Thursday, 5 April 2018

Aktiviti Sepanjang 3 Bulan Berada Di Tahun 2018

Assalamualaikum,
Selamat Malam.
Ohhh..Sebenarnya dah Selamat Pagi,
Ingatkan masih hari Isnin, rupanya dah hari Selasa. sekarang tepat pukul 1.30 pagi Selasa 2-3-18.

Usai buat kerja-kerja persatuan tadi terasa ingin nak update Blog pulak. Tak apalah lewat sikit tidur pagi ni. Lama dah tak tulis apa-apa kat sini. Banyak dah akriviti yang di sertai, boleh kongsi dengan kawan-kawan.

Tahun ini sebenarnya tahun 60 bagi Kak Mah. Tapi alhamdulillah Kak Mah masih lagi di beri tenaga oleh Allah Azza Wajalla untuk meneruskan aktiviti-aktiviti berpersatuan, sambil sedikit-sedikit buat kerja amal. Alhamdulillah semua aktiviti yang di lakukan inilah yang membuatkan Kak Mah kuat dan sihat.

Alhamdulillah bermula dengan Kak Mah dapat cucu yang ke sepuluh pada 10-1-18, bermulalah aktiviti Kak Mah, membantu menantu Kak Mah dalam menjalani kehidupan berpantangnya, walaupun dia cergas dan boleh buat semua kerja seawal sepuluh hari lepas melahirkan, tapi Kak Mah duduk juga dirumahnya sekadar memantau sebagai orang yang lebih dewasa.


Inilah Cucu Kak Mah yang ke 10, dah masuk 3 bulan umurnya

Aktiviti yang seterusnya, mesyuarat Agung Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia peringkat Negeri Pahang, Semua peserta dari seluruh Pahang berkumpul di Pekan bandar di raja untuk menjayakan aktiviti tersebut.

Kami semua sampai di Pekan pada petang Sabtu dan sebelum bermesyuarat pada pagi ahad tersebut, malamnya diadakan pertandingan tarian dan nyanyian dimana persembahan kami dari Lipis dengan tarian dan nyanyian yang bertajuk Lemak Manis telah berjaya meraih tempat kedua dalam persembahan tersebut. Alhamdulillah, walaupun Kak Mah tidak menyertai acara persembahan tersebut tapi Kak Mah tumpang gembira juga kerana Kak Mah merupakan orang yang mencadangkan dan mewujudkan Lagu tersebut.


Mesyuarat sedang Berlangsung, Kiri sekali tu Pengerusi PITKM Lipis


Kak Mah dan Dua Orang Lagi Wakil dari Lipis

Habis di Pekan Kak Mah berehat selama dua minggu, dan pergi lagi, kali ini Mesyuarat Agung Peringkat Negeri Pahang juga, Pertubuhan Perkumpulan Wanita atau singkatan nya WI, dimana penaungnya adalah Yang Amat Mulia Tengku Puan Pahang sendiri. Kali ini kami berkumpul di Cameron Highland pula.


Aduh sejuknya. Macam biasalah malam sebelum mesyuarat ada jamuan Jamuan Makan Malam dan persembahan dari daerah-daerah di negeri Pahang bersama Tengku Puan Pahang dan di tambah meriahkan lagi dengan kehadiran Kumpulan Pandu Puteri dari seluruh Negara, termasuk Sabah dan Sarawak. Alhamdulillah meriahnya.


Sebaik sampai selepas check in, ada larian bersama Yang Amat Mulia 
Tengku Puan Pahang.

Semat Pin Ahli Seumur Hidup

Sesungguhnya Kak Mah sangat gembira dengan apa yang Kak Mah lakukan, walaupun 
tidak menghasilkan apa-apa keuntungan kepada Kak Mah, maklumlah kerja persatuan ni,
namun itulah bakti dan budi Kak Mah pada masyarakat. Alhamdulillah.

Bergambar tanda kenangan.

Ada juga aktiviti menanam bunga bagi yang berhajat.

Inilah gelagat kami masa mula-mula sampai. Sejuk bila angin mula bertiup. Lepas ni semua cari kopi panas.

Kemuncak aktiviti, atau pun penutup aktiviti untuk untuk suku tahun 18 ini, atau bermula Januari sampai March ini adalah pada 30 dan 31 March lalu. Waktu itu Kak Mah berada di Lumut Perak untuk  mewakili Parlimen Lipis, bagi negeri Pahang untuk mesyuarat agung Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia peringkat kebangsaan. Alhamdulillah setelah sekian lama, dapat juga Kak Mah mewakili Pahang untuk mesyuarat agung yang tertinggi ini.

Inilah kenangan yang paling indah sepanjang tiga bulan pertama tahun 18 ini. 

Barisan AJK Kebangsaan

Seragam, kami semua serupa

Presiden Kebangsaan PITKM Malaysia, Yang Hormat Dato' Melati Ali
sedang berucap

Baru siap makan, menunggu kut-kut mendapat nombor bertuah.


MB Perak, YAB Dato' Sri Diraja Dr. Zambri Abdul Kadir
Bersemangat nampak nak membantu Ibu Tunggal.

Biarkan saja gambar berbicara, Kak Mah ada masaalah dengan keyboard dan mouse lah pulak.

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.





1 comment: