Tuesday, 10 April 2018

Jus Hijau atau Green Smoothie

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ni kita berkesempatan lagi untuk berjumpa Kali ni Kak Mah nak kongsi sejenis minuman yang tak kurang berkhasiat untuk kita-kita yang banyak penyakit ni. Itulah jus hijau atau Green Smoothie. Bila sebut pasal jus ni pasti kita terbayangkan buah-buahan yang boleh dibuat jus, oren, jambu batu, nenas, epal, pisang. Oppsss..Kak Mah tak minat jus pisang. 

Tapi untuk kali ini Kak Mah tak buat jus guna buah-buahan tu, Kak Mah guna timun muda pulak. Sedap juga apa lagi dengan adanya madu. Manis.

Bahan-bahannya, timun, lobak merah daun sup dan madu. Itu saja


Potong begini dan blend

Inilah hasilnya


Tak penuh pun satu gelas, kalau nak banyak guna sebiji timun muda, blend sekali dengan kulitnya, jangan kupas. Tak perlu tambah air kerana akan mengurangkan khasiatnya. Diantara khasiat timun boleh meredakan kencing manis dan darah tinggi, Melembapkan kulit dan mengubati kanser. Wallahhualam. Tak salah mencuba kan. Selain jus ini berkhasiat, ianya sedap.

Semuga jumpa lagi.

Wassalam.

4 comments: