Thursday, 15 December 2011

Kuat Makan Atau Banyak Makan.

Assalamualaikum,

Selamat malam kawan2 dan rodong2. Dah tidur ke weh. Awal lagi ni. Marilah kita jalan2 kat blog kawan2 dulu sebelum tidur. Saya malam ni ada kesempatan sikit. nak buat entry baru. Entry makan2 je. Menu saya sepanjang hari ni. Melihat pada menu ni ada orang yang kata saya ni dah kuat makan. Ishh..kata saya bukan kuat makan. Tapi banyak makan jee.



Tengok ni, bubur oat masin ni menu saya sebentar tadi, kul 9.30 baru makan malam wei, Tapi jangan terperanjat kalau saya bagi tau sebelum makan bubur oat tadi saya dah makan 2 mangkuk bubur kacang campur durian macam kat bawah tu hah. Kawan2 rasa saya kuat makan ke atau banyak makan?


Nasi goreng yang kat bawah ni plak menu makan tengahari saya tadi. Tapi sebelum makan tengahari pun saya dah makan satu mangkuk bubur kacang durian dengan Pn Asmah tadi. Bawak bekal dari rumah, terlanjur Pn Asmah ada bagilah dia rasa semangkuk. Nak ajak makan nasi goreng, sikit sangat takut tak cukup untuk diri sendiri. tapi jangan terperanjat lagi yee, sebab tak sampai setengah jam sebelum Pn Asmah sampai saya dah makan pulut panggang dan karipap sardin dengan Phillis. 



Sarapan pagi tadi saya makan nasik goreng macam kat atas juga, satu piring dengan air milo satu cawan. Sejak akhir2 ni saya kena makan makanan berat setiap pagi sebab saya cepat lapar. Kalau dapat nasi goreng semangkuk dengan secawan air milo memanglah menyengangkan.


Tapi kawan2 nak tau tak, semasa duduk2 aja atau buat kerja, mulut saya ni memang tak boleh nak diam. Mesti nak kena mengunyah juga. Oleh itu siap2 saya beli kacang salut tepung dekat Mi burger. Makanlah saya tak berhenti2 sehingga saya tidur sekejap lagi. Ni saya nak tanya lagi dengan kawan2, saya ni kuat makan ke atau banyak makan??? 


Oppsss, terlupa plak, betik kat bawah ni saya makan juga sambil2 makan kacang salut tepung. Tapi anehnya saya tak rasa pun kekenyangan yang amat sangat dengan kuantiti makanan saya yang sebanyak ini. haru betul, apa yang jelasnya tadi jumpa kawan masa nak beli pulut panggang, dia kata akak dah nampak gemuk sikit. Gemukkk!!! Taknakk....saya tak nak gemuk, saya nak makan aja.

Terima kasih kepada kawan2 yang sudi baca sampai ke sini yee. Lain kali kita jumpa lagi yee.. Selamat Malam. Wassalam.


Jangan lupa jenguk    Kakmah online pula.

9 comments:

  1. kalau gitu caranya .. awak ni 'banyak kuat makan' hehe

    ReplyDelete
  2. Sallam Tuan Haji,

    Saya setuju dengan tuduhan tu Tuan haji.

    ReplyDelete
  3. SALAM,
    BUBUR OAT TAK MINAT TAPI BUBUR KACANG DURIAN BAGI SINI ...

    p.s. Jemputlah ke BBB Ahad ini !

    ReplyDelete
  4. W,sallam,

    Alahai kesiannya ke Dato' bubur saya dah makan habis, nanti yee saya buat lagi Insya Allah.

    Ahad ni memang plan nak join BBB tu, tapi anak yang nak bawa saya tu ada program jabatan dia plak. nampak gaya terpaksalah saya tarik diri.
    InsyaAllah lain kali yee Dato' dan kawan2 lain.

    ReplyDelete
  5. assalam LL..tak pe tu dua2 pun boleh.he he

    ReplyDelete
  6. Biar kerap makan jangan byk makan tak gitu? :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak...
    Tak kisahlah kan..bnyak makan ke, kuat makan ke..jnji kenyang perut suka hati..hihihi

    ReplyDelete
  8. salam akak..xpela..ada selera...kita makan..hehehe

    ReplyDelete