Assalamualaikum,
Munkin ada yang tak kenal apa itu emping malah ada juga yang tak pernah dengar langsung perkataan Emping. Emping merupakan makanan ruji untuk sarapan pagi masyarakat melayu satu masa dulu. Ianya diperbuat daripada padi muda yang digoreng sehingga menjadi bertih, kemudian ditumbuk dengan lesung kaki supaya beras dan bertihnya menjadi leper seterusnya ditampi dengan gadang (Nyiru ) untuk mengasingkan sekam ( kulit padi ) dengan emping sama seperti mengasingkan beras dengan sekam secara tradisional.
Walaupun emping boleh dimakan begitu sahaja tapi untuk menjadikannya lebih enak dimakan ianya boleh diolah menjadi makanan yang begitu lazat dan berkhasiat. Diantaranya, dijadikan wajik, digaul dengan kelapa parut dan dijadikan serawa ( Emping berkuah santan dan telur).
Ini sarapan keh pagi tadi, emping lemak, emping yang digaul dengan kelapa parut dengan sedikit garam dan sedikit air masak. Kesemua bahan di ramas supaya emping menjadi lembut dan kenyal. Memang sedap dan sesuai untuk dijadikan sarapaan pagi sekali gus boleh mengenyangkan.
Nak cuba, emping boleh didapati dari pekan sari Kuala Lipis, dan Jerantut dan Raub. Temerloh dan Kuantan dan tempat lain tak pasti, tapi diKelantan banyakk.. Selamat mencuba.
Sekian Dulu.
Wassalam.
Lama betul tak makan emping, dah bertahun2.. sejak Nenek dah tak de kot.. tingat masa kecik (kitorang nyer versi : gaul ngat gula kabung parut, kelapa parut, sikit garam, tapi tak campur air) .. tak suka giler minum petang dhidang emping.. sakit gigi ku, penat rahangku mengunyahnye.. Sekarang plak.. balik kg.. gi Pekan Sehari Temerloh nk carik emping
ReplyDeleteSallam wifenavy,
ReplyDeleteSaya memang suka sangat emping,
sejak dari kecil lagi,
tapi lama dah juga tak makan,
tapi ari tu bila ternampak kat
pekan sari terliurlah plak,
terus aja beli.
Koi suke makan gitu je emping ni.Tapi ande mase koi kukus sikit bagi lembut.Bahan pulok dengan nyo.Popaleh la sedak nye.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletelama dah koi tak
beremping nih..
nampok sedakk
je tu..la la
Sedap met emping nie kalau kena hok baru kalau hak lama hapok sikit kurang bestnya :)
ReplyDeleteMasa kecik dulu ,rajin kome menolong wan kome menumbuk empin...
ReplyDeleteApa itu Skim Cepat Kaya ?
Sallam JD,
ReplyDeleteMakanan tradisi memangnya sedak,
selamat lagi tanpa bahan awet,
dan perisa2 tiruan. Galakkan
anak makan wajik emping ganti
cekedis.
Sallam En Zul,
ReplyDeleteSekali sekala balik kampung tu belilah,
perkenalkan pada anak2.
Sallam AAP,
ReplyDeleteKeh selalu cium dulu sebelum beli,
atau pun keh kenya terus sulas dua
nok pastikan hok baru.
Sasllam Miecyber,
ReplyDeletekeh pun suka sangat menampi emping,
sambil2 main sekam.
laa..
ReplyDeletengapelah awok cerite bab emping pulok. cair air liyo kawai nih.
dah la kawai baru semalam cabut gigi. tak patut tak patut.
Sallam Anonymus,
ReplyDeletemanalah keh tau aok baru cabut gigi,
nasib aoklah, baik lulu gigi esok belilah, makan puas2.
Ni..emping ke Kekalu..
ReplyDelete