Monday, 19 March 2012

Mesyuarat Agung Wanita PERKIM Pahang.

Assalamualaikum,

Sallam Hari Isnin, 
Lama saya saya bercuti yek.
Rindu kat kawan2, rindu nak update blog
Alhamdulillah hari ni terlaksana juga. 

 Imam Besar 1 Masjid Besar Mentakab  memulakan
acara dengan pembacaan doa.

Hari ni nak kongsi aktiviti saya lagi.
Semalam saya berada di Mentakab, menghadiri
Mesyuarat Agung Wanita PERKIM Peringkat Negeri Pahang.
Ini pertama kali saya menghadiri mesyuarat peringkat negeri
Pahang. Masuk jadi ahli bulan lepas terus diamanahkan
untuk memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat
Peringkat Cawangan Lipis. Bertambah lagi amanah 
yang perlu dipikul. 

 Adik Azman Qari jemputan, memperdengarkan bacaan
Muqadam.

Teruja bukan main saya dapat berjumpa dengan orang-orang
lama dalam PERKIM, sejak dari zaman penubuhannya lagi 
iaitu tahun 1982. 

Para perwakilan yang hadir, 
Dua orang dari kanan barisan hadapan adalah pengiring
penyelaras dari PERKIM Kebangsaan dari Kuala Lumpur. 


 Majlis di rasmikan oleh 
YH Dato' Hj. Redwan bin Harun
Pengerusi PERKIM Cawangan Temerloh.


 Orang kuat Wanita PERKIM Negeri Pahang
Puan Hjh. Siti Esah bt Mat Saat
selaku Setiausaha Kehormat 

 Yang ini plak Datin Suliza Sallam,
AJK Wanita PERKIM Kebangsaan merangkap
penyelaras bagi negeri Pahang, sudi meluangkan masa
untuk menghadiri mesyuarat kali ini.


 Tokoh Wanita PERKIM negeri Pahang jatuh kepada
YH Dato' Hjh Shamsiah bt Dato' Hj. Ab. Hamid.
Potret beliau di abadikan sebagai cenderahati.
Beliau tak dapat hadir kerana udzur.
dan
PERKIM cawangan Kuaantan dianugerahkan sebagai 
Cawangan yang paling aktif sepanjang tahun 2011.


 Suasana tenang semasa mesyuarat berlangsung.
Datin Suliza sekali lagi memberikan ucapannya.


 Lepas mesyuarat tak sah kalau tak bergambar ramai2.


 Wanita PERKIM Lipis buka gerai jual bahulu
dengan maruku. Alhamdulillah, habis semuanya.


 Bergambar dengan Datin Suliza adalah satu kemestian,
kesian Datin, penat ditarik orang sana sini,
last sekali dapat juga saya dan pengerusi saya
bergambar dengan dia. Sayang baju kami tak seragam,
sebab kami wakil baru belum dapat baju seragam lagi.

Barisan orang kuat PERKIM Temerloh.
Gaambar kabur sikit yee..

 Kumpulan nasyid dari Wanita PERKIM Temerloh.
Nasyid ni sebenarnya selepas bacaan ayat suci dari adik
Azman, cuma gambar lepas kebawah.

Oklah, sampai sini,
Semuga jumpa lagi,

Wassalam.


3 comments:

  1. bagus join aktivi macamni kan...
    dpt mngisi masa lapang...

    patutla tgk baju lain..ahli baru rupanya=))

    ReplyDelete
  2. Sallam Aini Ainun,

    Betul dapat mengisi masa lapang dan
    dan paling pentngnya menerusi PERKIM ni
    boleh juga menyebarkan dakwah..insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. PERKIM tu stand for??

    seronok aktiviti mcm ni..mcm puspanita plak kan

    ReplyDelete