Assalamualaikum,
Satu ketika dulu, beg tangan manik seperti dalam gambar dibawah popular sangat dikalangan wanita2 terutamanya wanita kelas pertengahan. Harganya satu boleh mencecah ratusan ringgit.
Sebagai orang yang sentiasa mengikut trend semasa ( masa itulah, sekarang tak lagi) keh pun nak juga merasa bergaya dengan beg termahal dalam pasaran. Tapi nak beli rasa membazir plak mahal sangat sampai 2/3 ratus ringgit.
Cara termudah nak merasa pakai beg manik begitu ialah dengan membuatnya sendiri. Dengan tunjuk ajar toke kedai yang membekalkan manik-manik dan segala peralatan nya keh pun membuatnya sendiri. ( belajar percuma aja, tapi kena beli manik dikedai dia)
Ambil masa juga keh nok menyiapkannya, satu beg dalam 3 bulan juga, bukan apa buat sambil lewa aja. Siap juga lah dua buah beg macam dalam gambar diatas tu. Tapi bila beg keh siap, masa tu trend orang berbeg manik dah berakhir, maka jadilah beg manik keh barang antik yang keh simpan didalam almari cermin.
Masa sibuk-sibuk dua tiga kali pindah dulu keh simpan aja dalam kotak, langsung tak berbuka. Tadi semasa mengemas dan membongkar kotak2 yang sekian lama tak dibuka keh terjumpalah beg2 yang masih cantik dan kemas lagi ini. Apalah nak dibuat dengan beg ini yee..dah jadi macam Quran buruklah pulak. Nak dibuang sayang, nak disimpan memenuhkan ruang.
Sudahnya sangkut aja kat dinding buat perhiasan. Itulah ruginya kalau nak memakai pakaian atau hiasan yang mengikut musim, habis musim benda tu semua akan jadi ketinggalan zaman.
Sekian Dulu
Wassalam.
Salam, aok tunggu trend pakai beg manik nei naik semula esok tentu ada rege balik. Org akan cari semula :)
ReplyDeleteSALAM..
ReplyDeletelawo tu..isi duit
nampak dek orang
nanti..he he
cantik amat te...ramai lagi yang minat nak pakai!
ReplyDeleteSallam AAP.
ReplyDeleteAok rasa berapa tahun lagi agoknya trend beg manik ni akan popular semula En Yassin? Sempat ke tidok dengan keh agoknya. walau bagaimana pun keh tetap akan menyimpannya untuk anak cucu keh tengok.
Sallam En Zul,
ReplyDeleteHehehe isi duit selen mboh tembus...
Sallam CekWa,
ReplyDeleteyelah kut, boleh aja kalau nok pakai tu,
peduli apa pada trend ye dok..
Salam Lipis Lady,
ReplyDeleteSeronok kan kalau dapat buat sendiri. Kalau tak secantik yang dibeli pun tak aper, aper lagi dapat secantik dalam gambar tu.
Selalunya satu-satu trend tu akan kembali semula satu hari nanti.
Sallam Kumamg-Kunang,
ReplyDeleteMemang seronok bila tengok hasol tangan kita sendiri, Harap2nya akan ada gelombang kedua,
trend beg tangan manik..