulut ker, dan apa maksud yang dah dimasak. Maaflah seumur hidup tak pernah buat apam.
Teringin nak cuba.
bab tapai tu tak faham sikit..tapai beras pulut atau yg mcm mana?
ReplyDeletekak sedap kak...saya banyak kali cuba buat sekali je jadi,,,tak tau apa silapnya..tapi saya takkan putus asa..akan cuba dan cuba lagi
ReplyDeleteSallam kunang-kunang,
ReplyDeleteTapai tu kalau boleh biarlah tapai dari nasi biasa bukan nasi pulut. Yang saya maksudkan yang dah masak tu, tapai tu mestilah yag dah betul2 jadi manis dan berair tapi kalau masam pun tak apa, boleh juga buat apam, sebab kita tambah gula.
Sallam Cikgu Hani,
ReplyDeleteKalau boleh biarlah tapai beras biasa cikgu Hani.,
Sallam Ida,
ReplyDeleteJangan putus asa, cuba lagi. Adalah tu silap dimana, atau Ida buat dengan tapai pulut, memang meragam sikit. Tapai tu kita mesti buat sendiri. Klau dah blend bahan2 mesti biarkan selama 5 hingga 7 jam baru kukur. Masukkan Eno semasa hendak mengukus. Cuba lagi Ida.
Bila nak buat lagi? Saya nak terbangkan diri saya ke sana!
ReplyDeletehahahaha
Sallam Azie,
ReplyDeleteYee ke, nanti kalau nak buat saya bagi tau.
off white outlet
ReplyDeletejordan 1
jordan travis scott