Assalamualaikum,
Lebih kurang pukul 9 pagi semalam saya menerima panggilan dari seorang yang bernama K, dia yang suruh saya panggil dia K semasa saya bertanyakan nama dia sebulan yang lalu semasa dia menelefon saya bertanyakan kelas komputer. Baru semalam dia menelefon saya menyatakan kesediaan dia untuk belajar. Saya membuat temujanji pukul 11.00 pagi untuk dia membuat pendaftaran. Dia bersetuju.
Lagi lima minit pukul 11.00 pagi dia menyatakan dia dah berada dihadapan kedai saya, sedangkan kedai masih belum dibuka saya mula rasa tak senang, kerja diluar masih banyak belum beres, dalam setengah jam lagi belum tentu siap. Saya katakan kepadanya datang semula pukul 11.30.
Tepat 11.30 sekali lagi dia menelefon, saya rasa bersalah dan sangat malu kerana tak menepati janji sedangkan saya berniaga. Sepatutnya orang berniaga seperti saya kena menepati masa untuk temujanji seperti itu kerana itulah rezki saya.
Akhirnya setelah lewat selama 10 minit lagi dari masa yang ditetapkan saya sampai juga kekedai. Sebaik saya membuka kedai seorang perempuan yang separuh umur masuk mengekori belakang saya. Rupanya seperti cina, dengan rambutnya yang keseluruhannya telah putih tapi diinaikan menjadi perang, tapi munkin dah lama diinaikan menjadikannya putih ditengah2nya. Dia berseluar getah yang agak ketat dan berbaju kemeja singkat. Secara jujur didalam hati saya berkata, "Siuman ke makcik ni." Tapi saya tetap memaniskan muka walaupun saya memandangnya secara sinis. ( Kejamnya saya melihat orang sebelah mata ) Saya hulurkan kerusi dan pelawa dia duduk. Saya tanyakan dia ini ke K yang telefon saya tadi. Dia menjawab ya. saya pandang dia keatas kebawah.
" Betul ke makcik ni" hati saya berbisik nakal.
" Boleh ke saya nak belajar Komputer?" tanyanya serba salah kerana diperhatikan sedemikian rupa oleh saya.
" Boleh, boleh. " Jawab saya pantas sambil menyembunyikan perasaan tak percaya saya kepada kesungguhannya.
Saya hulurkan dia sehelai borang untuk mendaftaran menjadi pelajar dikelas saya. Bila dia memulangkan borang kepada saya barulah saya tahu dia adalah orang cina dan umurnya telah menjangkau 49 tahun. ( K fasih berbahasa Melayu loghat kampung sehingga saya sendiri tak percaya dia orang cina. )Patutlah dia suruh saya panggil dia K. Setelah berbual dan bertanya lebih lanjut dengan dia barulah saya yakin K memang betul2 ingin belajar teknologi yang tidak ramai rakan sebayanya yang teringin untuk belajar kerana perasaan malu atau pun terasa tidak perlu tahu lagi tentang teknologi canggih ini.
Satu ayat yang paling saya suka keluar dari mulut K, " Saya dengki tengok kawan2 yang pandai komputer, " Dengki yang positif, dengki yang tidak memudaratkan orang lain. Akibat dari kedengkian tersebut K berusaha untuk belajar walaupun kesuntukan masa kerana bergelut dengan tugas mencari nafkah hidup.
Hari ini K memulakan kelasnya pukul 11.30 pagi. Hari ini sekali lagi saya terkantoi dan malu kerana semalam saya janji dengan K untuk memulakan kelasnya pukul 11.00 pagi. Apakan daya tugas yang lain terlalu mendesak membuatkan saya seorang yang tidak dapat menepati masa, ( semalam dan hari ini saja, hari lain tak..)
Sampai masa saya menulis entry ini iaitu dah pukul 4.20 petang K masih lagi tekun meneruskan pelajarannya, dan dan saya perhatikan setelah 4.30 jam dia duduk dikerusinya, dia merupakan seorang yang gigih dan mudah memahami apa yang saya ajarkan walaupun pada mulanya tadi saya kelaskan dia sebagai seorang yang buta komputer. Dia munkin akan berhenti cuma setelah saya katakan " ok kita sambung esok aja" sekejap lagi.
Kehadiran K dikelas saya yang merupakan pelajar yang paling senior yang pernah belajar disini membuatkan saya semakin bersemangat untuk meneruskan segala usaha yang saya rancangkan selama ini. Usia bukan penghalang untuk maju dan berjaya. tepuk dada tanya selera.
Terima Kasih K.
Sekian Dulu.
Wassalam.
Dengki yang positif.Patut jadi contoh buat pelajor yang malas berusaha.
ReplyDeleteSallam,
ReplyDeleteBetul tu JD,
Saya sendiri dapat semangat dari kegigihan dia.
Salam Lipislady,
ReplyDeleteselamat petang,apa kbr?menarik cerita awak..
kalau menilai orang jangan pandang luaran .. betul tak?
Raban kash inget Datuk K nok berjumpa.. apa pun tahinah buat beliau diatas kesungguhanya mahu berlajar selamat maju jaya juga.
ReplyDeleteSalam Lipislady,
ReplyDelete49 still young. Akak lagi tua ni dok main komputer.
baguslah dia sentiasa ada semangat ingin memperbaiki diri. Inilah yang orang kata belajar tanpa sempadan.
Semangat untuk belajar yg patut dicontohi...tetibe teringat ayat "belajarlah kamu walapun sampai ke negeri China"
ReplyDeletesalam LL..
ReplyDeletememang menarik tu kisah aok ter..
bukak kelas komputer..hebat tu..?
pengajaran buat kita semua..bersangka
baiklah sesama manusia..
Tidak rugi jika kita berbaik2 dengan sesiapa sahaja lebih2 lagi pelanggan kita yang menjadi sumber rezeki..
ReplyDeleteSemoga perniagaan semakin maju..
Donny,
ReplyDeleteKhabar baik, terima kasih,
memang betul tu, kadang2 orang ni
nampak selekeh tapi dia lebih bijak
atau lebih baik dari orang yang nampak
smart.
Salam AAP,
ReplyDeletekalau Dato' K nak jumpa boleh juga keh mohon projek, apa2 pun keh tabik kat si K tu, diatas usaha gigih dia.
Sallam Kunang-Kunang,
ReplyDeleteBetul tu kak,
selagi ada hayat kita perlu belajar,
terutamanya bekal untuk kesana.
Belajor dan terus belajor selagi terdaya..
ReplyDelete