Tuesday, 6 March 2012

Kuih Cucur

Assalamualaikum,

Apa khabar semua kawan-kawan blogger, semuga semuanya
sihat dan sejahtera selalu. Hari ni saya tak tau nak buat apa,
nak update blog pun tak ada idea. Masa tengah tengok2 gambar
dalam file, sambil delete2 gambar yang tak berkenaan, terjumpa
gambar kuih ni. Kuih ni namanya Kuih Cucur, tu gelaran yang
orang sebelah Lipis bagi. Orang belah lain saya tak taulah,
mereka panggil apa.


Kuih ni kalau saya buat, saya campurkan tepung gandum dengan 
tepung beras. Orang lain buat saya tak taulah. bahan2 lainnya gula
merah dan gula putih. Dan air semestinya serta minyak untuk
 menggoreng. Resipi tak ada sebab rasanya memang susah sikit 
nak buat kuih ni. saya buat pun kadang2 jadi kadang2 tak.

Kalau zaman saya kecik2 dulu, bila tiba hari raya, kuih ni
memang kuih wajib. Mak sedara saya selalu buat banyak2
bila tiba musim raya dan simpan dalam tin. Kuih ni boleh
tahan sampai sebulan. sekarang ni orang tak gemar dah makan
kuih manis2 begini. Tapi tengok kat pasar hari tu dah ada
yang buat kuih cucur ni sebagai kuih sejuk beku.
Kalau terliur nak makan tu, boleh cari yang sejuk beku,
tak payah susah2 nak fikir pasal resipinya, dan macam mana
nak bancuhnya.

Oklah, ini aja cerita saya hari ini,
semuga jumpa lagi

Wassalam.

8 comments:

  1. dulu mak uda munna pandai buat kuih ni... skrg ni dia dah takde tak pernah dah makan kuih ni... klu makan suka makan yg bahagian tepi2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam munna,

      Akak pun suka makan bahagian tepi,
      kalau panas2 lagi sedap..rangup.

      Delete
  2. kakcik dulu rajin juga buat kuih tu. Tapi biasalah, bila dah selalu makan - jemu, lepas tu terus lupa nak buat lagi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam kakcik,

      Betul tu kakcik,kuih ni kalau makan banyak dan selalu sangat mudah muak.

      Delete
  3. kat kedah,namanya kuih cucur manis...kalau yg betul2 menjadi,kat bahagian tgh tu mcm 'plastik' sikit,kan..mcm kek gula hangus tu...

    ReplyDelete
  4. assalam LL..acik pun suka kuih ni..kat pasar tani ada yang jual panas2 sedap..

    ReplyDelete
  5. Dah lama saya tak makan Kuih cucur nih. Sikit2 ada rasa macam Kuih Peneram.

    Saya kurang gemar, sebab kekadang dia makan minyak.

    Kuih tradisional ni, rugi jika pupus gitu saja.

    ReplyDelete