Thursday, 19 April 2018

Minum Petang

Assalamualaikum,

Hari ni nak kata sibuk tak adalah sibuk sangat Kak Mah ni,
tapi sampai nak minum pun tak ada masa.

Alahai, tengoklah ni, apa ke bendanya. Tetiba perut rasa laparlah pulak.
Mujur ada sebiji pisang berangan, kawan bagi semalam.

Kak Mah lenyek-lenyek aja hah, pisang sebiji tu,
Kak Mah campak tepung dalam mangkuk pisang lenyek tu,
Campak gula sikit, ibu roti sikit, air sikit. Gaul.
Haaa, jadilah macam ni. Oppsss...yang merah merah
tu lobak merah kak mah sagat sikit, bagi ada rasa sikit.
Dah siap, tunggu jap biar dia kembang sikit.


Pas tu goreng, dahhh, jadilah macam ni.
Hehe, kodok pisang. Untuk minum petang.
Minum pun dah lewat, dekat pukul 6.00 petang 
dah. Alhamdulillah. Hilang rasa lapar.
Rezki Allah.

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.

1 comment: