Showing posts with label MENGAPA KITA BERBLOG. Show all posts
Showing posts with label MENGAPA KITA BERBLOG. Show all posts

Tuesday, 2 February 2016

Sepanjang Berblog Apa Yang Kakmah Dapat

Assalamualaikum, selamat pagi @ selamat malam rakan-rakan blogger, dan pembaca setia kakmah. Malam ni, dah pukul .40 pagi, namun kakmah masih belum tidur lagi. Kalau kebiasaannya di waktu begini kakmah baru bangun untuk menyiapkan kuih muih untuk jualan paginya, tapi malam ini diwaktu begini kakmah masih belum tidur lagi. Mata pun tak rasa mengantuk lagi, cuma terasa penat sedikit akibat terlalu banyak berjaga dan tidak cukup rehat agaknya. Munkin juga ini yang menyebabkan darah kakmah naik sedikit 167/97, sewaktu kakmah cek sebentar tadi.

Bukan apa malam ni kakmah rasa kurang selesa dan sangat sedih diatas kepulangan sepupu kakmah ke rahmatulla pukul 4.00 petang. Pada mulanya kami adik beradik nak mengringi jenazah dari KL ke Kota Baru, tapi kerana lewat sangat jenazah selesai di uruskan, sehingga pukul 1 malam baru selesai. Oleh kerana tiada seorang pun yang sanggup bawak kereta ditengah malam akibat masing tiah sihat maka niak kami terbatal begitu sahaja.

Maka sehingga kini, kakmah masih rasa tidak dapat melelapkan mata...

Berbalik kepada tajuk kakmah malam ini, tadi kakmah tengok, sehingga hari ini diam tak diam dah sepuluh tahun kakmah. Pada mula kakmah berblog kakmah lebih suka tajuk yang berbentuk ringan dan melawak aja, semua berkenaan pengalaman kakmah masa kecil dan masih anak dara. Bahasa pun kakmah lebh suka memakai loghat pahang daerah kelahiran kakmah, Kuala Lipis. Tapi lama kelamaan kakmah rasa tema tersebut kurang di minati oleh kawan dari negeri lain sebeb loghat yang sukar difahami. Semakin lama semakin berubah tema kakmah.

Sepanjang berblog, tak banyak yang kakmah dapat, berblog pun seolah-olah sekadar jangan tidak saja, Entry pun jarang-jarang dapat kakmah post. Kawan-kawan pun dah ramai yang lari. 

Sebenarnya bukan kakmah dah hilang minat berblog, tapi kongkongan masa yang membuat Kakmah tidak dapat menumpukan masa sepenuhnya berblog ini. Namun di pertengahan kakmah berblog, kakmah ada mendapat sedikit pendapatan hasil dari memasang iklan di blog kakmah ini. Alhamdulillah. Waktu itu kakmah rasa betul-betul kakmah inginkan pendapatan dari berblog ini.

Kesimpulannya kalau kita nak kan sesuatu, kenalah kita berusaha lebh sedikit, tumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang kita mau. Kakmah membuktikan kebenaran kata-kata kakmah suatu waktu dulu, in shaa Allah tahun ini akan kakmah usahakan sekali lagi. Kita tengok macam mana yee...

Munkin ini janji untuk diri kakmah sendiri. Namun kakmah rasa tenang dan bersemangat selepas adanya janji ini. In shaa Allah.

Sampai sini kakmah undur diri dululah. Semuga kita berjumpa dilain entry.

Wassalam.

Wednesday, 12 August 2015

Macam Mana Nak Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Assalamualaikum,

Selamat malam rakan2 blogger, pengunjung2 setia blog Kakmah, pengunjung yang baru sampai ke
Blog ini. Tajuk ini Kakmah tujukan khas kepada blogger-blogger yang mempunyai iklan nuffnang di blog mereka. 

Beruntunglah bagi mereka yang dapat cash out pendapatan mereka daripada nuffnang sebulan sekali, kerana ini dah menjadi pendapatan bulanan anda dan tersangatlah boringnya bagi mereka yang setelah beberapa lama pasang iklan nuffnang tapi masih juga tak bertambah-tambah nilainya, kalau bertambah pun hanya ada beberapa sen sahaja. Kakmah pun sama juga, setelah setahun selepas cash out yang bernilai RM 67.21, itu cash out yang kedua dan masa untuk mencapai jumlah itu adalah selama 20 bulan bersamaan setahun lapan bulan.

Setiap hari kakmah meneliti dan menilai, bagaimanakah untuk meningkatkan pendapatan melalui iklan ini, sekurang-kurangnya boleh juga menambah pendapatan bulanan kakmah. Lebih-lebih lagi kakmah sekarang ini tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menguruskan kehidupan. Harapan kepada pendapatan sebegini amatlah tinggi bagi orang seperti kakmah ini.

Tetapi setelah kakmah teliti-teliti diantara perkara-perkara yang boleh meningkatkan pendapatan secara mendadak ialah melalui klik kepada iklan yang kita pasang. Pendapatan melalui klik ini mampu menambah jumlah yang boleh kita lihat. Disamping itu kita kena berusaha untuk meningkatkan trafik ke blog kita kerana juga boleh menjana pendapatan walaupun jumlahnya sangat kecil, tapi kalau sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Bagaimana untuk meningkatkan trafik? Pertamanya tuan blog kena sentiasa aktif dan jangan tinggalkan blog terlalu lama. Entry baru kena sentiasa ada walaupun sekadar mengucapkan sallam kepada blogger lain atau pengunjung2. Bina hubungan dengan blogger lain dengan sentiasa masuk blog baru kalau boleh setkan berapa blog baru yang kita nak masuk atau lawat sehari supaya perkara itu m,enjadi rutin harian kita. Jangan lupa blog lama juga, kalau boleh sentiasa tinggalkan komen disetiap blog yang kita lawati. Mampukah. Pokok pangkalnya kalau hendak seribu daya.

Jumpa lagi,
Wassalam.

Wednesday, 20 May 2015

Berblog Sambil Buat Income

Assalamualaikum,

Sallam pagi Rabu rakan-rakan blogger semua,
Menarik kan bunyi tajuk entry Kakmah pagi ini. Berblog sambil buat income.
Memang menarik, sesiapa pun suka kalau dengan tajuk ini.

Tapi tidak semudah itu untuk buat income dengan blog ni, kalau kita
tidak betul-betul tahu caranya. Sebaliknya kalau kita betul-betul tahu caranya,
in shaa Allah, memang mudah. Kakmah pernah dengar rakan kita di Malaysia
ini boleh buat income sehingga RM32,000.00 lebih sebulan hanya dengan berblog.
Percaya atau tidak, tapi kakmah belum pernah tengok buktinya.
Kalau kakmah sendiri sedikit-sedikit tu adalah,
setakat ini kakmah dah dah ada pendapatan sebanyak

Total Earnings

 RM118.81
 dari
aktiviti berblog Kakmah. Ini yang dah kakmah cash out, dah belanja pun.
 Sikit aja kan, tapi cukup mengembirakan Kakmah.
Tengok bulan depan berapa pula kakmah dapat yee..

Tapi kakmah teruja betul tengok earning orang ini 

 Apa kata kita cuba buat macam orang ini.
Langkah mula kita pasang iklan. Iklan yang Kakmah tahu untuk
orang Malaysia ni ialah

mari kita sama-sama cuba.
Semuga berjaya 


Jumpa lagi
Wassalam.

Monday, 11 May 2015

Matlamat dan Buku Catatan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di pagi yang hening ini. Alhamdulillah juga, kakmah baru saja selamat sampai dari Kuala Lumpur setelah berada disana selama seminggu. Alhamdulillah juga di pagi yang hening ini kakmah dikurniakan ilham untuk mencoret didalam Blog Kakmah ini.


Tajuk Kakmah kali ini masih lagi bekisar dibawah Label Mengapa Kita Berblog, dengan tajuk
Matlamat Dan Buku Catatan. 

Apabila kita melakukan sesuatu, kita mistilah meletakkan sesuatu matlamat, barulah apa saja yang kita lakukan itu, kita akan melakukannya bersungguh-sungguh.Berblog juga mesti ada matlamatnya. Jika tidak ada matlamat kita akan mudah terasa jemu, mudah kekeringan idea untuk melahirkan entri. Ini apa yang kakmah rasa selama ini.

Bila kita telah ada matlamat, baru mudah untuk kita melaksanakan kerja-kerja yang telah kita rancang demi mencapai matlamat tersebut. 

Namun matlamat dan rancangan saja tidak memadai juga, kerana kadang2 kita pun terlupa apa yang telah kita rancang. Ini membuatkan rangcangan kita menjadi sia-sia dan matlamat tidak tercapai, masa jadi terbuang. Jadi cara yang paling baik untuk mengelakkan kita terlupa apa yang telah kita rancang, catatlah apa yang telah dirancang itu didalam satu buku yang kita namakan bukum catatan. Catatkan dahulu apa matlamat kita, setelah itu rancang satu persatu apa yang kita perlu buat. Jangan lupa setiap hari semak semula apa yang dah kita catat, apa yang dah kita laksanakan, bagaimana kemajuannya.

Dalam kita melaksanakan rancangan kita demi mencapai matlamat yang telah kita tetapkan itu, kita pasti akan memerlukan beberapa keperluan yang menghendaki kita menyimpan log in id dan password. Ini penting, catatkan juga perkara ini satu persatu didalam buku catatan kita kerana kita tak munkin boleh mengingati login id dan pasword yang banyak itu. Jangan lupa juga, jangan sesekali menulis pasword yang sama untuk beberapa login id.

Setelah ada matlamat, ada catatan tentang apa yang perlu dibuat demi untuk mencapai matlamat tersebut, barulah mudah untu kita melaksanakannya. Dan tunggu ajalah kejayaannya.

Semuga berjumpa lagi dengan tajuk yang lain pula, kakmah ucapkan selamat berblog buat rakan2 blogger dan selamat membaca kepada rakan pembaca dan kepada yang baru nak cuba membangunkan blog sila ke sini.

Sekian
Wassalam

Thursday, 7 May 2015

Kita Berblog Untuk Apa

Assalamualaikum,

Salam pagi Khamis rakan blogger kakmah, pengunjung tetap, dan pengunjung yang sudi singgah di blog kakmah ini. Sebenarnya dah lama ada pertanyaan ini didalam hati kakmah ini. Tapi setiap kali nak buat entry kakmah hilang punca, tak tau apa perkataan dan ayat yang nak dimulakan dulu.Kakmah rasa topik ni tak adalah berat sangat, tapi bagus juga untuk dibincangkan. 

Kakmah mula berblog pada tahun 2009, diam tak diam dah enam tahun rupanya yer..Walaupun dah banyak entry yang kakmah tulis, dah ramai pengunjung-pengunjung yang singgah membaca entry kakmah yang tak berapa menarik, dan ada juga yang menarik ini, tapi masih kakmah rasa tidak puas hati dengan pencapaian kakmah dalam berblog.

Berbalik kepada tujuan kita berblog, pada awalnya memang kakmah tak tauuntuk apa kakmah berblog, apa nak ditulis, pendek kata kakmah tak ada sesuatu yang khusus nak ditulis di blog ini, cuma bila ada sesuatu yang kakmah rasa menasabah untuk dikongsi, kakmah tulislah, dan pada awalnya mendapat banyak juga respond dari kawan-kawan yang membacanya.

Dipertengahan masa berblog, kakmah rasa memang blog ni mendapat sambutan tak kurang juga hebatnya sehingga hingga kini kakmah dah mendapat lebih 300,000 pengunjung. Namun apakah itu boleh mengukur tahap kepuasan kakmah berblog. Jawapannya adalah tidak. Jujur kakmah katakan hingga kini kakmah masih rasa tidak puas hati dengan pencapaian kakmah dalam berblog.Ini kerana blog yang berjaya haruslah dapat menjana pendapatan kepada pemblog-pemblog itu sendiri, itu pendapat kakmah. Kakmah pasti ada orang lain yang setuju dengan pendapat kakmah ini.

Namun ada juga orang yang tidak kisah itu semua kerana tujuan mereka berblog hanyalah untuk meluahkan apa yang terbuku dihati, apa yang menjadi kemuskilan dijiwa kerana blog adalah tempat yang paling mudah untuk berbuat demikian. Mereka seolah-olah syok sendiri dengan entri-entri yang kadang2 turut menyinggung perasaan orang lain. Memang pada awal penglbatan kakmah dalam berblog ini banyak kakmah jumpa blog yang begitu dan ada juga terjadi perang komen diruang komen.Bagi kakmah suasana ini amat tidak menyenangkan dan kebiasaannya kakmah akan menjauhi blog yang begini.

Ada juga yang berblog untuk berkongsi pengetahuan,tak kiralah mengenai kesihatan, perubatan, politik, aktiviti dan kejadian semasa serta masakan. Setakat ini blog masakan yang paling top ranking, paling digemari dan paling mendapat kunjungan yang ramai. Boleh buat duit ni, tapi bagaimana. Ini yang sedang berlegar-legar dalam benak kakmah ini.

Dan buat masa terkini inilah tujuan kakmah berblog, untuk menjana pasif income terutamanya buat orang seperti kakmah ini yang dah malas nak bekerja membanting tulang, Opppssss....Tapi bagaimana yeee...

Beri kakmah masa sedikit untuk mengkaji bagaimana dan apa yang dah dilakukan oleh orang-orang yang dah berjaya menjana income melalui blog mereka malah ada yang berpendapatan jauh lebih tinggi dari apa yang mereka dapati melalui pekerjaan tetap mereka, hanya dengan menghadap komputer beberapa jam sehari, berblog.

Inn Shaa Allah mulai sekarang kakmah akan kongsikan setiap apa yang kakmah lakukan dan setiap pengetahuan yang kakmah dapati untuk menuju kearah aktiviti berblog yang boleh mendatangkan keuntungan. Dan untuk tajuk ini dan yang seterusnya kakmah akan letakkan dibawah Label Mengapa Kita Berblog.

Sehingga setakat ini dulu mengenai entry kali ini, semuga kita berjumpa dilain kali dengan topik yang lain pula, salam keceriaan dan selamat berblog dari kakmah.

Wassalam.