Sunday, 4 December 2011

Pertama Kali Buka Laptop.

Assalamualaikum,

Kepada rodong2 dan kawan2 selamat berehat dipetang Minggu. Ari ni saya nak cerita sikit pasal aktiviti saya semalam. Terujanya, semalam saya dapat assigment untuk buka komputer atau laptop. Saya dengan dua orang kawan lagi pilih untuk buka laptop. Buka komputer dah biasa. Ini merupakan kali pertama saya buka laptop. Teruja sungguh nak tengok macam mana laptop yang nipis tu memuatkan semua perkakasaan yang diperlukan untuk dia berfungsi. 

Huhh betul2 teruja. Benda yang tak pernah saya mimpikan akan terjadi. Maklumlah dah berumur bagini mana ada sekolah atau akademi yang nak terima saya sebagai pelajar lebih2 pulak dalam bidang teknikal. Nak tengok skru yang kecil2 pun dah tak nampak. Saya adalah satu2nya orang tua yang dah lebih umur diterima untuk menyertai latihan dengan Empower, even untuk kelas masakan dan jahitan pun limit umurnya hanya 50 tahun kebawah. Dan kesemua pemohon yang berumur 51 keatas permohonannya ditolak. Semuanya disebabkan saya yang beria-ia mintak nak nak belajar dan melihatkan komitment saya maka saya diterima.. Alhamdulillah dan terima kasih Empower Lipis kerana mereallisasikan impian saya yang dah berumur lebih setengah abad ini.


Tengok ni sempat lagi saya bergambar dengan dua orang cikgu yang bertanggungjawab mengajar kami. Yang lelaki tu En Tava dan yang perempuan tu Cik Awee, pensyarah dari Riverbank Akademi, Pusat Latihan yang bertanggung jawab mengendalikan kursus Membaik Pulih Komputer yang dianjurkan oleh Empower Lipis.


Ini motherboard, sama macam motherboard yang didalam desktop cuma leper sikit. Semua peralatannya kecil2 belaka, dan padat. Tak ada banyak wire2 yang berselirat. bukan tak banyak sebenarnya, tapi hampir tak ada langsung. 


Tengok nih, kalau jumpa laptop yang macam nih jangan buang, boleh dibaiki lagi. Sebenarnya membaiki laptop lebih mudah dari membaiki desktop. Itu yang saya rasakan, sebab komponen dia kecil2 dan ringan. 



Alamak!!, terbaliklah pulak pasang keyboard ni. Hehe..seronok sangat dan konon dah pandai sangat, sampai kami tak sedar terpasang keyboard ni terbalik. Puas nak sambung wire kat dalam tu. Beginilah orang tengah belajar, sentiasa aja membuat kesilapan. Tapi belajar dari kesilapan adalah pelajaran yang paling baik.


Hard Disk yang hanya sebesar telefon blackberry dan nipis sahaja. 


Ha..koo...habis hancur laptop ni kami kerjakan. Kami keluarkan semua isinya, satu pun tak tinggal. Selepas itu kami cuci, dan tukarkan mana2 komponen yang mengakibatkan kerosakan pada laptop tersebut. Lepas tu mestilah pasang semula, dan mesti boleh berfungsi, kalau tak, tiada markah untuk assigment ini. Teruja kan. Daripada laptop yang rosak boleh berfungsi semula dengan hasil tangan kami bertiga. Alhamdulillah.


Yang lain2 pun semuanya sibuk, teruja dan takut. Macam-macam perasaan ada maklumlah bukan senang nak  kenal pasti komponen yang rosak dan tak berfungsi ni, kena dua tiga kali buka dan pasang baru betul. Perhatikan juga kesemua peserta adalah lelaki, cuma ada 3 orang perempuan sahaja seorang kakak, seorang makcik dan seorang nenek dan nenek itu adalah saya. Sebenarnya peringkat permulaan ada 29 orang peserta namun sehingga kini cuma tinggal 12 orang pelajar saja yang masih bertahan termasuklah nenek ini.


Gembira dan seronok kerana kumpulan kami adalah kumpulan favourate En. Tava dan Cik Awee. Kumpulan kami satu-satunya kumpulan yang pilih laptop untuk assigment semalam. Alhamdulillah kami dapat menyudahkan assigment ini dengan jayanya setengah jam sebelum masa tamat. Syukur.

Semuga jumpa lagi
Wassalam.

15 comments:

  1. lepas ni kalau lappy ko rosak tak payah susah payah hantar kedai, dah pandai repair sendiri.
    good luck: )

    ReplyDelete
  2. Assalam LL..teruja acik tau..tapi acik tak sanggup dah..mata tak boleh tahan..kalau dipaksa jugak..akan sakit kepala jadinya.

    ReplyDelete
  3. nanti kalau laptop rosak leh hantar sni lah :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Cik Ina,

    Insya Allah, saya akan cuba repairnya sendiri...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Acik,

    Hendak seribu daya Acik.
    Ni impian saya, tapi kita kenal
    komputer lambat, lambatlah boleh belajar.

    ReplyDelete
  6. Assalamualikum AUC,

    Hehe, insya Allah,
    takut kos hantar lebih
    mahal dari kos repair...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak...
    Bertuahnya akak dapat bljar bnda2 mcm ni...kalau l/top rosak boleh repair sndiri...Tapi kalau saya, mmng tak snggup nak belajar...rasa mcm susah sngt...

    ReplyDelete
  8. Deme jadi pakar bedoh labtop pulak yak :)

    ReplyDelete
  9. waahhh....boleh baiki laptop rupanya...ajar saya nanti ek...heeee...

    ReplyDelete
  10. wah semangatnya kak .... cayalah kak...

    ReplyDelete
  11. Walaikumsalla MP,

    Tu lah, akak pun tak sangka akak masih diberi peluang untuk belajar ini semua. Syukurlah.

    ReplyDelete
  12. Sallam En Yassin,

    Yerlah en Yassin,
    hehe..pakar bedah laptop,
    bimbang bedah2 tak pandai nak jahit semula,
    baru haru biru.

    ReplyDelete
  13. Sallam Puteri Rimba,

    Setakat ni masih terangkak-rangkak lagi,
    Insya Allah kalau dah pandai nanti.

    ReplyDelete
  14. Sallam Munna,

    Dah itu minat akak,
    mesti semangat,
    teruja lagi nak tahu.

    ReplyDelete
  15. nak tnya empower lipis ada buat kursus repair komputer ke ?

    ReplyDelete