Assalamualaikum,
Selamat pagi khamis, Dah pagi rupanya ye...
tapi tak apalah, mata pun belum mengantuk lagi.
Agaknya pasal tadi saya minum Kopi Mahkota Dewa, yang saya
beli sebanyak 3 paket dari kawan siang tadi.
Tak mampu nak beli sekotak saya beli aja 3 paket.
Saja nak rasa, kawan tu kata banyak khasiatnya. Tapi kalau
makan setakat 3 paket tentu tak rasa apa pun kan.
Kita tinggalkan sajalah kisah Kopi tu sebab malam ni sebenarnya
saya nak berkongsi resipi Nasi dagang dengan Gulai Kari Ayam,
menu makan tengahari saya semalam.
Tengok2lah gambar dulu yee..
Ini gambar ori yang saya tangkap guna Hp Sonny saya.
pagi semalam.
Kat bawah ni adalah bahan-bahan untuk nasi dagang.
kat bawah ni pula diantara bahan untuk gulai kari ayam.
yang lain2 tak tangkap gambar.
Ok resipi plak.
Bahan2 Untuk Nasi Dagang.
* 300 gm beras nasi dagang
* 200 gm beras pulut
( untuk beras ni saya suka campur. boleh juga guna beras
nasi dagang sahaja atau pulut sahaja, sukatan sama 500 gm)
* 4 ulas bawang merah
* 1 inci halia
* 1 batang serai
* 1 sudu teh halba
* 1 cawan santan cair
* 1 sudu teh santan pekat.
* Garam dan gula 1/2 sudu teh.
Cara Memasak Nasi
1. Rendam beras nasi dagang dan beras pulut selama 12 jam
2. Mayang bawang merah, halia dan serai nipis2
3. Masak santan pekat dengan 1/2 sudu teh garam hingga mendidih
baru diangkat.
4. Kacau santan cair dengan garam dan gula
5. Satukan kedua-dua beras dan kukus hingga separuh masak,
6. Setelah separuh masak, angkat dan gaulkan dengan santan
cair, bawang, halia, serai dan halba.
7. Setelah digaul, kukus semula hingga betul2 masak.
8. Setelah masak angkat dan gaulkan dengan santan pekat
dan taburkan dengan 1/2 sudu halba lagi.
Dan sedia untukdihidangkan.
Bahan2 Untuk Gulai Kari Ayam
* 1/2 ekor ayam
* 2 mangkuk santan
* 11/2biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 in halia
* 1 hiris lengkuas
* 1 batang serai.
* 3 sudu cili mesen (kalau suka pedas campur sikit cili padi)
* 1 sudu makan rempah kari bancuh dengan sedikit air.
* 1 keping asam gelugur (asam keping)
* Minyak untuk menumis
Cara-Cara Memasaknya
1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan tuskan.
2. Tumbuk bawang, bawang putih, halia dan lengkuas separuh hancur dan ketepikan.
3. Tumbuk pecah-pecahkan serai.
4. Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau
dan separuh garing.
5. Masukkan rempah dan cili mesen, kacau lagi hingga masak.
6. Masukkan serai dan asam keping.
7. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam kelihatan masak diluarnya.
8. Masukkan dua mangkuk santan, dan garam secukup rasa, boleh tambahkan sesuku sudu teh gula.
9. Biarkan mendidih sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan hangus sehingga kuahnya pekat.
10. Bila kuah sudah pekat, rasa garamnya, angkat dan boleh dihidangkan.
Oklah, kepada yang sudi selamat mencuba resipi
saya ni.
Semuga jumpa lagi..
Wassalam
Saya suka makan nasi dagang, tapi tak pernah cuba buat sendiri. :)
ReplyDeleteSallam kakcik,
Deletesaya pun tak pernah buat,
baru belajar ngan kawan tahun lepas,
buat oklah, alhamdulillah menjadi.
kak...best ni makan nasi dagang pagi-pagi,tapi akak buat makan tengah hari..he he he..boleh je kan...
ReplyDeleteSallam Ida,
DeleteMasaknya memang pagi,
tapi tak sempat nak makan,
jamah sikit aja sebab seorang,
Niat nak makan dengan anak2,
kena tunggu semua adalah..
tu yang makan tengahari.
Salam cek Mah..
ReplyDeleteTerima kasih bnyk2..terima kasih, terima kasih.. Saya dah copy Dan insyaAllah Akan cuba
Membuatnya.
sayang awk :)
W,sallam DO,
DeleteSama-sama2, buat jangan tak buat tau,
Saya pun sayang awak...
kopi mahkota dewa...ermmm pak cik saya jual gak...tapi saya lagi suka makan choco colagen...sebulan pakai dah ada perubahan...nasi dagang...ermmm...suka makan tapi tak pandai buat...n tak pernah lagi cuba buat...nanti ada masa nak try la resepi ni....tak pun balik lipis makan yang Puan Lady buat la...heeee
ReplyDeleteSallam Puteri rimba,
DeleteSaya nak cuba je tu bagaimana rasanya,
choco collagen pun saya pernah rasa,
part nasi dagang tu, boleh cuba , mudah aja,
tapi kalau nak makan dengan saya di lepeh
boleh aja, balik lepeh bagi taulah.
Assalamualaikum kak..
ReplyDeleteah yer..sedat te..terliuo keh.
Walaikumsallam Mazru,
DeleteAh yer, mat aok kemana, lama ilang tak nampok muka?
Boleh lah minta wife saya cuba resepi ni...saya suka makan nasi dagang dgn kari ayam..tapi kalau org jual, selalunya jual ikan tongkol, saya tak suka ikan tongkol! haha
ReplyDeleteSallam Dr. Daddy 2Z,
DeleteBolah sangatlah Dr.
Saya pun tak suka ikan tongkol tu,
sebab tu saya buat kari ayam.
sy suka juga nasi dagang..tp pilihan ttp nasi kerabu berbanding nasi dagang :)
ReplyDeleteSallam Rina,
DeleteNasi dagang ni muak sikit,
nasi kerabu tak muak.
wowww nasi dagang... :) nmpak menyelerakan..
ReplyDeleteSallam CikMoon,
DeleteSelamat datang ke blog akak,
terima kasih singgah dan jadi follower yee..
cantiknya masakan awak, saya tak pandai masak nasi dagang klu buat kenduri pun kite order je sebab hubby kata takut nanti saya masak tak jadi hehe...
ReplyDeleteSaya orang J'tut hehe
kyrie irving shoes
ReplyDeletekyrie 9
golden goose outlet
bape hoodie
hermes outlet
giannis antetokounmpo shoes
golden goose
supreme new york
fear of god
goyard bag